CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lagi pendaki wanita hilang: Jaslinda miliki 10 tahun pengalaman mendaki - Suami

26-5-2026 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4384| Komen: 77

 



TAPAH - Wanita yang dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih di sini, Jaslinda Saludin, 49, merupakan seorang pendaki yang cukup berpengalaman.

Suami mangsa Haszman Othman, 61, berkata, Jaslinda sememangnya meminati aktiviti mencabar dan berpengalaman tidak kurang daripada 10 tahun dalam mendaki gunung.






"Kalau mengikut rekod Jabatan Perhutanan, isteri saya akan mendaki gunung ini lagi pada hujung bulan ini,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba di Surau At-Taqwa Stesen Janakuasa Sultan Idris II Woh hari ini.

Haszman berkata, isterinya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta telah bertolak dari kediaman mereka di Damansara, Selangor pada Jumaat lepas bagi menyertai pendakian berkenaan bersama-sama dua rakannya.

"Dua rakan isteri telah selamat turun dan pulang ke rumah masing-masing. Saya sekarang tengah bimbang sebab isteri masih belum dijumpai dan operasi mencarinya masih giat dijalankan," katanya.




Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu serta dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Beliau dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung yang kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi semalam. - Bernama 


Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 26-5-2026 02:40 PM
Mcm masalah berulang.. ada ahli x sihat, ditinggalkan gitu… tp yg lady ni, pegi sambung jln sorg2..
Quote renko 26-5-2026 03:46 PM
dah kata benda2 ni semua takde faedah
menyusahkan orang je bila ada kes2 cmni
bersambung2 lak kes cmni
Quote azimodin 26-5-2026 03:51 PM
Biasanya masalah kesihatan ni bukan tetiba kena.. umur dah 40+ confirm memang ada penyakit atau underlying condition. Pergi la taman2 awam buat brisk walk dengan anak2.
Quote kucingitam 26-5-2026 04:16 PM
bukan ke aktiviti gini kena buddy system, takleh srg2?
Quote vender 26-5-2026 04:16 PM
Boleh tak lepas ni siapa yg naik atas gunung ni buat perjanjian kalau hilang x perlu dicari biar je bersemadi di atas sana?
Quote eyansss 27-5-2026 01:34 AM
hilang ni jadi bila gerak sorang2…  dah banyak kali pesan jangan gerak sorang2…  tak pepasal habis sukan hiking n hikers kena kecam…
Quote Purplehaz 27-5-2026 01:41 AM
Edited by Purplehaz at 27-5-2026 01:42 AM

masuk hutan bukit gunung ni jgn suka2 , tmpt2 jin  syaitan..boleh ditutup mata x nmpk jln pulang. boleh jadi terjatuh, kaki x boleh gerak, hypothermia.

semoga dia selamat.
Quote cm_vungtau 27-5-2026 02:05 PM
Cuba la perhilitan pergi check kot2 ada binatang liar ke. Ko bukak area untuk orang hiking kena la check selamat ke tidak.
Quote botok 27-5-2026 04:16 PM
Dah nama pun dalam hutan mestilah ada binatang liar. Lagi2 gunung batu putih yg tengah2 hutan belantara pekat tu...

First n foremost cardinal sin dalam apa2 hiking atau ekspidisi ni = break your buddy system. Yg ni kalau askar dalam training boleh kena hukuman rendam dlm air 24j on the spot...
Quote Blu3butter 27-5-2026 04:45 PM
Dah raya ni tak jumpa lg ke? Kesiannya.... Family pun mesti dah jd tak best nak beraya tu
Quote Lampuled 27-5-2026 06:59 PM
Tak perlu lah buat aktiviti berisiko tinggi mcm ni kalau bkn dlm bidang kerja kita. Benda membabitkan nyawa. Nyawa sendiri dan nyawa anggota awam. Mmg musibah kalau nk berlaku dalam rumah pun boleh jadi tapi sebolehnya cuba la minimumkan risiko yg tak perlu. Kalau betul2 minat aktiviti mcm tu apply la keje yang berkaitan contoh keje tentera ke, renjer ke, malim gunung ke, geologist ke. Kurang² ada la sumbangan, kalau jadi apa² pun socso cover takde la rasa ralat sbb dlm bertugas.
Quote rayray28 27-5-2026 10:44 PM
eyansss replied at 27-5-2026 01:34 AM
hilang ni jadi bila gerak sorang2…  dah banyak kali pesan jangan gerak sorang2…  tak pepasal habis ...

Boleh jadi dia rasa dia boleh dan mampu nk kejar ahli lain tu..so rasanya overconfident ni dgn pengalaman dia yg sedia ada..tp yela hutan siapalah kita ni nk nafikan kalau benda xseperti yg kita plan..sepatutnya bila dia setuju dh tinggal tolong yg sakit. Tak sepatutnya dia sambung plak balik perjalanan tu..lagipun hjg bulan nanti akan naik balik gunung tu
Quote kmbg 27-5-2026 10:49 PM
Aku tak suka la hobby yang menyusahkan bomba mcm ni..lain kali kene ada permit pakai gps ke apa yang patut
Quote eyansss 27-5-2026 11:12 PM
rayray28 replied at 27-5-2026 10:44 PM
Boleh jadi dia rasa dia boleh dan mampu nk kejar ahli lain tu..so rasanya overconfident ni dgn pen ...

sepatutnya, lagi banyak pengalaman, lagi otai, dia patut lagi tau jangan gerak solo...  dan jangan tinggal kawan terutamanya yang sakit...
Quote emera 28-5-2026 04:46 AM
Kes dia ni mcm tanda2 nk jd acap 2.0 je.
Quote nisako 28-5-2026 08:01 AM
ape ni mcm berulang pulak kes haishhhhhhh
Quote s@s@ 28-5-2026 08:44 AM
dia masuk cara betul, apply permit, ada guide.
jadi kemalangan standard la bomba turun...

yang ceroboh bukit tabur xde permit pun, tetap bomba turun jugak
Quote rikiruj 28-5-2026 09:06 AM
Dah dah la hobi panjat gunung ni.. menyusahkan orang bila sesat.
Quote cap_ayam 28-5-2026 09:26 AM
Semoga jumpa semula dalam keadaan sihat.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.070078 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top