|
Penyanyi dan pempengaruh Cik B berkata dia restu seandai ibunya, Datuk Seri Vida mempunyai hubungan istimewa dengan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob. Memetik HibGlam, Cik B berkata dia yakin Fazley mampu menjadi bapa yang terbaik buat serta memuji anak-anak penyanyi itu baik-baik semuanya. “Datuk Fazley, tolonglah. Saya okey saja Datuk kahwin dengan mama saya. Bayangkan sarapan pagi, makan tengah hari dan malam tentu sedap sebab dia kan cef nombor satu Malaysia. Lagi satu dida (panggilan Fazley) pun kacak. “Anak-anak dida pula baik. Jadi saya rasa kalau dida jadi ayah saya, it’s a perfect match (pasangan yang sangat sepadan),” katanya. Sementara itu Cik B mendedahkan dia melihat ibunya tersenyum-senyum melihat video usikannya ketika Fazley memberikan hadiah sempena hari jadinya. “Saya tak ada cakap dekat mama tapi ada satu rahsia. Masa saya tengah tidur, saya nampak mama tengok video yang saya kongsi dalam Instagram itu sambil senyum-senyum,” katanya.
Dalam pada itu, Cik B turut berkongsikan Fazley sanggup ke Ipoh baru-baru ini untuk bertemu dengan ibunya. “Saya tengok Dida datang Ipoh jumpa mak saya. Jauh-jauh dari KL datang Ipoh, jadi saya rasa mesti ada sesuatu yang sedang berlaku. Tapi saya tak buka mesej mak saya dengan Dida,” katanya. Sumber – HibGlam, Rotikaya |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.030275 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.