CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Rasulullah Ajar Adab Terhadap Makanan” – Isa Khan Tegur Jojo Label Khunafa ‘Makanan Sampah’

28-5-2026 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1017| Komen: 14

 


Sejak semalam hantar diperkatakan mengenai isu melibatkan atlet Muay Thai Negara, Jojo Ghazali dengan seorang usahawan khunafa.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Isa Khan yang menitipkan pesanan Rasulullah yang mengajar umatnya menjaga adab terhadap makanan.

 

Difahamkan ia berikutan kenyataan Jojo yang menyifatkan pencuci mulut, kunafa sebagai ‘makanan sampah’.

“Ini bukan ragebait, ini fakta. Semua kunafa sampah,” katanya.

Dalam hantaran di Threads, Isa berkata Nabi tidak pernah mencela makanan dan jika tidak suka ianya akan ditinggalkan.


“Rasulullah S.A.W. ajar adab terhadap makanan. Baginda tak pernah mencela makanan.

“Kalau suka, Baginda makan. Kalau tak suka, Baginda tinggalkan tanpa mengutuk.Jadi, awak siapa untuk sampahkan makanan?” tulisnya.



Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbasir 28-5-2026 10:59 PM
tp mmg layak kategori sampah pun. mengundang penyakit je. bukan sihat pun. hahahha
Quote LadyCarefree 29-5-2026 08:41 AM
Isa ni pernah makan bersama rasulullah kah?
Quote sangbara2020 29-5-2026 09:36 AM
org nk cut sugar...mmg mknn ala sampah la xbw kebaikan pong
Quote riyadhK 29-5-2026 12:49 PM
Dah memang makanan sampah pon. Si ojen tu pon nk butthurt jgk.
Quote bambimbom 29-5-2026 02:08 PM
Alah cilake si ojen ni.. Mcm sedap naw kunafa ko tu. Tu atlet maa bukan acik kepam yg sangkak nak review kunafa ko tu. Aku pun tak makan la kunafa2 ni.. Manis stok potong kaki
Quote borrow 29-5-2026 02:44 PM
kunafa ni bahannya tepung kan. Sama jelah makanan manis2 mcm kuih kek biskut raya etc. Yg sampai nk disampahkan kenapa. Extremist makanan ke acaner nih.
Quote primarikey 29-5-2026 02:47 PM
Pesal serabai sgt si isa ni skrg...
Quote ell2026 29-5-2026 07:31 PM
seriuslah dia pegi approach atlet review makanan dia..dah la tak sihat..i yg bukan atlet pun xmo promote kat org makanan tak sihat
Quote kechikchomel 30-5-2026 10:09 AM
dia ke yang cakap kunafa ni makanan sampah?
iolss haritu ternampak PHM yang post pasal ni.
Quote wirazam 30-5-2026 02:20 PM
aii sokong jojo
Quote doubleharmonic 30-5-2026 07:41 PM
perlu ke nak sampahkan makanan kaum lain? kunafa tu kan makanan tradisi orang arab? kalau orang sampahkan makanan melayu boleh la gitu? sebab masakan melayu memang tak sihat pun kan macam nasi lemak memang tinggi lemak kuih muih tradisional bersantan berlemak berminyak semua tu?
Quote doubleharmonic 30-5-2026 07:49 PM
borrow replied at 29-5-2026 02:44 PM
kunafa ni bahannya tepung kan. Sama jelah makanan manis2 mcm kuih kek biskut raya etc. Yg sampai nk  ...

kan chuols. meols pun tak suka jugak influencer makanan ataupun jojo ni tapi perlu ke nak sampahkan makanan tradisional kaum lain? kalau orang sampahkan makanan tradisional melayu ni tahu pulak marah tapi memang tak menyihatkan pun kan dengan lemak santan sambal pecah minyak segala yihhhh.

jangan hujung2 jadi macam tom brady tu kononnya jaga makan healthy jah hujung2 dah tua sendu ni promote makanan fast food unhealthy segala tu yang bertentangan prinsip dia dulu. jilat balik ludah sendiri lah macam tu kan yihhhh

[youtube]VXrpb9aE6G4[/youtube]

Quote doubleharmonic 30-5-2026 07:57 PM
Quote kimbora 31-5-2026 03:55 AM
Yang pergi hentam segala makanan tak sihat tu tak kira sampah pulak ke. Makanan melayu lain yang berlemak makan tiap hari tu bukan sampah?
Kang orang cakap makanan kita sampah pandai pulak menyalak.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2026 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.030381 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top