|
KLUANG – Dua beradik dipercayai sedang berlumba sebelum kereta BMW yang dipandu seorang lelaki hilang kawalan dan merempuh empat kenderaan lain dalam kemalangan ngeri yang mengorbankan lima nyawa serta mencederakan lapan individu, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, hasil siasatan awal mendapati BMW yang dipandu Goh Yi Sheng, 22, dipercayai berlumba dengan sebuah Mercedes-Benz yang dipandu adiknya berusia 19 tahun dari arah Renggam menuju ke Simpang Renggam. Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira pukul 1.19 tengah hari itu, BMW berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh empat kenderaan iaitu Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira 1.5 serta Mercedes-Benz. “Akibat kemalangan itu, empat individu yang menaiki Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan. “Mangsa yang maut ialah Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh, 75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10, yang kesemuanya beralamat di Taman Setia, Al Muktafi Billah Shah, Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pemandu BMW, Yi Sheng terbabit turut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah pada bahagian dada. Menurut Bahrin, lapan lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dikejarkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang untuk mendapatkan rawatan. Katanya, adik kepada pemandu BMW yang dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram itu telah ditahan bagi membantu siasatan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 42(1) akta sama,” katanya. Sumber:-KOSMO! ONLINE
|

ChildrenOfBodom replied at 2-6-2026 12:31 PM
barua yang berlumba mampuih...alhamdulillah
Purestteam1 replied at 2-6-2026 04:36 PM
patut pukul je aritu.. geram plak
noor2 replied at 2-6-2026 06:47 PM
Mmg dah kena pukul pun ada video..tp ada pulak yg halang
Chairman replied at 3-6-2026 08:39 AM
Pd aku mmg patut ade yg halang.. Bkn ape..time2 panas cmtu takot ade yg x dpt kawal emosi terlebih p ...
Chairman replied at 3-6-2026 08:39 AM
Pd aku mmg patut ade yg halang.. Bkn ape..time2 panas cmtu takot ade yg x dpt kawal emosi terlebih p ...
Blu3butter replied at 2-6-2026 06:59 PM
Anak orka... Hmmm hrap ada keadilan le nnt buat mangsa
WarnaPelangi replied at 3-6-2026 09:45 AM
Ada terbaca, katanya anak taukey kedai judi kan?
Chairman replied at 3-6-2026 08:39 AM
Pd aku mmg patut ade yg halang.. Bkn ape..time2 panas cmtu takot ade yg x dpt kawal emosi terlebih p ...
awanysss replied at 3-6-2026 04:55 PM
dulu masa aku study lecturer aku cakap kalau nak "bunuh" orang, langgar guna kereta..
dia kata ad ...
Chairman replied at 3-6-2026 06:53 PM
Laa cmtu ke law nye?? Adehh.. Patut la kes southville city dlu tu pn hukuman penjara je.. Padahal ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-6-2026 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037126 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.