|
Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menjadi perhatian ramai ketika membuat persembahan di Festival Sabah Food Street di Kota Belud, Sabah. Tular video ketika acara berkenaan apabila Bella memanggil tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk naik ke pentas. Apa yang menjadi bualan Syed Saddiq berseloroh ‘menegur’ Bella kerana memanggilnya Yang Berhormat (YB). “Bila saya di bawah (pentas), tunang saya panggil saya YB. Saya disini bukan sebagai YB. Saya disini sebagai tunang kamu, sebagai bodyguard yang perlu menjaga kamu,” seloroh Saddiq. Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir untuk memberikan sokongan kepada Bella serta sempat memuji kecantikan tunangnya. “Terima kasih kepada warga Kota Belud kerana sentiasa memberikan sokongan padu buat tunang saya, Bella. “Saya cemburu kerana sebelum ini saya hanya dapat melihat dia perform di Sabah hanya melalui platform siaran langsung di TikTok. Tapi hari ini dapat lihat secara berdepan, lagi cantik dan menawan,” katanya. Sumber – Rotikaya
|
telracs replied at 4-6-2026 11:42 AM
Negeri Johor Darul Takzim dah nak pilihanraya...
Semoga dia ni tiada dalam senarai yang bertanding.. ...
nordin84 replied at 5-6-2026 07:16 AM
kenapa org sabah minat BA ni ea..sbb kes tersakiti je ke?nak kata tersakiti pun xblh sbb dia menyaki ...
A-Are replied at 5-6-2026 04:17 PM
It was really unexpected, especially from someone like SS jatuh cinta dgn bella...no offend sebab io ...
rbmy replied at 5-6-2026 08:53 AM
BASS tak boleh dikecam nanti ramai berjemaah mengecam semula..
dorang ni ibarat kapel yg teragung ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-7-2026 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.085082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.