CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Cik B Bagi Lampu Hijau, Saya Pun Hairan Sebelum Ini Semua Dia Tolak” – DSV

4-6-2026 11:36 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1041| Komen: 8

 



Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata dia enggan mengulas secara berlebihan apabila namanya terus dikaitkan dengan penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Memetik BH Online, Vida berkata anaknya iaitu Cik B yang mula mengusiknya dengan Fazley dan hanya bergurau mengenai perkara itu.

“Sebenarnya Cik B yang mulakan dulu. Dia duduk bersama Fariedz Fazley selama beberapa minggu dan melihat sendiri bagaimana Fazley menyayangi anak-anaknya.


“Mungkin Cik B bergurau manja dan mesra mengenai perkara itu. Kita tak boleh nak kata apa. Kawan ke apa, kita tengok sajalah. Go with the flow,” katanya.

Menurut Vida lagi, dia turut terkejut apabila Cik B seolah-olah memberi restu terhadap Fazley sedangkan sebelum ini menolak mana-mana lelaki yang dikaitkan dengannya.

“Saya tak tahu, tapi Cik B kata dia sudah bagi lampu hijau. Saya pun hairan juga dengan Cik B ini. Sebelum ini semua dia tolak. Sebab itu saya takut juga kalau Cik B ini mulut masin,” katanya.

Sementara itu, Vida turut menjelaskan Fazley ke rumahnya bagi urusan perniagaan dimana cef selebriti itu dilantik sebagai cef eksekutif di kedai kopi miliknya di Brunei.

“Saya lantik dia sebagai cef eksekutif untuk kedai kopi yang saya buka di Brunei. Sudah hampir dua bulan dia menghasilkan resipi burger, pizza, biskut dan pelbagai menu lain.

“Pengurus saya yang menguruskan perkara itu. Jadi, sebab itulah dia datang ke rumah untuk menguji menu yang sudah disediakan dan membuat penambahbaikan sebelum diperkenalkan di outlet kedua kami di Brunei selepas Ipoh,” katanya.

Sumber: BH Online, Rotikaya

 

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 4-6-2026 11:44 AM
Semoga berjodohan...
Pernikahan adalah perkara yang mulia...
Quote tokchik 4-6-2026 12:09 PM
KAU RASA SI ASMARA TU NAK KE ?


AKU BERANI KERAT HUJUNG KUKU AKU SI ASMARA TU JUIH2 KAN AJA
Quote sphinx 4-6-2026 12:17 PM
ntah2 si fazley ni menyesal sb sebut psl kriteria jodoh hari tu
dah dikenenkan dgn vida plak, siap dpt restu lagi
Quote mizzmimi 4-6-2026 12:45 PM
menunggang jodoh?
Quote aint 4-6-2026 02:49 PM
kalo iols, akan rasa terhina sbb dikenen2kan dgn makhluk hazab hahah... byk duit pun tapi kalo pangai dan rupa sama hazab... takde maknanya... low class
Quote sukacactus 4-6-2026 03:10 PM
Dlm ati FY mesti ckp “Eh! Acik ni je ke yg korang kenen ke aku, siot la!”
Quote maharani_gebu 4-6-2026 03:23 PM
Kriteria Fazley nak Chinese look, tak terlalu kurus....
Cik B kabo Mama dia bukan takat ade iras chinese malah pandai kecek cina lagi...

Masalah paling serius tuk dibincangkan ialah... mana pernah ko nampak chinese bibir tebal mcm kena sengat tebuan?
Quote lasagna 5-6-2026 12:02 PM
ok nak selit sikit, tapi iols suka plak dgn dsv cong ceng mandarin dgn shilalat aritu, kemain bergulung mandarin sheol, aaagittewww..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.037075 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top