CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Kes Babit Azam Baki Ke Pejabat Peguam Negara Dalam Masa Terdekat

4-6-2026 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 102| Komen: 0

 

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk dua kertas siasatan membabitkan dakwaan terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ke Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat bagi mendapatkan nasihat dan arahan lanjut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, siasatan itu melibatkan penerbitan artikel oleh Bloomberg.com yang mengandungi kenyataan didakwa berunsur fitnah berhubung pemilikan saham Velocity Capital Partner Berhad serta isu dakwaan penyalahgunaan kuasa dan ugutan jenayah terhadap seorang individu, Albert Tei.

Menurut beliau, Azam juga telah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara selaras dengan perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat untuk nasihat dan arahan selanjutnya.

“Masyarakat dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes yang berpotensi menjejaskan atau mengganggu proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, keterangan Azam telah dirakam mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah berhubung kedua-dua kes berkenaan.

“PDRM komited dalam memastikan ketelusan dan integriti siasatan sentiasa diutamakan bagi menjamin keadilan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu didapati melanggar undang-undang yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, Azam mengesahkan beliau hadir ke Bukit Aman pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung dakwaan yang dibuat terhadapnya oleh Tei.

Beliau dilaporkan tiba kira-kira jam 9 pagi dan meluangkan hampir dua jam menjawab soalan pegawai penyiasat daripada JSJ Bukit Aman.

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2026 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.041576 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top