CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya tak berhenti belajar, pelajaran sangat penting – Oddah

5-6-2026 05:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 838| Komen: 3

 


Penyanyi remaja semakin meningkat naik, Oddah menafikan dakwaan kononnya dia tidak lagi mahu meneruskan sesi persekolahannya semata-mata ingin fokus terhadap kerjaya sebagai penyanyi 100 peratus.

Menurut Oddah atau nama sebenarnya Auddra Zulkifly, 17, dia masih meneruskan sesi ‘home school’ dan akan fokus dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas Julai nanti.

“Ramai orang kecam saya kata saya berhenti sekolah. Sebenarnya bukan saya berhenti. Saya ‘home school’. Cikgu datang ajar saya di rumah. Saya juga ambil kelas tambahan. Pelajaran masih penting buat saya.

“Selepas Julai nanti memang saya batalkan banyak ‘job’ sebab saya nak fokus pada SPM.

“Pihak pengurusan saya dan Mak Iti (Siti Nurhaliza) sendiri mahu saya fokus dengan SPM. Mereka kata lepas habis SPM baru mereka akan ‘push’ saya,” katanya kepada Kosmo Online.

Tambah bekas peserta Talk To My Manager musim itu lagi, ibunya iaitu Sharifah Shahirah tidak pernah ‘menekannya’ untuk menjadi anak yang cemerlang dalam pelajaran, namun tetap mementingkan ilmu untuk kelangsungan hidup.

“Mama kata dia tidak minta saya dapat ‘straight A’. Dia hanya mahu saya ambil SPM dan lulus. Dapat 2A pun tak apa.

“Tetapi biarpun mama cakap macam tu, saya tak akan ambil sambil lewa. Sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, sudah tentu saya juga mengimpikan keputusan yang cemerlang,” jelasnya.

Mengulas tentang keinginannya untuk membantu keluarga dari segi kewangan, kata Oddah, biarpun ibu dan bapanya masih mampu menanggungnya, namun sebagai anak yang sudah bekerja dia juga mahu menyumbang kepada keluarga.

“Mak Iti sendiri sudah bekerja sejak berusia 16 tahun dan membantu keluarga. Sebenarnya nak cari rezeki ni tak kisah umur berapa pun.

“Mungkin sudah keturunan daripada mama dan mak cik saya iaitu Sharifah Sakinah lagi. Kami tak boleh duduk diam dan suka bekerja.

“Daripada saya keluar berpelesiran tak buat apa-apa, lebih baik saya keluar bekerja,” katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CurangLagi 7-6-2026 02:46 PM
Sudah jelas mamaknya ckp anaknya bhenti sekolah n home school.. netz cumak baca tajukkkk jak kannnn. Okk okay jak belajar d rumah. Ikut masa diorg. Yg kita2 x mampu ni sambung ja sek gomen no hal. Hahaha
Quote ihtisyam1 7-6-2026 03:19 PM
Odah ni bijak menjawab soalan wartawan....
Quote Temenung 7-6-2026 06:14 PM
Home school pun home school la dikk janji ko amik SPM.memang rugi kalau berhenti & x ambik SPM.mana tau in future ko terbukak hati nak sambung diploma ke degree

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065140 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top