CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tuan Badan Ingatlah Allah?” – Anak Dakwa Aman Graseka Sakit Teruk Tapi Dipaksa Bekerja?

8-6-2026 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2790| Komen: 28

 


Anak kepada penyanyi Mas Idayu iaitu Nur Dayini mendakwa dia sudah bertahun tidak bertemu dengan bapanya, aktor Aman Graseka.

Menerusi satu hantaran di Threads, Dayini berkata meskipun tidak bertemu dengan bapanya namun ada individu yang menyampaikan maklumat kepadanya.

 
“Ya, memang betul saya sudah bertahun-tahun tidak berjumpa papa. Namun Alhamdulillah, setiap tahun ada sahaja hamba Allah yang menyampaikan maklumat atau perkembangan terkini mengenai dirinya,” katanya.


Bagaimanapun, Dayini mendakwa keadaan bapanya kini semakin teruk namun dipaksa untuk bekerja.  Namun, Dayini tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai ‘tuan badan’ yag dimaksudkannya itu.

Sementara itu, Dayini turut meluahkan rasa marah serta meminta agar tidak ‘mengerah’ bapanya untuk bekerja serta tidak peduli akan kesihatannya.

“Tak habis lagi betina ini, aku cakap jangan kerah bapak aku bekerja. Kau ini dari dulu bodoh, tak pernah bijak. Bila masa aku cakap kau dera bapak aku?

“Kau jangan nak bagi aku mula. Kau membuka pekong sendiri dengan buat live. Kau bagi tahu orang. Bukan aku bongok.

“Makin tua makin benak ya. Aku tak suka cari publisiti. Jadi kau pun jangan nak tumpang sekaki. Tak semua orang dalam live kau itu pertahankan kau. Semua nak tengok kebodohan kau je,” tulisnya

Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan Mas Idayu pada 1997 dan dikuniakan seorang cahaya mata, Nur Dayini. Aman kemudian berkahwin dengan Nurul Amrina pada 2018 dan mempunyai dua cahaya mata lelaki.
 

Sumber: Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ai_kiu 8-6-2026 01:46 PM
Jujur la aku nk tanya.
Bab nafkah utk anak bini ada expired date aka tarikh akhir ke? Maksudnya kalau dah tua tak perlu bagi nafkah dah ke kpd anak bini?
Ke kalau dah cukup umur pencen 60 tahun dah boleh stop bagi nafkah?
Quote MatDeghem 8-6-2026 02:53 PM
Ai_kiu replied at 8-6-2026 01:46 PM
Jujur la aku nk tanya.
Bab nafkah utk anak bini ada expired date aka tarikh akhir ke? Maksudnya kala ...

Expire date 1. bila anak dah berkeje.

2. bila hayat dah tamat.
3. Tapi bila dah uzur nak cari nafkah cam mana? part ini kita boleh lah bukak file faraid.
             3.1   kalau ada anak lelaki yang dah dewasa kena take over tanggung jawab apak.
             3.2   Apak nya sibling...yang lelaki kena take over tanggung jawab.

correct me if i'm wrong.

sebab tu lah kalau dah tua....jangan lah kawin baru dan beranak.
sapa nak support anak nanti. Kalau kaya harta makan tak habis ok lah.
kalau harta sekangkang kera ...kesian anak2 masih kecik, apak dah uzur sakit tua. jauh lagi perjalanan nya...

Gituuu


Quote sleepandream 8-6-2026 03:05 PM
kau pegi jelah rumah bapak kau sound depan2 mak tiri kau...
berkokok dekat sosial media tak ubah macam keybod warrior jah....
Quote Ai_kiu 8-6-2026 03:21 PM
MatDeghem replied at 8-6-2026 02:53 PM
Expire date 1. bila anak dah berkeje.

2. bila hayat dah tamat.

Tq explain..
Tp aiols musykil la kalau nafkah utk anak stop after anak tu dah bekerja/boleh sara diri sendiri so utk si isteri pulak mcm mana jika mereka tiada pun anak lelaki? Pastu kalaupun suami tu ada adik beradik lelaki yg lain tp theols pun hidup cukup² mkn lepas utk anak bini mereka saja dah tu mcm mana lagi.
Salah tak pemahaman aiols bahawasanya mmg lelaki kena tanggung nafkah bini hingga putus nyawa?
Quote Kancilkering 8-6-2026 03:22 PM
lain lah hang tu Jamal
Quote talapia 8-6-2026 03:43 PM
Ai_kiu replied at 8-6-2026 03:21 PM
Tq explain..
Tp aiols musykil la kalau nafkah utk anak stop after anak tu dah bekerja/boleh sara  ...

ahli keluarga lelaki hanya wajib menafkahi anak2 sahaja.
Balu / janda tak wajib
Kalau janda.. kerjala sendiri.. atau tanggungjawab tu jatuh pada bahu walinya sendiri

Nafkah anak2 yang wajib ditanggung bekas suami sehingga anak2 tu habis belajar or kerja mungkin..

Quote talapia 8-6-2026 03:43 PM
Ai_kiu replied at 8-6-2026 03:21 PM
Tq explain..
Tp aiols musykil la kalau nafkah utk anak stop after anak tu dah bekerja/boleh sara  ...

ahli keluarga lelaki hanya wajib menafkahi anak2 sahaja.
Balu / janda tak wajib
Kalau janda.. kerjala sendiri.. atau tanggungjawab tu jatuh pada bahu walinya sendiri

Nafkah anak2 yang wajib ditanggung bekas suami sehingga anak2 tu habis belajar or kerja mungkin..

Quote Ai_kiu 8-6-2026 03:53 PM
talapia replied at 8-6-2026 03:43 PM
ahli keluarga lelaki hanya wajib menafkahi anak2 sahaja.
Balu / janda tak wajib
Kalau janda.. kerj ...

Ai x maksudkan nafkah si balu/janda sis..
Ai maksudkan nafkah si isteri yg sekarang masih isteri.
Sbb anak okg yg bising ayah dia kena kerah bekerja even dah sakit/uzur utk menafkahi isteri & anak² sekarang..  padahal kalau okg x kerja mcm mana nk sara anak bini yg sekarang kan?
Melainkan isteri yg sekarang bersifat IHSAN, maka dia halalkan nafkah dari okg dek kerana dah tua & uzur tak larat lg nk bekerja so dia pun sanggup kerja cari nafkah utk keluarga which is not happening ai rasa
Quote Zeatyisaac 8-6-2026 04:08 PM
MatDeghem replied at 8-6-2026 02:53 PM
Expire date 1. bila anak dah berkeje.

2. bila hayat dah tamat.

Semoga menjadi pedoman buat orang lain. Kalau dah tua, takyahlah kahwin ngan orang muda dan ada anak baru yang masih kecik2. Kalau sakit kerana musibah, mungkin sedara mara boleh terima. Tapi kalau sakit tua, siapa nak tanggung anak2 yang masih kecik dan kena tanggung bertahun tunggu besar dan bekerja. Dah tahu tua, nak kahwin jugak orang muda dan ada anak2 kecik. Haish, susahlah nak cakap.
Quote Blu3butter 8-6-2026 04:19 PM
Tahu sayang ayah tp ayah tu masih ada tanggungan kecik cenot sbb dah tua pun gatai cari penyakit. So jgn le salahkan mak tiri tu jer. Betul tak betul agak2 le dah ayah yg tak sedar diri at the first place
Quote MatDeghem 8-6-2026 04:51 PM
Ai_kiu replied at 8-6-2026 03:21 PM
Tq explain..
Tp aiols musykil la kalau nafkah utk anak stop after anak tu dah bekerja/boleh sara  ...

Nafkah isteri memang lah sampai kamu KO.
Nafkah zahir pada isteri, kalau suami uzur, keluarga suami kena tanggung. Selagi masih jadi isteri, abang ipor, adik ipor lelaki dan pak mentua kena tanggung. Melainkan dah bercerai, si bekas isteri balik ke keluarga nya sendiri, dah tanggung jawab balik pada apak dia and keluarga lelaki dia.


Nafkah bathin, jangan pulak abang ipor, adik ipor and apak mentua sibuk nak bagi. dah lain tu  

Kalau si Grasek ini ada anak lelaki yang dah dewasa, tanggung jawab anak lelaki dia tanggung adik2 dia yang kecil and amak tiri nya.
tapi sekarang hanya ada anak perumpuan, ikut hukum bukan tanggungan anak perumpuan. tapi kalau hubungan anak dan apak baik, saya pasti anak perumpuan nya si Grasek tolong.


Quote MatDeghem 8-6-2026 04:58 PM
talapia replied at 8-6-2026 03:43 PM
ahli keluarga lelaki hanya wajib menafkahi anak2 sahaja.
Balu / janda tak wajib
Kalau janda.. kerj ...

Kalau janda - dah bercerai memang lah keluarga lelaki dah tak tanggung jawab. dah tanggung jawab apak and keluarga si janda tu sendiri.

Tapi balu - keluarga lelaki masih tanggung jawab. Keluarga lelaki harus pastikan balu ada tempat tinggal dan tak merempat. kalau ikut hukum.

Quote Ai_kiu 8-6-2026 05:46 PM
MatDeghem replied at 8-6-2026 04:51 PM
Nafkah isteri memang lah sampai kamu KO.
Nafkah zahir pada isteri, kalau suami uzur, keluarga sua ...

Tq again utk penerangannya
Berat betul tanggungjawab lelaki kan..
Nampak senang & mudah je time senyum² menikah dgn org muda.
Betul la tu kalau hubungan diorang baik dgn anak perempuannya yg ini, mesti anak dia tolong jugak bapaknya sikit sebanyak pun sbb sedia maklum dia mmg kesiyan & syg kat bapak dia. Tp nk buat mcm mana.....
Dah la nafkah tu kira hutang pada Allah kalau tak dilunaskan dgn baik kat dunia
Kalau bini baru ni redo & ikhlas xde nyer dia berbunyik kat sosmed sbb dah mmg hak dia pun nafkah tu
Quote TomyamPuteh 8-6-2026 05:56 PM
Tapi cilanat cilanat FB kuat betul mengecam budak ni.Kesian dia.
Quote Lampuled 8-6-2026 08:40 PM
Selagi ada saya kena la kerja sbb masih ada tanggungjwb. Lain lah kalau dh bedridden. Anak pulak kecil² lagi.
Kalau tidak nak survive mcm mana. Bininya pun sama² keje cari rezeki idok la gaya queen Wana be walaupun suami ada bau² kerabat.
Quote anggeriklatifah 8-6-2026 11:06 PM
Aku pon dulu kutuk jugak mak tirinyaa tu
Tapi aku tgok mak tirinya bukan senag pon
Rajin berniaga..masak..niaga..bukan hrp suami punya duit..dia gak buat kerja masak dan menjual
Mse dia dgn laki nya berniaga...laki nyaa just duduk tepi teman...kdg2 layan customer datang
Kat rumah dia tukang bungkus je..masak2 penyediaan makan isteri dia buat semua
Camni laa..bapak kau tu ada tabggungjawab..dia ada anak kecil..so nak taknak dia kena buat kerja jugak..iaitu sama2 meniaga dgn isteri dia..takkan nak suruh bapak kau dok lepak kat rumah then isteri yg sorng buat kerja dari masak dan niaga...
At least teman isteri dia niaga mlm2 tu kira bekerja jugak laa...
Bapak kau pon satu..kahwin prmpuan muda...muda yg tak menaupaus..then prmpuan tu ngandung laaa...so beranak laa..nak buat camna.cuba bapak kau kahwin prmpuan tua baya mak kau

Lg satu bapak kau pon ok je niaga kerja..maybe dia pon thu tu tanggungjawb dia
Quote pocongkiutss 9-6-2026 07:46 AM
Noks..bapak kau yg gatal pi kawin umur senja..mmg la diankena kerja , kalau tak sapa nak tanggung anak2 kecik dia tu
Quote Lampuled 9-6-2026 08:38 AM
Gi ambik bapak duduk dgn u, bela dia elok² then bulan2 transfer nafkah adik².
Quote Rdizz 9-6-2026 08:56 AM
Blu3butter replied at 8-6-2026 04:19 PM
Tahu sayang ayah tp ayah tu masih ada tanggungan kecik cenot sbb dah tua pun gatai cari penyakit. So ...

Setuju, si ayah tu tetap kena tanggung isteri dan ank2 yg masih kecik, tentulah dia kena bekerja setakat mampu, takkan nk goyang kaki biar isteri pulak cari mkn sorang2. Dah sorang tak sihat, mungkin ada tolak ansur between the 2 of them.

Biadapnya bahasa bdk ni, mulut laser mcm mak dia ke.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.104816 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top