|
Pelakon Che Puan Juliana Evans mengumumkan berita gembira dirinya kini hamil anak ketiga. Menerusi perkongsian di Threads, Juliana berkata kehamilan itu sesuatu yang dinanti-nantikan. “Nampaknya, saya tidak belajar daripada pengalaman sebelum ini! Saya bergurau sahaja. “Saya memang tahu diri ini akan menambah sekurang-kurangnya seorang lagi (anak) dan tahun ini adalah waktu yang sangat sesuai,” katanya. Dalam hantaran tersebut, Juliana turut memuat naik foto memaparkan dirinya sedang memegang bahagian perut yang sudah menampakkan ‘baby bump’. Bagaimanapun,Juliana tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai usia kandungannya itu. Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 30 April 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah, 6, dan Tengku Saidatul Ihsan Zabedah Fauziah Putri. Sumber: Rotikaya
|
aint replied at 10-6-2026 06:01 AM
Jue ni mmg muka mat saleh... mungkin gene apak nya kuat..
Sarimah tu walopun mak matsaleh, tp nmpk ...

Lady39 replied at 10-6-2026 08:45 AM
Yang rupa dan keturunan matsaleh ni bagi nama kat anak2 very down to earth. Nama2 islam, melayu. Yg ...

apedehal replied at 10-6-2026 10:56 AM
Diorg mmg wajib rotate nama mak pak atuk nenek moyang..apela ada pd nama jji harta berkoyan.. blaj ...
jeligoreng replied at 10-6-2026 11:21 AM
Memang wajib yer ? patut nama iols tengok royals banyak pusing2 nama
aerara39 replied at 10-6-2026 04:17 PM
Tergantung juga tp mostly mmg pusing2 nama sama sbb senang masa doakan kerabat diraja, yg nama sam ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-7-2026 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057877 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.