CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Nak Judge Pun Saya Tak Kisah” – Fasha Sandha Enggan Ulas Isu Tak Bertudung Dalam Drama

9-6-2026 11:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 412| Komen: 2

 


Pelakon Fasha Sandha memilih ‘no komen’ berhubung penampilannya yang dilihat tidak bertudung menerusi drama terbaru lakonannya.

Memetik mStar Online, Fasha berkata dia tidak terkesan dengan kritikan dilemparkan kepadanya dan enggan peduli dengan apa diperkatakan netizen.

“Saya memang jenis tak kisah orang nak cakap apa. Kalau orang nak judge pun saya tak kisah. Saya tak pernah beri apa-apa kenyataan untuk isu tersebut (bertudung).

“Jadi bila orang bertanya mungkin mereka prihatin dan beri perhatian. Saya hargai semua itu,” katanya.

Sementara itu, Fasha berkata pendiriannya tidak berubah meskipun isu berkenaan sering menjadi perhatian sejak setahun lalu.

“Sebenarnya apa yang boleh saya katakan, saya tak ada komen untuk isu tersebut (buka tudung).

“Daripada dulu sampai sekarang saya memang takkan beri komen apa-apa bila orang tanya masih berhijab atau tidak dalam drama lakonan saya. Dah setahun lebih orang tanya tapi jawapan saya tetap sama, saya tak ada komen,” katanya.

Bagaimanapun, Fasha berkata dia meluahkan rasa syukur terhadap mereka yang mengambil berat akan dirinya.

“Saya rasa lebih baik mereka fokus pada isu-isu semasa yang lain daripada sibuk fikirkan fasal penampilan saya.\


“Buang masa mereka saja kerana jawapan saya tetap no comment. Tapi apa pun saya tetap bersyukur dan berterima kasih kerana mereka mengambil berat tentang saya. Semoga doa yang baik-baik kembali kepada kalian,” katanya.

Terdahulu, Fasha ada memuat naik video mempromosikan drama lakonannya, namun apa yang menjadi perhatian penampilan aktres itu dilihat tidak bertudung sekaligus menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Sumber: mStar Online, Rotikaya

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-6-2026 10:41 PM
Betul tu. Kemekbik pun totop bukak totop bukak siapa xkata apa.
Quote KamikuP 10-6-2026 03:30 PM
Sapa kemekbik tu cuolls?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.044229 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top