|
PESERTA program Talk To My Manager musim kedua (TTTM2), Cik B memberitahu dia sudah lali dengan kecaman yang diterimanya di media sosial sepanjang penyertaan dalam pertandingan tersebut. Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, berkata dia menyedari pelbagai komen dan pandangan yang diberikan netizen, namun memilih untuk tidak terlalu berfikir kerana berasakan ia tidak memberi kesan kepada diri. “Saya sebenarnya tak rasa apa-apa (baca komen). Saya bukan nak kata tak kisah cuma sudah terbiasa. “Saya juga sedar dengan kritikan-kritikan diberikan. Lagi satu, TTTM bukan nyanyian semata-mata tetapi melihat pada persembahan juga. “Saya tak peduli kerana orang yang cakap fasal saya pun, saya tidak kenal mereka. Kalau mereka tak suka pun tak ada impak bagi saya,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Cik B meluahkan rasa terharu dan teruja apabila menerima sokongan luar biasa daripada penonton ketika persembahan pada minggu suku akhir TTTM2 menyanyikan lagu Aspalela. Menurut Cik B, reaksi penonton yang berdiri memberikan sorakan menjadi antara pengalaman yang paling bermakna sepanjang berada di pentas pertandingan tersebut. “Saya teruja lihat semua penonton berdiri terhibur dengan persembahan lalu. “Tapi suara saya tak sedap, jujurlah suara saya ini bukan macam penyanyi lain. Suara biasa-biasa kalau pergi karaoke bolehlah,” ujarnya. Sebelum ini, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan penyertaan Cik B dalam program Talk To My Manager musim kedua. Dakwa netizen, Cik B hanya bernasib baik kerana merupakan anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang mempunyai pengaruh besar dalam bidang perniagaan dan industri hiburan. Sumber:– mStar |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-7-2026 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.069990 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.