CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Asian Mom, Kalau Anak-Anak Nakal, Saya Suruh Minum Air Yasin” - Scha Alyahya

10-6-2026 10:26 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 719| Komen: 3

 



Pelakon Scha Alyahya berkata cara dia dan suaminya, Awal Ashaari dalam mendidik anak berbeza namun ianya saling melengkapi.

Memetik HibGlam, Scha berkata Awal lebih tenang berbanding caranya dia mendidik anak-anak lebih tegas seperti yang dilakukan oleh kebanyakan ibu-ibu di negaa Asia.

“Cara Awal lebih ‘chill’ dan santai sementara saya pula ‘Asian mom’, cara didikan orang Asia, semua benda nak dilakukan.

“Bila ada perbezaan begitu, kita lihatlah cara didikan mana yang lebih sesuai.

“Namun, kadang-kadang bagus juga bila kita ada kelainan antara suami isteri dan didikan anak itu jadi lebih seimbang,” katanya.

Sementara itu, Scha mengakui bimbang dengan anak sulungnya, Lara Alana yang akan menduduki peperiksaan besar tidak lama lagi namun bersyukur anaknya melakukan rutin tanpa mengeluh.

“Saya ada juga minta Awal tegur Lara supaya belajar supaya tidak nampak saya seorang yang tegas.

“Namun, saya bersyukur ada anak seperti Lara yang tidak mengeluh dan jalani sahaja rutinnya yang agak padat setiap hati. Saya kasihan dan risau dia penat tetapi nampak dia okey sahaja setakat ini,” katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata dia tidak amalkan perkara syirik seperti bertemu dengan bomoh untuk pastikan anak mendapat keputusan cemerlang.

“Tiada jumpa bomoh tetapi di rumah ada air Yasin sahaja, buat sendiri. Kalau anak-anak nakal, saya suruh mereka minum, itu cerita betul,” katanya.

Sumber: HibGlam,Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ihtisyam1 10-6-2026 11:03 AM
Anak anak dia nampak behave je....
Quote red_velvet 10-6-2026 11:23 AM
Lara nampak bijak, sopan n jenis muka baik..semoga baik2 je utk lara, berjaya dalam hidup, berjaya dalam pelajaran, berjaya dunia akhirat ye nak.. At least tak sakit mata tgk lara mekap sekati macam yang sorang tu
Quote anarina 10-6-2026 04:35 PM
Tgk Scha dlm citer Griya, tak berapa heloksss la skin dia, koserrr. Tgk kat ig buat filter n ulfiltered. Yg unfiltered tu punn filtered nokkkkk yihhhhh kita ni marhein lg lawo kulit lahh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2026 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.031008 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top