|
Jurusolek dan rakan baik pelakon Bella Astillah yang dikenali sebagai Aus tampil membidas kenyataan netizen mendakwa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq membuat keputusan yang salah.
Menerusi satu hantaran di Threads, individu tersebut mendakwa Saddiq membuat keputusan salah memilih Bella sebagai teman hidup. Tidak hanya berdiam diri, Aus berkata Saddiq bertuah memikili Bella sebagai teman hidup kerana pelakon itu sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada ahli parlimen itu. Kata Aus lagi, Bella mempunyai pendapatan sendiri dan tidak pernah meminta barangan atau hadiah yang mahal-mahal. “Kenapa awak cakap macam ni eh? Tahu tak Saddiq tu bertuah ada wanita macam Bella! Nak tahu kenapa? Sebab Bella sentiasa beri sokongan kepada dia, Bella selalu bagi kata-kata semangat. “Bella ada duit dia sendiri, Bella ada common sense, Bella selalu happy kan dia, Bella tak pernah mintak dia benda yang mahal-mahal! She has her own life too,” katanya. Dalam pada itu, Aus berkata Saddiq seorang yang ada ilmu dan sudah pasti tahu apa yang terbaik buat dirinya serta masa depan. “So please jangan nak cakap macam Saddiq buat keputusan yang salah. Saddiq tu orang yang ada ilmu. He knows what’s good for him. At the end of the day just Be kind,” tulisnya.
|

kaseh80 replied at 16-6-2026 09:25 AM
Thamby suka sebut duit duit duit
Conclusionnya dambakan.wang uang uang
Cari Provider senang idup
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-7-2026 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.033738 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.