CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selangor sedang perhalusi isu tanah bagi pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang - Anthony Loke

18-6-2026 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 231| Komen: 1

 



PELABUHAN KLANG: Kerajaan Negeri Selangor sedang memperhalusi penyelesaian isu tanah bagi fasa awal pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey, di sini. 

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata proses berkenaan sedang diperincikan antara Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama pihak swasta yang melibatkan model konsesi.

“Jadi sekarang ini kita sedang berurusan dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan dahulu isu tanah.

“(Pembinaan pelabuhan ketiga ini) akan melibatkan model Build-Operate-Transfer. Kita memang ada sasarkan kalau boleh untuk memulakan (pembinaan) projek tahun ini tetapi apa yang penting sekarang ini, isu tanah itu perlu diselesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pra-Pelancaran Wisma Golden Horse, Q Centre @ PKFZ Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ), pembukaan Kilang Suntek Materials Sdn Bhd serta Kilang Golden Horse Rubber Fasa 2 yang melibatkan nilai kumulatif pelaburan baharu sebanyak RM566 juta serta pelancaran PKFZ : Smart Intelligence Industrial Park di PKFZ, Pulau Indah hari ini. 

Loke pada 11 Mei lepas dilaporkan berkata kerajaan telah meluluskan projek pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey di Selangor.

Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey itu ialah projek strategik yang penting untuk memperkukuh keupayaan ekonomi dan kedudukan Malaysia dalam sektor pelabuhan serta logistik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua agensi berkaitan untuk bergerak pantas dalam merealisasikan pembangunan Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey.

Pada 17 Sept 2025, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti tanah seluas 1,699.68 hektar (4,200 ekar) untuk dibangunkan sebagai pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Kuala Langat.

Pembangunan itu meliputi 1,011.71 hektar (2,500 ekar) tanah dasar laut di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan 687.96 hektar (1,700 ekar) tanah kawasan pesisir pantai milik Yayasan Selangor.

Sementara itu, mengulas mengenai peluang pekerjaan kepada pesara tentera bagi memenuhi keperluan tenaga mahir, Loke memaklumkan satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara PKFZ dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dua minggu lepas yang disaksikan beliau serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu merupakan usaha kerajaan dalam memenuhi tuntutan pihak industri dan pasaran untuk penyediaan tenaga kerja mahir.

Pada 16 Mac lepas, Loke dilaporkan berkata kerajaan akan melaksanakan satu program khas kepada pesara dan veteran tentera bagi mendapatkan lesen kelas E untuk memandu kenderaan berat yang merupakan usaha untuk menampung kekurangan pemandu kenderaan berat dalam industri haulier dan logistik. 

-- BERNAMA
 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 18-6-2026 09:53 PM
Akan banyak gangguan mistik di situ.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.040248 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top