CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya kalah, tak mampu buat majlis besar-besaran – Abby Abadi

5-7-2026 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2828| Komen: 56

 


Luka masih berdarah, pelakon Abby Abadi mendedahkan duka yang disimpan selama dua dekad selepas meraih perhatian ramai susulan tidak menghadiri majlis sambutan ulang tahun anak keduanya, Marissa Dania Hakim.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata, ketiadaannya bukan kerana menyimpan amarah, sebaliknya merasakan dirinya ‘kalah’ dalam dunia media sosial dan kandungan digital.

“Jangan salah faham. Saya ucap selamat hari lahir kepada Marissa bukan sebab marahkan dia. Saya cuma nak dia tahu hari istimewa anak-anak sentiasa dalam ingatan saya.

“Tak pernah sekalipun saya gagal meraikannya kecuali tahun ini. Tak mengapalah, saya kalah sebab saya tak mampu buat majlis besar-besar. Saya orang biasa.

“Apa yang ada hari ini pun hasil kerja keras untuk beri kehidupan baik kepada anak-anak,” katanya dalam perkongsian di platform Threads.


Ibu kepada enam cahaya mata yang memuat naik luahan disifatkan sebagai luka tersimpan itu juga mendakwa seolah-olah pengorbanannya dilupakan.

“Bila dah makin seronok, buat majlis pun macam saya dah mati. Rasa macam dah beri seluruh jiwa raga, tetapi bila diuji dengan harta benda, mereka lupa pernah meninggalkan luka parah dalam hati saya,” ujarnya.

Abby turut mengimbau pengalaman membesarkan tiga cahaya mata hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Norman Hakim, termasuk mendakwa melalui tempoh kehamilan dalam keadaan bersendirian.

Katanya Abby, dia melalui sebahagian besar tempoh kehamilan bersendirian kerana aktor terbabit sering tiada di rumah atas komitmen kerja, bahkan pernah melahirkan anak di dalam kereta tanpa sempat tiba di klinik.

“Cuma saya nak anak-anak saya tahu dari awal mengandung sampailah melahirkan kamu semua mama mu ini berjuang sendiri. Anak nombor satu keadaan masih baharu dah terasa deritanya, tapi sebab sayang teruskan juga.

“Anak nombor dua mengandung pun layan diri. Menangis sendiri, melayan jiwa sendiri sebab suami tak balik, tahu-tahu nak bersalin, dia muncul. Sikit pun saya tak marah, saya buat rileks. Saya bersalin dalam kereta dan sambut sendiri anak,” katanya.

Pada masa sama, Abby membangkitkan isu keadilan terhadap permata hati selain nafkah yang didakwanya menjadi punca hubungan mereka semakin renggang.

“Bila saya bangkitkan soal keadilan untuk anak-anak dan nafkah yang saya tak pernah dapat di tangan, bermulalah pelbagai konflik. Kalau tak selesai di dunia, akhirat pasti bertemu,” ujarnya.

Mengakhiri luahan, Abby mengakui kini lebih memahami makna trauma, namun bersyukur kerana ujian yang dilalui mendekatkannya kepada Allah selain memberinya kekuatan.

Sebelum ini, Abby tidak kelihatan dalam majlis sambutan hari jadi Marissa anjuran Norman bersama isterinya, Memey Suhaiza, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Abby dengan Norman yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 sebelum mereka bercerai pada 2009.

Dua lagi anak daripada hasil perkahwinan itu ialah Mohamed Danish Hakim, 23, dan Maria Danisha Hakim, 18. 

 
Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aribaariba 5-7-2026 01:22 PM
Inilah dia sebenarnya. Asek nak menang. Celebrate bday anak pun utk nak menang. Apo???
Dah tu, bukannya dah nk ninggal pun yg x blh celebrate a day or 2 after the birth date. Just keluar g nonton wayang ber2 pun celebrate. Masak extra special utk anak pun celebrate.
Kalau asek nak kena keluar puluh ribu baru kira celebrate, lemah la
Quote asfaz 5-7-2026 02:31 PM
1000366602.jpg 1000366604.jpg
1000366606.jpg 1000366608.jpg
1000366610.jpg
1000366612.jpg 1000366614.jpg
1000366616.jpg
1000366618.jpg
1000366620.jpg
1000366622.jpg
1000366624.jpg
Quote sukacactus 5-7-2026 02:52 PM
Kita baca & ambik iktibar aje lah
Fam org, bkn fam kita pun
Quote Orenn1 5-7-2026 03:15 PM
Kenapa dia tak blh bahasakan mak dia ‘dia’. Mak dia org ketiga dlm perbualan tu, so dia tu tal salah pun. Pelik2 melayu ni.
Quote Orenn1 5-7-2026 04:17 PM
Makcik ebby ni mmg bodoh. Dia rasa kena berlawan2 buat majlis celebrate anak pun, siapa buat majlis crand lagi. Payutnya syukur bapak budak tu n mak tiri buat mqjlis utk anak kau, kau pulak tgk benda tu dr sudut negatif, mmg gila makcik ebby ni.
Semua benda tak kena dgn dia.
Quote Shinichikudo 5-7-2026 05:38 PM
kesian anak2 mesti membesar asyik kena gaslight ja. mmg nampak terang nyata narc traits tu. yg si anak no 3 tu pun lama2 pun bakalan menjauh hati. something wrong somewhere la acik yebby bawak2 g berubat hati ko..lebih afdol dari ko sibuk menceceh hal rumah tangga org.
Quote mizzmimi 5-7-2026 09:06 PM
asfaz replied at 5-7-2026 02:31 PM

DAN SAYA TAKNAK APA YANG SAYA SHARE DISHAREKAN BALIK DI MEDIA SOSIAL

THISSS...!!! iols feel uols marissa

to bakyah pegi therapy la bakyah.. dah berpuluh tahun pun meratib lagi pasal kisah lama.. pastu bill tu ko claim kat nomemey tu.. hutang lama sume claim naik mahkamah.. dah layak bercucu pun merentan tak habis
Quote asfaz 5-7-2026 09:34 PM
mizzmimi replied at 5-7-2026 09:06 PM
DAN SAYA TAKNAK APA YANG SAYA SHARE DISHAREKAN BALIK DI MEDIA SOSIAL

THISSS...!!! iols feel uols  ...

1000366972.jpg
Quote asfaz 5-7-2026 09:40 PM
Normiang dgn memek mmg salah masa tu.Sejarah yg memalukan.
Tpi yg bekap yebbi ni lupa kot,tak lama dia cerai,dia berboipren kan Zul peti ais. Lama jgk kan?
Kawin pun 2x lepas Normiang.
Dia duk ungkit kisah lama sampaikan normiang suka Erra pun dia ungkit. Ajegilerr.

Lain la dia menderita langsung tak kawin,boleh la dihentam hbs 2 ekor tu.
Td ada ai baca komen,suami happy isteri happy.. apatah ayat tu tadi. Nak tanya laki yebbi tak dpt menghappykan isteri ke?
Quote fattymah 5-7-2026 10:09 PM
asfaz replied at 5-7-2026 09:40 PM
Normiang dgn memek mmg salah masa tu.Sejarah yg memalukan.
Tpi yg bekap yebbi ni lupa kot,tak lama d ...

Dok kacau rumahtangga org lain.. laki dia cam dok wujud nak gak jantan lain bagi nafkah... bodoh punya laki
Quote mizzmimi 5-7-2026 10:15 PM
asfaz replied at 5-7-2026 09:40 PM
Normiang dgn memek mmg salah masa tu.Sejarah yg memalukan.
Tpi yg bekap yebbi ni lupa kot,tak lama d ...

ya ampon anak sendiri pun nak dijemahkan masa live pulak tu ishhh tak bole la iols.. bakyah play victim tak habis2.. MD pun problematic but at least dia tak kecoh serata alam..

worst part is kena menjawab royanan mak dia jawab salah tak jawab salah
Quote mizzmimi 5-7-2026 10:26 PM
ntah2 majlis tu pakai duit MD sendiri tak? sheols tunjuk invitation to both sides kan.. kalau nomiang sponsor takkan MD jemput camtu? ke cane
Quote mizzmimi 5-7-2026 10:27 PM
bakyah beranak dalam kereta tu nomiang ada sekali la.. adui bakyah ko beranak tu siap masuk berita kot.. lahhh
Quote asfaz 5-7-2026 10:52 PM
mizzmimi replied at 5-7-2026 10:15 PM
ya ampon anak sendiri pun nak dijemahkan masa live pulak tu ishhh tak bole la iols.. bakyah play v ...

1000367026.jpg

tu diaaaa..pastu merempan. Lahaiii yebiii..selalunya anak senyap aje,kalini anak tumpah teh
Quote cm_vungtau 5-7-2026 10:58 PM
Biar jelah dia Abby oi. Sedangkan nikah kat Telen pun haram dia nak jemput ko, takyah la nak mengharap dapat jemputan besday. Lantakkan la. Dah la perangai sebijik macam mak tiri dia. Memang patut pun ko kena cerai. Perangai tahapa2.
Quote asfaz 5-7-2026 11:05 PM
Edited by asfaz at 5-7-2026 11:08 PM
mizzmimi replied at 5-7-2026 10:27 PM
bakyah beranak dalam kereta tu nomiang ada sekali la.. adui bakyah ko beranak tu siap masuk berita k ...


Betul..normiang yg sambutkan?
Adehhh. yebii igt org2 yg ada zaman ty dah pupus ke


1000367028.jpg
1000367030.jpg


Btw.. Normiang ngan yebbi cerai 2x.


https://www.mstar.com.my/spotlig ... i-dengan-talak-satu
Quote cmf_jeangrey 5-7-2026 11:06 PM
Asalkan bergerak seinci kena bagitau org awam ke?
Dapat pulak followers kepoci tiap benda kena interrogate..
Pelik2 aje


Quote asfaz 5-7-2026 11:07 PM
cm_vungtau replied at 5-7-2026 10:58 PM
Biar jelah dia Abby oi. Sedangkan nikah kat Telen pun haram dia nak jemput ko, takyah la nak menghar ...

Follow mak dia la tu.
1000367044.jpg
Quote asfaz 5-7-2026 11:15 PM
Rasa nak tergelak pulak baca komen last tu
1000367048.jpg 1000367050.jpg

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-7-2026 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.142335 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top