|
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan berpendapat tiada isu jika pasangan kekasih atau suami isteri mengamalkan konsep 50-50. Menerusi satu perkongsian di Threads, Elizabeth menjawab pertanyaan seorang individu mengenai perkara itu kepada pasangan berbangsa Cina. “Untuk kawan-kawan cina, saya nak tahu, ada tak yang 50/50 ke dalam hubungan?” soalnya. Menjawab pertanyaan individu itu, Elizabeth berkatadia dan suaminya mengamalkan konsep tersebut sejak zaman bercinta lagi sehingga kini sudah berkahwin. Menurutnya lagi, ianya tidak menjadi isu serta berseloroh dengan cara tersebut masing-masing tidak menyimpan dendam. “Setiap masa sejak zaman bercinta. Sekarang dah kahwin pun masih 50/50. Dengan cara ini, tiada simpan dendam dalam hati. Bergilir-gilir saja bayar, apa isunya,” tulisnya. Untuk rekod, Elizabeth mendirikan rumah tangga dengan Siew Jim pada 21 Mac 2021.
|
semua sibuk nak kawin doktor, last2 tak tahan gaji kecik 
babelina replied at 6-7-2026 09:28 PM
sejak kawin mcm xde class dh dia nie..
prince_marhaen replied at 9-7-2026 08:25 AM
Macam selekeh kan? Dulu seksi jugak, tapi nampak cute, nampak sopan "typical amoi" Malaysia.
Lepas ...
Jangan perempuan bayar 50/50, tapi kerja rumah tetap perempuan yang pikul 
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-7-2026 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061055 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.