CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuntutan RM1.43 bilion kos LPT2 kepada Terengganu tidak berbangkit - MOF

7-7-2026 11:40 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1| Komen: 0

 



KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan isu pembayaran balik tuntutan kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berjumlah RM1.43 bilion kepada kerajaan negeri Terengganu tidak berbangkit kerana pembiayaan dibuat mengikut persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata, pembiayaan sebahagian kos pembinaan LPT2 dibuat menerusi Akaun Amanah Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) berdasarkan persetujuan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu, selain dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah DKKP.

Menurut kementerian itu, penggunaan dana berkenaan juga selaras Arahan Amanah Akaun Amanah DKKP yang menetapkan peruntukan hanya digunakan bagi membiayai program, projek dan aktiviti yang memberi manfaat kepada rakyat di negeri terbabit sebagaimana diluluskan Jawatankuasa Akaun Amanah.

"Arahan Amanah itu juga tidak mempunyai sebarang peruntukan berhubung pembayaran balik kepada mana-mana Kerajaan Negeri sekiranya sesuatu projek dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Agensi-agensi Persekutuan menggunakan peruntukan daripada Akaun Amanah DKKP.

"Sehubungan itu, isu tuntutan bayaran balik kos pembinaan LPT2 berjumlah RM1.43 bilion kepada kerajaan negeri Terengganu adalah tidak berbangkit," katanya melalui jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN-Setiu) mengenai mekanisme penyelesaian bagi tuntutan bayaran balik kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) berjumlah RM1.43 bilion kepada kerajaan negeri Terengganu, susulan beberapa siri rundingan rasmi yang diadakan oleh kerajaan negeri.

 MOF berkata, pembiayaan sebahagian LPT2 selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan bahawa dana DKKP yang berkaitan dengan negeri Terengganu digunakan untuk manfaat negeri dan penduduk di negeri berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan kekal terbuka untuk berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berhubung cadangan melaksanakan program atau projek baharu yang boleh dibiayai menerusi Akaun Amanah DKKP.

"Ia untuk memberi manfaat secara langsung kepada rakyat, khususnya dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan serta menambah baik infrastruktur asas di Terengganu," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.031417 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top