CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Sukan Lihat artikel

Cristiano Ronaldo belum tutup pintu ke EURO 2028

7-7-2026 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 150| Komen: 1

 


DALLAS: Cristiano Ronaldo mengakui Piala Dunia 2026 adalah penampilan terakhirnya di pentas terbesar bola sepak dunia, namun bintang Portugal itu belum menutup pintu untuk terus menyarung jersi negaranya sehingga Euro 2028.

Kenyataan Ronaldo itu mencetuskan tanda tanya mengenai masa depannya bersama skuad kebangsaan selepas pemain berusia 41 tahun itu memberi bayangan masih mempertimbangkan peluang untuk beraksi dalam Kejohanan Eropah dua tahun lagi.

Portugal mengakhiri kempen Piala Dunia 2026 di pusingan 16 terbaik selepas tewas tipis 0 1 kepada Sepanyol menerusi jaringan lewat Mikel Merino yang memastikan juara Eropah itu mara ke suku akhir.

Kekalahan itu menyaksikan Ronaldo menamatkan impian untuk menjulang trofi Piala Dunia yang menjadi satu satunya gelaran besar antarabangsa yang masih belum dimilikinya.

Namun, kapten Portugal itu tetap menunjukkan sikap positif apabila bercakap mengenai perjalanan karier antarabangsa selama 23 tahun yang penuh dengan kejayaan.

"Saya sedih kerana tersingkir daripada Piala Dunia seperti ini.

"Tetapi saya sudah memberikan segala yang saya mampu. Saya memberikan yang terbaik dan meninggalkan kejohanan ini dengan hati nurani yang bersih.

"Inilah bola sepak, inilah kehidupan seorang pemain. Kadangkala anda menang, kadangkala anda kalah dan anda perlu terus bergerak," kata Ronaldo.

Bekas pemain Real Madrid, Manchester United dan Juventus itu mengakui dia memerlukan masa untuk memikirkan langkah seterusnya sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan.

"Kebenarannya, ini adalah Piala Dunia terakhir saya, ya. Tetapi sekarang saya akan mempunyai masa untuk berfikir, bersama keluarga dan tidak membuat keputusan ketika emosi masih panas. Selepas itu saya akan teruskan kehidupan," katanya.

Bagaimanapun, Ronaldo belum memberi isyarat untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa apabila masih memuji nilai kejayaan bersama Portugal terutama kemenangan Euro 2016.

"Bagaimana perasaan saya hari ini? Sama sahaja. Dengan hati nurani yang bersih. Saya sudah memberikan yang terbaik.

"Saya telah memenangi tiga trofi bersama Portugal. Sebelum Cristiano, Portugal belum memenangi sebarang gelaran. Jadi saya gembira.

"Trofi terbesar yang saya menangi bersama pasukan kebangsaan adalah pada 2016 dan bagi saya nilainya sama seperti Piala Dunia," katanya.

Ronaldo kini masih terikat bersama kelab Arab Saudi, Al Nassr sehingga Jun tahun depan dan kontrak itu akan tamat ketika dia menghampiri usia 42 tahun.

Pemain kelahiran akademi Sporting Lisbon itu kini memegang rekod sebagai penjaring terbanyak dan pemain dengan penampilan paling banyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa lelaki.

Walaupun semakin hampir ke penghujung karier, Ronaldo masih memburu beberapa rekod termasuk sasaran menjaringkan 1,000 gol sepanjang karier profesionalnya.

Ketika ini, dia hanya memerlukan 24 gol lagi untuk mencapai angka bersejarah itu yang dijangka boleh dicapai pada musim depan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 7-7-2026 06:25 PM
lerr xnak pencen lagi?baiklah... jgn merengek teammates ko palau ko laaa,xnak bagi bola laa,jeles kat ko laaa

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.136506 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top