CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ada Bau-Bau Nak Buka Tudung” – Penampilan Terbaru Norreen Iman Jadi Tumpuan, Peminat Doakan Yang Terbaik

7-7-2026 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1239| Komen: 12

 


Perkongsian terbaharu pempengaruh dan pelakon Noreen Iman di media sosial mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan hijab gaya turban, selain ada juga gambar yang memperlihatkan dirinya hanya memakai topi.

Menerusi hantaran di Threads, Noreen berkongsi beberapa foto yang memaparkan rutin serta kehidupannya sejak kebelakangan ini.


Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menitipkan nasihat serta doa agar pelakon berkenaan terus istiqamah dalam menjaga aurat.

“Ada bau-bau nak buka tudung. Kuatkan semangat Noreen. Ingat hidup ini sekejap saja,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi netizen turut memberikan kata-kata semangat agar Noreen terus berusaha menjadi lebih baik.

“Tak perlu jadi lebih baik daripada orang lain. Cukuplah kita jadi lebih baik daripada diri kita semalam. Insya-Allah boleh,” komen seorang lagi.

Tidak kurang juga yang menitipkan pesanan supaya Noreen terus mendekatkan diri kepada Allah meskipun berdepan pelbagai pandangan orang ramai.

“Jauh daripada manusia tak mengapa, jangan jauh daripada Allah. Kita cuba ya.”



SUMBER : Threads, Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 8-7-2026 10:31 AM
Kadang netizen ni over lah... what do you expect from people like this, berkelubung terus ke? kau nak dia give up pastu bukak semua balik tunjuk bonjol2 lemak macam dulu ke baru kau puas? lifestyle dia pun takkan 200% dia kena ubah...circle tiktok dia lagi pun.. kau relax je lah..
Quote Denco 8-7-2026 10:40 AM
masa mula2 nak berubah terpaling dpt hidayah...menangis2 dpn kaabah lps tu share kat socmed, tu yg netijeb bg nasihat myb sbb nmpak perjalanan dia berubah tu terlalu over nau share nya
Quote Gianna111 8-7-2026 04:01 PM
drastic sangat...bila berhijrah ni tak perlu announce dan gebang. i teringat kawan i berhijrah. masa nak becerai tudung labuh dah macam nak sapu lantai..last for 2 years. lepas tu semua terbang
Quote azimodin 8-7-2026 04:12 PM
Kena hencal dengan netizen = harga yg manusia kena "bayar" kerana menjual hidup.  Iman turun naik tu biasa. Cuma aku xfaham jenis yg berubah extreme. Berhijrah extreme, bukak tudung pon extreme. Pastu cam biasa la keluar statement "saya nak jujur dengan diri sendiri" "saya sedang belajar berdamai dengan takdir". Apsal tak cakap je "saya lagi selesa tak pakai tudung & tak peduli pendapat orang lain"
Quote zeetot 8-7-2026 05:06 PM
masa bertudung dulu tak payah gebang2
Quote red_velvet 8-7-2026 05:48 PM
Edited by red_velvet at 8-7-2026 05:49 PM

Sebab tu bila da pakai tudung tak payah sembang macam ko dianugerahkan mukjizat...  hujan lebat tapi atas kereta ko je tak hujan.. Apo kacip bona sembang eh....

[tiktok]7581713679222230293[/tiktok]
Quote Duta lover 9-7-2026 08:13 PM
Pastu netizen yg sama kecam fasha sandha jugak pasal tudung
Apapun x boleh netizen ni
Quote mamarilia 10-7-2026 12:49 AM
susah nak isitiqomah... sangat susah...
Quote likilu 10-7-2026 07:22 AM
Duta lover replied at 9-7-2026 08:13 PM
Pastu netizen yg sama kecam fasha sandha jugak pasal tudung
Apapun x boleh netizen ni

Sbb dia funny n ada jugak rupa bila bersiap kot

Tapi heran jugak dia size size aina abdul tapi kemain yg satu lagi kena body shaming face shaming, yg ini selamat.
Quote adeqbun 10-7-2026 08:13 AM
prince_marhaen replied at 8-7-2026 10:31 AM
Kadang netizen ni over lah... what do you expect from people like this, berkelubung terus ke? kau na ...

mslhnye time mula2 dlu beriya kemain insaf dan hijrah2 nye..tdg pon kemain labuh dan asik pakai jubah je..
Quote adeqbun 10-7-2026 08:15 AM
Duta lover replied at 9-7-2026 08:13 PM
Pastu netizen yg sama kecam fasha sandha jugak pasal tudung
Apapun x boleh netizen ni

fasya tu ai xfhm la..org bertudung ni biasanya dh sgt janggal nak bukak tdg wlupon keluar tutup pintu gate rumah...ni boleh pulak die belakon free hair padahal boleh je sgt2 die kekal bertudung ikut watak..wlupon watak antagonis,ok je kalau prinsip tu kuat..lgpon watak dlm drama terbaru tu time die muda je freehair..bkn byk scene pon..bole ye dan tergamak die bukak tdg...bkn la ai nak menyebok,tp seriusly x rs apa2 bile freehair semata nak belakon mcm tu..
Quote taji2906 10-7-2026 10:08 AM
aku kalau tengok dia ni, akan bermain dalam kepala ingat dia berus gigi cakap termakan babi tu. adoiii.. kecoh siap kena bagitahu satu dunia dia termakan babi. sambil gosok gigi bercakap babi.. babi... eiiiii aku la

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.035931 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top