CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Suka Atau Tidak, Inilah Takdirnya” – Pelajar Ijazah Pengurusan Binaan Hidap Barah Reda Kaki & Tangan Terpaksa Dipotong

7-7-2026 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 691| Komen: 26|Original author: Raline


WhatsApp-Image-2026-07-07-at-12.05.38-PM.jpeg


Pejuang barah darah, Muhammad Nurhafiy Mohd Sazali, reda menerima takdir apabila kedua-dua tangannya terpaksa dipotong kira-kira sebulan selepas kehilangan kedua-dua belah kaki akibat komplikasi penyakit yang dihidapinya.

Hafiy, 22, berkata prosedur pemotongan kedua-dua tangan itu dilakukan pada Rabu lalu di Hospital Ampang selepas doktor mendapati terdapat jangkitan kuman yang menyebabkan keadaan tangannya semakin serius.

Meskipun sukar menerima hakikat tersebut, Hafiy mengakui dia tidak mempunyai pilihan selain akur dengan nasihat doktor demi kesihatannya.

“Tipu kalau kata tak sedih tapi inilah takdir-Nya dan aturan Allah SWT yang terbaik buat saya.”

“Suka atau tidak, saya kena relakan juga kedua belah tangan dipotong selepas kehilangan kaki bulan lalu.”

Menurut Hafiy, kekuatan untuk terus berjuang datang daripada sokongan tidak berbelah bahagi ahli keluarga serta rakan-rakan yang sentiasa berada di sisinya.

“Kekuatan mengharungi dugaan ini datang daripada keluarga yang banyak bagi semangat terutama emak, ayah, adik-beradik juga rakan.”

“Jadi walaupun sedih, saya lebih tenang sebelum dan selepas tangan dipotong tempoh hari. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang mendoakan terutama selepas kisah saya disiarkan di Harian Metro.”

Buat masa ini, Hafiy memaklumkan keadaannya stabil namun masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan doktor di Hospital Ampang.

Beliau turut berkongsi bahawa doktor memaklumkan dirinya berpeluang menggunakan kaki dan tangan palsu pada masa akan datang sebagai alternatif untuk meneruskan kehidupan.

“Difahamkan, saya boleh menggunakan kaki dan tangan palsu nanti sebagai alternatif.”

“Cuma tak pasti lagi bila kerana minggu depan, saya perlu berjumpa dengan pakar rehabilitasi dulu bagi berbincang mengenai keadaan tangan juga kaki.”

Screenshot 2026-07-07 163310.png


Sementara itu, ibunya, Huzaimah Berhan, mengakui sebagai seorang ibu, amat sukar untuk melihat keadaan anaknya yang dahulunya aktif kini terpaksa berdepan kehilangan kedua-dua kaki dan tangan.

“Sebagai ibu, bohong kalau saya katakan tak sedih terutama bila mengenangkan Hafiy anak yang aktif dan banyak membantu tapi kini pergerakannya terbatas.”

“Nak kata tak boleh terima, kena terima juga kerana apa yang berlaku ketentuan Allah SWT.”

“Tapi saya tak boleh tunjuk sangat kesedihan di depannya dan kena kuat semangat.”

“Mohon sama-sama doakan Hafiy semoga penyakitnya diangkat dan urusannya dapat kaki dan tangan palsu dipermudahkan.”

Terdahulu, kisah Hafiy pernah mendapat perhatian ramai apabila kehidupannya berubah sepenuhnya dalam tempoh kurang setahun selepas disahkan menghidap barah darah pada Oktober tahun lalu.

Lebih menyedihkan, Hafiy diuji ketika masih mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam apabila bukan sahaja terlantar, malah terpaksa menerima hakikat kehilangan kedua-dua kaki dan kini kedua-dua tangannya akibat komplikasi penyakit tersebut. – HARIAN METRO


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 7-7-2026 04:46 PM
Semoga adik ni tabah dgn ujian
Quote cmf_jeangrey 7-7-2026 04:47 PM
Besarnya dugaan adik ni
Acik doakan kau terus kuat
Segalanya pinjaman takde yg kekal di dunia
Quote mejaputih 7-7-2026 04:49 PM
semoga adik ini kuat dan penjaga dia pun kuat. semoga dipermudahkan segalanya.
Quote blastoff 7-7-2026 05:23 PM
Edited by blastoff at 7-7-2026 05:26 PM

Kuman yg tidak bernama, yg begitu cepat berjangkit hingga perlu di potong anggota itu ini lahhh haih,

tidak di riuhkan simply senyap jer kewujudannya, agar boleh simply labelkan sebagai kanser lalu buat aggressive treatment utk potong sana sini tanpa dpt pertikaikan pungg, simply tunggang agama suruh redha jerr laaaa TAKDIRRRR weyyy TAKDIRRRR

Soalan cepumass : kenapa time covid dulu tak simply diam jer redha jer laaa TAKDIRRR KANN?!!! Awat perlu riuh satu dunia walhal tarak simptom langsung pungg riuh gakkk mcm org gila punyaaa laaa phobiaaa kat covid?


Screenshot_20260707_172532.jpg



Screenshot_20260707_165804.jpg
Quote blastoff 7-7-2026 05:42 PM

Woww, jangkitan mycoplasma boleh membawa kepada potong tgn atau kaki atau kedua2...

Hmmm, bahaya nyaaa, but then tak de yg riuhkan pungg ye bahayanyaaa itteww di diam kan krik krik krik... Simply kata ringan jer symptomm tarak apaaa aihhh kalau kena punggg ...

Tunggu jer lah ye sampai kena nanti boleh tunggang agama ratib redha takdir ke hulu ke hilir kan kan kan
Quote slavehunter 7-7-2026 07:07 PM
blastoff replied at 7-7-2026 05:23 PM
Kuman yg tidak bernama, yg begitu cepat berjangkit hingga perlu di potong anggota itu ini lahhh haih ...

SyafakAllah.....
Quote blastoff 7-7-2026 08:02 PM
Edited by blastoff at 7-7-2026 08:09 PM
slavehunter replied at 7-7-2026 07:07 PM
SyafakAllah.....


Depa x tawww nak boh nama apa dahhh last2 jadik 'virus deaths'... Children plakk jadi target

Tu kira sehabih2 fearmongering ler kena sebut 'deaths' baru mak pak jadi gabra mcm nk gilaaa...

Hilang truih 'redha sabar takdir' bila mai bab vaksin CUMA satu pilihan jerrr depa bagi, other rawatan alternatives kena keji kaw kaw gitteww

Very selective kinda mentality, tunggang agama kalau utk tutup bioweapon, utk elak bagi pampasan, utk suci murnikan vaksin, perlu ratib TAKDIR REDHA SABAR BLABLABLA

kalau nk buat profit pelaku vaksin, kena halang apa saja yg disyorkan agama sampai nk solat jemaah time covid dulu punggg tak lehh, 'redha sabar takdir' time tuu tak terpakai... Munafik to the t lahhh haih... Well, Tuhan nk tunjuk sape munafik ler tuhh, terbuka luas2 tak leh sorok lagi dahhh pangai munafik kaw kaw terpampang for all to see


Screenshot_20260707_195503.jpg
Quote blastoff 7-7-2026 09:53 PM
Edited by blastoff at 7-7-2026 09:59 PM

Sekarang time menuai hebat berlaku apabila ramai vaccinated memenuhi hospital mcm nak rak sakit kronik itu ini tahap 4 blaka2 ,

dannn under staff merata spital dek ramai yg kecundang kerana kesan sampingan vaksin ,

tiberrrr gambar di hospital x boleh viral, x boleh masuk mainstream media, tak boleh dipertontonkann lah plakk, tiberrr lahhh kannn


Screenshot_20260707_192239.jpg



Padahal, time kempen vaksin yg
di cucuk DIGALAKKAN promote dirinya tengah dok pegang placard 'vaksin selamat',

malah di viral mcm nk rakk gambar2 dlm spital dlm masjid dlm sana sini tengah dok cucuk vaksin, bolehhh lah plakkk ye



Screenshot_20260707_215942.jpg


Screenshot_20260707_214021.jpg



Gitu ler munafik penjilat2 vaksin dgn begitu selective melaksanakan double standard praktisnyaaa dgn muka sembrono... Pathetic.

Quote asfaz 7-7-2026 09:57 PM
Allah. kesiannya.Semoga dipermudahkan urusan adik ni ,semoga dapat kaki dan tangan palsu.
Quote blastoff 7-7-2026 10:23 PM
Edited by blastoff at 7-7-2026 10:28 PM
asfaz replied at 7-7-2026 09:57 PM
Allah. kesiannya.Semoga dipermudahkan urusan adik ni ,semoga dapat kaki dan tangan palsu.


Kalau gangrene berlaku kat anggota luar boleh laa pakai anggota palsu,

tapi mycoplasma tak stop pd anggota luar jer, leh secara tak langsung menyebab organ dalaman berlaku gangrene satu ke satu...

So camne nk ganti organ dalaman yg mereput? Mati ler jawabnyaaa

Gitu punya bahayaaa bakteria mycoplasma nih, semua spital di dunia senyappp tak berbunyi tak teringin nk inform masyarakat mengenai bahaya nya tuh

Padahal semua yg dahhh vaccinated ada jer bakteria nih dlm badan tengah dok santai2 sebelum buat serang hendap secara drastik hingga tiada jln kembali once ia berlaku...

Membiarkan kemusnahan berlaku dlm diri dgn mencari ikhtiar sia2 yg dianjurkan oleh nasrani dan yahudi yg sesekali tidak dpt hilangkan bioweapon mycoplasma itteww, sama mcm menyerahkan nyawa pd depa utk diperlakukan sesuka hati ler .

Tuuu yg nabi saw sebut umat akhir zaman RAMAI rela TERJUN masuk lubang biawak punyaaa terima bulat2 idea nasrani yahudi walau tergadai nyawa.


Screenshot_20260707_221339.jpg


Quote axl_bach 7-7-2026 10:34 PM
Mai dah hanat bengap dgn maikoplasma bayowepen dia.....
Quote TTun_Teja 7-7-2026 11:19 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.  Sungguh redha dia ini. Semoga Allah merahmatinya dan mengantikannya dengan yang lebih baik di sana.
Sabar tabah redha dan tawakal. Hebatnya kamu ini.
Quote TTun_Teja 7-7-2026 11:20 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun.  Sungguh redha dia ini. Semoga Allah merahmatinya dan mengantikannya dengan yang lebih baik di sana.
Sabar tabah redha dan tawakal. Hebatnya kamu ini.
Quote dubuk 8-7-2026 06:04 AM
Masih ada berita gembira iaitu dunia ini bukan kekal abadi
Quote zamnie 8-7-2026 07:13 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga adik ni tabah dgn dugaan.. ada not acct dia ke?
Quote Purestteam1 8-7-2026 09:47 AM
Semoga cepat recovery.. moga baik2 pengakhiran
Quote talapia 8-7-2026 09:57 AM
semoga Allah permudahkan urusan adik ni.. urusan keluarga yang menjaga. Mudah2an mereka semua kuat untuk lalui ujian yang hebat ni.
Quote BungaKencana 8-7-2026 10:02 AM
berat ujian dia.. semoga lps dah potong kaki tangan ni dia bebas segala penyakit & blh teruskan hidup normal berkahwin ada anak2..
Quote afie_m 8-7-2026 10:41 AM
semoga Allah permudahkan urusan adik ni.. urusan keluarga yang menjaga

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.186685 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top