|
Penerbit dan pengarah Datuk Yusof Haslam berkata dia maklum mengenai penahanan seorang pelakon wanita yang didakwa terlibat dengan kes dadah.
Memetik Utusan Online, Yusof berkata dia sudah memberi amaran kepada pelakon berkenaan namun tidak diendahkan. “Saya sudah beri amaran, jangan ‘expose’ diri, pergi kelab dan sebagainya kerana dia berlakon watak polis. Saya menasihatkan dia, jika hendak pergi kelab malam, karaoke dan sebagainya itu hak dia, tetapi berpada-pada kerana dia terlibat Gerak Khas 2.0. “Saya tahu pergi karaoke itu memang rutin dia, namun kurang-kurangkan kerana dia membawa watak seorang polis,” katanya. Sementara itu, Yusof turut berkata dia sememangnya menjaga imej drama Gerak Khas apatah lagi ianya sudah lama bersiaran di kaca televisyen. “Apa pun amaran itu tidak diendahkan dan akhirnya membinasakan. Saya amat menjaga imej Gerak Khas dan tak mahu ianya tercalar. Bukanlah kita ini sempurna tapi sekurang-kurangnya saya tak mahu imej polis itu tercemar,” katanya. Sumber: Utusan
|
Sendawg replied at 8-7-2026 11:51 AM
Aku masa kerja sana pernah jumpa dia sekali. Dia jumpa dgn DYH waktu tengah malam dgn boyfriend dia ...

BoongaKertas replied at 8-7-2026 11:46 AM
ala siapakah? lama x tgk gerak2 khas...
L.U.S.M replied at 8-7-2026 03:06 PM
https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2026/07/08/tak-payah-merayu-sudah-terlambat---yusof-hasla ...
BoongaKertas replied at 8-7-2026 11:46 AM
ala siapakah? lama x tgk gerak2 khas...
rocksteady replied at 9-7-2026 10:36 AM
cari yg senyum bila cakap disko
pdhl nama sebenar kg.com
)L.U.S.M replied at 9-7-2026 11:09 AM
Drama nak bagi nama polis wangi...tp polis msia sendiri byk yang kantoi minum arak amik dadah g ke ...
rocksteady replied at 9-7-2026 02:36 AM
cari yg senyum bila cakap disko
makcun14 replied at 9-7-2026 06:34 AM
meols nak tambah, abam polis layan sarang sex trafficking sambil amik rasuah. Patut melindungi, b ...
.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-7-2026 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.169053 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.