CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PRN Johor: Muhyiddin akui PN mungkin tak mampu bentuk kerajaan

8-7-2026 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 233| Komen: 5

 


BATU PAHAT: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak mampu membentuk kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Bagaimanapun beliau menggesa pengundi memberikan sokongan kepada PN bagi memastikan gabungan itu memperoleh jumlah kerusi mencukupi untuk berperanan sebagai semak dan imbang terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, walaupun PN mungkin tidak berjaya membentuk kerajaan negeri, kehadiran blok pembangkang yang kukuh di Dewan Undangan Negeri (DUN) amat penting bagi memastikan setiap dasar serta perbelanjaan kerajaan negeri dipantau dengan berkesan.

Beliau berkata, jika PN mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi, kerajaan negeri tidak boleh bertindak sesuka hati tanpa dipersoalkan.

"Di sinilah pentingnya peranan kita sebagai semak dan imbang. Kerajaan tidak boleh buat sesuka hati.

"Mereka juga perlu menjelaskan bagaimana wang negeri dibelanjakan jika perkara itu dipersoalkan dalam DUN," katanya ketika berucap pada Ceramah Bersatu Demi Johor di Bilik Gerakan Utama PN di Parit Raja, di sini, malam tadi.

Turut hadir, calon BERSATU bagi kerusi DUN Parit Raja, Dr Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Muhyiddin berkata, peranan PN sebagai pembangkang akan menjadi lebih penting sekiranya kerajaan negeri yang memperoleh mandat besar gagal menunaikan janji kepada rakyat.

"Jangan beri sokongan semata-mata kerana tiada jaminan. Apatah lagi sekarang ada kedengaran mereka boleh menang sehingga 40 kerusi.

"Kalau dah menang 40 kerusi, mereka akan berlenggang tangan. Tak buat apa-apa pun, tak apa sebab rakyat dah sokong mereka. Akhirnya rakyat juga yang tidak mendapat apa-apa.

"Sebab itu walaupun kita tidak bertanding sebanyak kerusi seperti pihak lain, dan mungkin tidak mampu membentuk kerajaan, kita tetap perlu mempunyai kekuatan untuk menjadi pembangkang.

"Itulah pentingnya rakyat memilih wakil yang benar-benar mampu membawa perubahan dan memperjuangkan kepentingan mereka," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 8-7-2026 12:57 PM
Dislocated bone
Quote tobobon 9-7-2026 11:44 AM
lol..even pas pun katanya nak 'join'kerajaan

https://www.mstar.com.my/lokal/s ... atan-mb-kepada-umno
Quote ultra78 9-7-2026 12:22 PM
PN Bersatu atau PN Pas. Gila punya gabungan.
Quote alesandra 9-7-2026 01:42 PM
pn  kat tiktok masih popular ke?sbb smlm ternampak live YT kempen diorg  finale?( awat finale awal sgt) tersgtlaaa sedehhh view.around 200-300 jah.account yt harakahdaily
Quote manopBKK 11-7-2026 11:09 AM
Penuh dgn katak2 lompat siapa nak percaya lagik..


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.031975 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top