|
IBU kepada pelakon dan penyanyi Aliff Aziz berkongsi ucapan buat cucu sulungnya, Ayden Adrean, yang menyambut ulang tahun kelahiran kesembilan pada Selasa. Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Hafizah turut memuat naik gambar Ayden sedang melakukan panggilan video bersama Aliff yang dirakam tiga tahun lalu. "Ini adalah gambar dan video terakhir awak tiga tahun lalu. Saya simpan dengan rapi," katanya. Hafizah, dalam masa yang sama, turut menitipkan doa buat Ayden agar sentiasa dikurniakan kebahagiaan dan membesar menjadi anak yang soleh. Dia juga mengungkapkan kata-kata yang menyentuh hati dengan harapan dapat bertemu semula cucunya itu. "Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan Ayden dari jauh. Semoga membesar dengan iman dan takwa kepada Allah serta menjadi anak yang soleh dan khalifah terhebat. "Jika kita tidak dapat berjumpa lagi di dunia, Insya-Allah kita akan bertemu dalam kehidupan yang akan datang dengan izin Allah," luahnya. Untuk rekod, Ayden merupakan anak sulung kepada Aliff hasil perkahwinannya dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah. Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun sah bercerai pada 13 Julai 2024. Selain Ayden, mereka juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, iaitu Ara Adreanna, 6.
|
Tehran replied at 8-7-2026 05:26 PM
Bekas menantu makcik tengah bergolok-gadai nak memastikan dia dinikahi semata-nata mahukan status da ...


Tehran replied at 8-7-2026 05:26 PM
Bekas menantu makcik tengah bergolok-gadai nak memastikan dia dinikahi semata-nata mahukan status da ...




Tehran: Bekas menantu makcik tengah be ...
Tehran replied at 8-7-2026 05:26 PM
Bekas menantu makcik tengah bergolok-gadai nak memastikan dia dinikahi semata-nata mahukan status da ...

JiEunTak replied at 9-7-2026 12:53 AM
I am very sure Ayden misses his DAD very much...
moments ayden with his DAD dulu2 looked pure and u ...
prince_marhaen replied at 9-7-2026 12:03 AM
Alep memang dah tak boleh jumpa lagi ke? Put aside hal-hal kemek-alep, memang kemek dapat full custo ...
dewi_rina replied at 8-7-2026 04:05 PM
Alip dah kena game dgn kemek.. Dia bgtau kalau alip tak sabit dia nusyuz, dia boleh jumpa anak2
T ...
L.U.S.M: Edited by L.U.S.M at 9-7-2026 11:20 AM Smlm aku tgk dua dimensi kak jem YT yang ckp psl artis byk jumpa tok cha kat siam minta buat pelaris,buat su ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-7-2026 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.048982 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.