CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fathia Latiff menyesal cucuk botoks, kulit muka dah tak tegang lagi. Mahu kembalikan kulit anjal seperti dulu

8-7-2026 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1082| Komen: 22

 



PELAKON Fathia Latiff meluahkan rasa kesal terhadap prosedur kosmetik yang pernah dilakukannya sebelum ini demi mengejar kecantikan wajah secara cepat. 

Fathia atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 39, berkata, selain meninggalkan impak negatif kepada tekstur kulit, suntikan botoks itu juga membuatkan wajahnya kelihatan rosak sebaik sahaja kesan rawatan berkenaan mula hilang.

“Saya menyesal sebab perubahan wajah saya sebelum ini memang ada buat botoks, tapi kesannya tak lama. Muka akan jadi rosak, kedutan akan datang balik dan masalah beg mata pun muncul semula.

“Saya buat cara ‘cucuk’ dan sampai sekarang kesannya masih ada,” katanya dalam satu perkongsian video sebelum ini. 

 


Mengulas lanjut mengenai keadaan fizikalnya, Fathia mengakui faktor usia yang kini menghampiri angka 40-an menyebabkan kulit wajahnya mula kehilangan keanjalan.

Jelasnya, dia kini terpaksa berdepan dengan masalah otot wajah yang semakin kendur terutamanya di kawasan-kawasan sensitif.

“Muka saya macam sudah tidak tegang termasuk bawah mata sebab umur pun sudah 39 tahun. Semua otot wajah sudah jatuh. Saya memang mahu tegangkan semula di bahagian mata, mulut dan pipi,” ujarnya.

Disebabkan itu, Fathia berkata dia memilih pendekatan yang lebih selamat dan bersifat semula jadi dengan menggunakan rawatan High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) untuk mengekalkan keremajaan wajahnya.

Dalam pada itu, Fathia turut menitipkan pesanan khususnya golongan wanita yang berniat untuk mengubah bentuk wajah agar tidak tersilap langkah seperti dirinya.

Jelasnya, proses penuaan secara semula jadi adalah jauh lebih selamat daripada bergantung kepada prosedur kosmetik yang akhirnya memudaratkan diri sendiri.

“Saya harap sebelum orang nak buat apa-apa prosedur wajah, fikir dahulu. Kerana bagi saya, 'age gracefully' (menua dengan anggun) adalah yang terbaik,” tambahnya. 

 

Sebelum ini Fathia mengakui tidak yakin dengan wajah terlalu cngkung sehingga menyebabkan dia membuat pelbagai rawatan untuk mencantikkan mukanya. 

Kata Fathia, selepas beberapa kali membuat rawatan botox pada wajah dan mata serba menambah 'filler' di bibir, dia berasa yakin dengan kecantikan yang dimiliki.

Sumber : mStar


 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tehran 8-7-2026 05:27 PM
Baik ko baiki amalan hidup ko untuk kembali ke Rahmatullah ke alam barzakh , 6 kaki ke bawah.
Quote rosmahisham 8-7-2026 07:57 PM
Rasanya fatia kena kuruskn badan dulu..baru muka akan berubah sikit.
Quote mejaputih 8-7-2026 08:11 PM
She looks older than her age.
Quote AbukRokok 8-7-2026 09:23 PM
salah pilih kawan
anju perosak dan parasitr.. mgkin ada niat jahat tersembunyi
Quote vender 9-7-2026 12:02 AM
Fikir kubur je lah. Umur dah 40 mmg la kendur.  Cuma teruk jugak eh dia punya kendur tu mcm 50an dah.  
Quote prince_marhaen 9-7-2026 07:57 AM
bukan sebab botx sangat pun.. everybody knew rosak sebab dadih air batu kan... memang makan masa nak pulih sebab banyak sel dah mati termasuk sel otak kau dulu.. slow2 sis.. janji kau dah macam sober sikit ni okey lah maintain je..

btw, wartawan mstar mmg low class masscom student eh dulu.. ada je istilah "kantung mata".... tak payah nak direct translate beg mata sangat lah...benda simple macam tu kadang-kadang jadi jelik laporan berita kau.
Quote Kancilkering 9-7-2026 09:05 AM
nak prep berlakon ngan suami surgah firdausi nanti
best of luck thiyah

Quote kaoru44 9-7-2026 09:38 AM
bila dh mningkat usia, standard la penuaan tu..jaga kesihatan je la yg penting..kang buat procedure pelik2,jadi makin tua dr usia sbnr..
Quote IzzahF 9-7-2026 09:53 AM
she looks better this time..nampak makin +ve takde merempan mcm dlu. bagusla kira nya family dia jaga elok2 tak biar dia sesat sensorang..peminat dia pun kemain ramai yg mengharap dan doakan utk dia. all the best tiya
Quote L.U.S.M 9-7-2026 11:15 AM
Teringat plak Komen dia setahun lalu

SEMUA ORG CUCUK..SO TAK SALAH TIYA CUCUK JUGAK...

Sekarang reverse plak ckp menyesal..pdhl dulu dpt free cucuk now pun free hifu.Hahaha
Quote aciksenah 9-7-2026 02:24 PM
rosmahisham replied at 8-7-2026 07:57 PM
Rasanya fatia kena kuruskn badan dulu..baru muka akan berubah sikit.

Kalau kurus nanti mungkin muka dia akan jatuh lebih lagi..kena tatik benang ja kalau nak effect segera. Jab la ghkcu dari awal kalau tak mau ghedott..
Quote aciksenah 9-7-2026 02:31 PM
prince_marhaen replied at 9-7-2026 07:57 AM
bukan sebab botx sangat pun.. everybody knew rosak sebab dadih air batu kan... memang makan masa nak ...

Itu la..banyak mendadih..rasanya rokok pun sama kot. Tapi botox ni memang bila dah hilang dia punya kesan tu..kulit akan kembali ke asal balik la. Tapi sebabkan umur dia pun dah meningkat..normal la tu nampak tak secekang mcm guna botox dulu. dok rasa dia pun  sejenis yang tak suka jaga kulit jugak kot. Jowl dia nampak ketara sangat.
Quote Kancilkering 9-7-2026 04:26 PM
nabila tu pun sap kok gak
cantek je
Quote razzia 9-7-2026 09:37 PM
mslh nya body dia mcm
org dh beranak ,why?
Quote MedaZenta 9-7-2026 09:41 PM
This Stamina Booster has become part of my everyday wellness routine. I like how easy it is to use and appreciate the attention to quality. It has been a convenient addition to my schedule, and I have enjoyed the overall experience. I plan to continue using it because it suits my lifestyle very well.
Quote cm_vungtau 9-7-2026 10:36 PM
Dah kenapa muda2 cucuk botox dik non?
Quote black_handbag 9-7-2026 11:03 PM
Lah.. baru 39 ke umo ko dik? Iols ingat dah 45 gitu. Yg pelik dia ni tak pernah kawin xpenah beranak kan? Kenapa badan londeh sgt mcm org dah beranak pinak?
Quote makcun14 10-7-2026 06:03 PM
black_handbag replied at 9-7-2026 11:03 PM
Lah.. baru 39 ke umo ko dik? Iols ingat dah 45 gitu. Yg pelik dia ni tak pernah kawin xpenah beranak ...

baka arab kebanggaan sheols katanya masa zaman Ariana Rose . so kena jaga makan rajin exercise kalau tak senang menggeleber.
Quote kerani_je 10-7-2026 11:46 PM
cm_vungtau replied at 9-7-2026 10:36 PM
Dah kenapa muda2 cucuk botox dik non?

Rasanye time tu dia ada eye bag bawah mata n kulit bawah mata melebeh..Keturunan arab mmg gitu bab mata.. Tp still lawa je dia..maybe dia insekiyo tu nk jgk cocok botox that time..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-7-2026 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.056225 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top