CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Nak harapkan pendapatan daripada lakonan semata-mata, memang susah’ - Ruhainies

11-7-2026 11:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1597| Komen: 19

 


Melerai tanda tanya ramai, pelakon Ruhainies mendedahkan sumber pendapatannya bukan hanya bergantung dengan bidang seni sebaliknya hasil menceburi pelbagai sektor lain.

Pemilik nama penuh Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, itu berkata, sukar untuknya terus bergantung dengan pendapatan sebagai seorang pelakon memandangkan persaingan dalam meraih tawaran lakonan hari ini sangat mencabar.

“Ramai ingat pendapatan artis datang dari lakonan saja. Sebenarnya lakonan adalah salah satu pendapatan berterusan dan yang lain seperti kolaborasi, penampilan istimewa di acara tertentu, pelaburan dan banyak lagi.

“Kalau nak harapkan pendapatan daripada lakonan semata-mata, memang susah sebab industri kita sangat berdaya saing.

“Ramai pelakon yang berbakat dan setiap tahun ramai juga wajah baharu muncul. Itu sebenarnya persaingan yang sihat tetapi begitulah cara industri berkembang,” katanya dalam satu hantaran Instagram Story.


Katanya, setiap anak seni perlu mempunyai perancangan teliti dan mengejar setiap peluang lain yang hadir supaya dapat menjamin masa depan.

“Sebab itu saya rasa penting untuk ada perancangan masa depan.

“Jangan bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja.

“Selagi ada peluang, bekerja keraslah, menyimpan, melabur dan bina sesuatu untuk diri sendiri,” katanya lagi.

Jelas Ruhainies lagi, populariti yang dimiliki hari ini bukan bersifat kekal dan perlu sentiasa bersedia untuk melalui pelbagai perubahan dalam kerjaya.

“Populariti itu sementara dan akan sampai satu masa nanti, orang lain pula yang bakal naik dan bersinar.

“Begitulah kehidupan dan industri ini bergerak.

“Jadi, sementara kita masih diberi peluang, manfaatkanlah sebaik mungkin dan bersedialah untuk langkah seterusnya,” ujarnya.

Sebelum ini, sumber pendapatan Ruhainies sering menjadi bahan perdebatan ramai susulan dia kerap memuatnaik gaya hidup mewah dalam media sosial.

Dia bahkan pernah menegaskan kehidupannya juga tidak pernah ditaja oleh mana-mana lelaki berstatus ‘sugar daddy’ seperti didakwa ramai sebelum ini. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 12-7-2026 01:20 AM
So, buat business apa?
Quote Tehran 12-7-2026 01:22 AM
Perawankota replied at 12-7-2026 01:20 AM
So, buat business apa?

Real estate
Quote Perawankota 12-7-2026 01:24 AM
Tehran replied at 12-7-2026 01:22 AM
Real estate

Mmg masyuk la
Quote Tehran 12-7-2026 01:24 AM
Perawankota replied at 12-7-2026 01:20 AM
So, buat business apa?

Real estate
Quote Tehran 12-7-2026 01:25 AM
sebiji mcm awek litar formula one Ayam
Quote Tehran 12-7-2026 01:35 AM
Perawankota replied at 12-7-2026 01:24 AM
Mmg masyuk la

Ya
Quote bioessence 12-7-2026 06:17 AM
Network pun hebat. HNW clients. Bukan semua orang ada clientele mcm tu
Quote bioessence 12-7-2026 06:20 AM
Mungkin dia beli repair n flip? Ishaq marazi pun buat mcm tu. Dah tak jadi doctor dah
Quote bioessence 12-7-2026 06:36 AM
Ish beza betul income jual laksa vs real estate. Lepas tu mendengki je
Quote pocongkiutss 12-7-2026 06:39 AM
Kesayangan acik porem
Quote Tehran 12-7-2026 08:38 AM
bioessence replied at 12-7-2026 06:36 AM
Ish beza betul income jual laksa vs real estate. Lepas tu mendengki je

Ruhainies  buat real estate

Ruhainies xpernah Jual laksa
Quote bioessence 12-7-2026 06:50 PM
Ruhainis kompul duit la buat production house. Jv ke. Ada Yg shaking tu
Quote Tehran 12-7-2026 09:11 PM
bioessence replied at 12-7-2026 06:50 PM
Ruhainis kompul duit la buat production house. Jv ke. Ada Yg shaking tu

Yeahhhhh ..why not...


Biar  celaka tu shaking sampai mampus
Quote Farnor 12-7-2026 09:46 PM
Tehran replied at 12-7-2026 01:24 AM
Real estate

Wow.. Ni mmg income lebat lah.
Quote Tehran 12-7-2026 11:21 PM
Farnor replied at 12-7-2026 09:46 PM
Wow.. Ni mmg income lebat lah.

Ye ..
Quote ariel_mermaid 13-7-2026 02:49 AM
Tehran replied at 12-7-2026 08:38 AM
Ruhainies  buat real estate

Ruhainies xpernah Jual laksa

Anak mami penang mari pon tak niaga laksa. Ni sabah pilak jual laksa tak tau la ape rase.
Quote Tehran 13-7-2026 06:54 AM
ariel_mermaid replied at 13-7-2026 02:49 AM
Anak mami penang mari pon tak niaga laksa. Ni sabah pilak jual laksa tak tau la ape rase.

kuah laksa senang nak di sihirkan. Pepak ballot  jampi mentera kemudian ludah dalam kuah laksa tu. Nak bagi orang yg dia target menurut kata.
Quote Tehran 13-7-2026 06:55 AM
ariel_mermaid replied at 13-7-2026 02:49 AM
Anak mami penang mari pon tak niaga laksa. Ni sabah pilak jual laksa tak tau la ape rase.

Bau hanyir
Xde siapa puji sedap pun laksa dia
Quote prince_marhaen 13-7-2026 01:27 PM
jual sup kerang ke side income tu? sekadar bertanya

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064479 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top