CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Tahun Bertunang, Awi Rafael Bakal Nikah Gadis Kelantan Tahun Depan

13-7-2026 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 846| Komen: 8

 



Lama tak dengar cerita mengenai Awi Rafel, rupanya penyanyi dari Singapura itu sudah pun mengikat tali  pertunangan dengan wanita pilihan hati sejak dua tahun lalu.

Memetik mStar Online, Awi berkata perkenalannya dengan wanita berasal dari Kelantan itu sejak lima tahun lalu dan dia lebih selesa tidak terlalu berkongsikan hal peribadi.

“Memang sekarang saya selalu berulang alik antara Malaysia dan Singapura untuk berjumpa tunang dan  keluarganya.

“Belum tiba masanya untuk saya terlalu berkongsi. Lagipun tiada yang bertanya. Jika ada yang tanya saya akan jawab apa yang perlu. Cukuplah  keluarga dan teman-teman rapat tahu,” katanya.

Merancang untuk bernikah tahun hadapan, Awi berkata dia tertarik dengan kesabaran wanita itu dan mengakui seronok berkenalan dengan gadis dari negeri berkenaan.

“Saya melihat kesabarannya dan bagaimana hubunganny dengan ahli keluarga. Mereka sangat rapat dan itu antara perkara yang membuatkan saya tertarik. Semuanya terjadi secara semula jadi tanpa perlu dihebohkan.

“Seronok dapat berkenalan dengan gadis kelantan. Saya dapat belajar banyak perkara baru. Makanan di Kelantan pun banyak yang sedap,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni, Awi berkata dia bakal muncul dengan album baru yang turut memuatkan dua lagu popularnya, Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta dengan versi berbeza.

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-7-2026 03:56 PM
Tahun depan
Pastu kata tak nak kongsi sgt
Hahaha...
Quote asfaz 13-7-2026 09:02 PM
Lamanya sidai
Quote prince_marhaen 14-7-2026 08:09 AM
Dua tahun ulang alik baik ko kawin je nok, sidai lama-lama lagi buat apa.. takde siapa tanya sebab engko sendu... terpaling putus cinta selalu..terpaling suka bersedih...mula-mula orang kesian & layan..lama2 siapa nak layankan kau...
Quote MistrezHermanaz 14-7-2026 03:34 PM
sedih sgt ayat "lagipun tiada yg bertanya"..dh ko bgtau knp
Quote lasagna 16-7-2026 09:14 AM
lahhhh igt heols dah kahwin, ye laa lama sepi dok spore semula..
ex-tunang pun dah kahwin org kaya msia.. ehh ehh.
Quote makcun14 16-7-2026 09:30 AM
tunang 2 tahun. makpak pihak perempuan izinkan ye? kalau dulu zaman 2010 tak lafaz nikah dalam 1 year deadline mampos kena pressure.
Ke iols kertu. zaman dah berubah
Quote KamikuP 20-7-2026 09:08 AM
Nak tanya :

1. Kalau dia kawen gadis Kelantan, gadis tu kene ikut dia balik Spore kah?
2. Adakah Awerafel ni akan dapat kerakyatan Malaysia sbb kawin gadis kelate?

Yg mana satu?
Quote shernazz 20-7-2026 09:14 AM
KamikuP replied at 20-7-2026 09:08 AM
Nak tanya :

1. Kalau dia kawen gadis Kelantan, gadis tu kene ikut dia balik Spore kah?

Boleh je apply pr kat malaysia...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-8-2026 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.032047 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top