CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPRM mulakan siasatan kerugian pelaburan RM200 juta KWAP dalam eFishery

18-7-2026 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 250| Komen: 4

 


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berhubung isu kerugian RM200 juta membabitkan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dalam syarikat eFishery, Indonesia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya sudah menubuhkan sebuah pasukan siasatan bagi meneliti isu itu secara menyeluruh bermula semalam.

"SPRM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan ini bagi mengelakkan kekeliruan serta menjaga integriti proses siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MoF) dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan pelaburan KWAP dalam eFishery adalah mangsa penipuan terancang susulan terdapat manipulasi laporan kewangan oleh pihak pengurusan syarikat dari Indonesia itu.

Menurut MOF, konsortium pelabur termasuk KWAP mengambil langkah tegas termasuk tindakan undang-undang, meneruskan usaha pemulihan dana, melaksanakan semakan tatakelola dalaman serta memperkukuh kawalan bagi melindungi kepentingan pelaburan.

Media sebelum ini melaporkan eFishery sedang disiasat susulan dakwaan penyelewengan kewangan, termasuk manipulasi penyata kewangan yang menyebabkan hasil syarikat dilaporkan lebih tinggi daripada angka sebenar.

Menurut DealStreetAsia, KWAP melabur kira-kira US$47.7 juta (RM200 juta) dalam pusingan pembiayaan Series D eFishery pada 2023.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 18-7-2026 10:00 PM
KWAP berusaha dapatkan semula pelaburan RM163.4 juta susulan skandal penipuan eFishery


KUALA LUMPUR 18 Julai – Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berkata, dana pencen sektor awam itu sedang mengambil semua langkah yang ada bagi mendapatkan semula dana pelaburan sebanyak RM163.4 juta dalam syarikat pemula akuakultur Indonesia yang terpalit skandal, eFishery.

KWAP mengeluarkan kenyataan pagi ini susulan kenyataan Perdana Menteri di Parlimen pada Khamis mengenai pelaburannya dalam eFishery, yang bekas ketua pegawai eksekutifnya disabitkan kesalahan awal tahun ini atas penipuan kewangan.

KWAP berkata, kes eFishery melibatkan "manipulasi kewangan secara sengaja dan salah nyata terhadap pelaporan kewangan syarikat itu."

Menurutnya, pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery, Gibran Huzaifah, telah dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Daerah Bandung pada 29 April lalu selepas disabitkan kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

eFishery sebelum ini dianggap antara syarikat agritek terkemuka di Indonesia sebelum dakwaan penipuan perakaunan membongkar kepincangan di sebalik pertumbuhan pesat syarikat itu, sekali gus membawa kepada prosiding jenayah terhadap barisan kepimpinan terdahulunya.

Quote plywood 18-7-2026 10:01 PM
masih ada ruangkah untuk dapat semula duit tu...
Quote plywood 18-7-2026 10:06 PM
Hanya 2.51% pegangan saham

KWAP mendedahkan jumlah keseluruhan pelaburannya dalam eFishery ialah RM163.4 juta, mewakili kira-kira 2.51% pegangan saham syarikat tersebut.

Dana itu menegaskan bahawa ia hanyalah pemegang saham minoriti, manakala sebahagian besar saham eFishery dimiliki pelabur lain termasuk institusi pelaburan global utama yang turut terjejas akibat salah laku berkenaan.

Susulan penemuan ketidakaturan tersebut, KWAP berkata ia telah menjalankan siasatan dalaman serta menyemak semula proses pelaburan, mekanisme pemantauan selepas pelaburan dan maklumat yang tersedia sepanjang tempoh pelaburan tersebut.

KWAP berkata ia telah mengambil "tindakan susulan yang sewajarnya" selaras dengan rangka kerja tadbir urus dan akauntabiliti dalaman, selain terus meneroka "semua saluran yang tersedia" bagi memaksimumkan usaha mendapatkan semula pelaburannya.

Dana itu turut memaklumkan bahawa pendekatannya terhadap pelaburan dalam pasaran persendirian kini diperkukuh menerusi kepelbagaian portfolio yang lebih meluas, pelaburan bersama pengurus dana dan rakan strategik yang berpengalaman, peningkatan pemantauan selepas pelaburan serta pengawasan yang lebih rapi terhadap perkembangan penting melibatkan syarikat dalam portfolionya.
Quote L.U.S.M 21-7-2026 09:45 AM
Bodoh punya pmx n mof

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2026 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.041100 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top