CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Sebab Kenapa Lelaki Akan Lebih Gemuk Selepas Kahwin

14-7-2016 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9822| Komen: 13

Description: Lihat saja gambar-gambar lama ayah, abang kita atau saudara..

Oleh : Dean BZ

Gambar hiasan.



Lihat saja gambar-gambar lama ayah, abang kita atau saudara lelaki terdekat yang lebih berusia, pasti anda akan tergelak dan terkejut melihat perbezaan ketara tubuh mereka.

Rata-rata lelaki selepas berkahwin akan menjadi gemuk dan perut bertambah maju ke depan berbanding sewaktu bujang. Nak tahu kenapa? Ini antara sebabnya, dipetik dari muzir.wordpress.com :


Sebelum berkahwin, seseorang lelaki yang muda dan bujang kebiasaannya:
- Semua kerja harian dilakukan sendiri.

- Bersukan di padang atau trek hampir setiap hari.

- Menjaga makanan dan minum.  Malah ada yang berpantang (mungkin sebab pokai).


- Hujung minggu selalu juga mengikuti aktiviti lasak (pengaruh kawan-kawan).




Tetapi selepas berkahwin, ada beberapa perubahan yang berlaku secara mendadak atau sedikit demi sedikit kepada mereka.  Antaranya:

- Semua kerja harian seperti cuci pakaian, kemas rumah, memasak kebanyakannya dilakukan oleh isteri.

- Sudah jarang bersukan kerana sudah ada tanggungjawab lain iaitu isteri. (sibuk layan kerenah isteri)

Dalam bab makanan pula, kadang-kadang si suami bukan sahaja makan makanan yang disediakan oleh isteri untuknya, tetapi turut juga menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh si isteri dengan alasan tidak mahu membazir.  

- Isteri yang pandai memasak juga menambahkan lagi faktor kegemukkan suami.  Mana tidaknya, disebabkan kesedapan itulah, maka si suami bertambah selera dengan makanan.  Biasa sepinggan, jadi dua atau tiga pinggan.

- Lebih tragis apabila selepas makan, kadang-kadang tu si suami meletakkan kepala atas ribaan isteri sambil tonton TV.  Akibat dibelai-belai manja si isteri, langsung tertidur.  Bukan 1 atau 2 kali, tapi banyak kali.  Banyak dipesan oleh orang-orang tua kita bahawa tidur sejurus lepas makan adalah suatu tabiat yang tidak elok untuk kesihatan.

- Dan lebih memburukkan keadaan lagi apabila si lelaki tersebut sudah mempunyai anak yang sudah agak besar yang boleh diminta tolong mengambil barang itu dan ini, tanpa perlu mengambilnya sendiri lagi.

- Faktor kewangan yang semakin baik juga menjadi faktor barangkali.  Dulu semasa bujang, kebiasaannya gaji biasa-biasa sahaja.  Makan dan minum kadang-kadang dijamakkan.  Bukan sahaja ‘dijamakkan’, bahkan ‘diqasarkan’ pula.  Catu situ, catu sini.  Tetapi apabila berkahwin, apabila rezeki semakin bertambah, makan pun semakin kerap, bahkan sedap dan banyak pula.  Selera makan orang berkahwin pun kebiasaannya lebih kuat berbanding orang bujang.


Jika tidak mahu terlalu gemuk selepas berkahwin, kami sarankan anda supaya sentiasalah bersenam, tolong isteri melakukan kerja-kerja harian dan mengamalkan pemakanan diet sihat.  - CARI




24

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
16

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tapayana 15-7-2016 05:46 AM
biasa gitu la lelaki. lepas kawin perut makin boroi,buncit.

dulu time bujang biasa la kena jaga badan supaya orang nak, ni dah kawen ada anak bini mana la fikir nak jaga badan lagi.
Quote Loloq89 15-7-2016 08:47 AM
btol..bersenam tu xleh tinggal
Quote Shahreen74 15-7-2016 09:34 AM
ye la laki boroi xpe.. isteri xdak komplen pun... cer isteri tu lps kawin or lps bersalin gemuk... ada jer komplen dr si somi...  ugut2 wife klu x kurus sekian2 bulan.. nak cari betina lain... puiiii laaaa...  
Quote ALWAYSREDA 15-7-2016 10:47 AM
Laki boroi ni biasa nya...dah tak kesah nk berdandan sgt...dah x fikir nk impress sapa2...dah berpuas hati dgn apa yg dia ada.
Quote lkick2113 15-7-2016 11:23 AM
@green~tea

sila hencap lelaki yg gumuk lepas kawin pulak....
Quote green~tea 15-7-2016 12:22 PM
Edited by green~tea at 15-7-2016 12:24 PM
lkick2113 replied at 15-7-2016 11:23 AM
@green~tea

sila hencap lelaki yg gumuk lepas kawin pulak....


Hahahhaha.. Tea tak berapa nak perasan lelaki gemuk lepas kawen sbb invisible aje diorang ni bg tea.. Hahahha

Cuma part2 exboyfren2 tea skang ni ramai gumuk2 huduh lepas diorang beranak pinak... Membuatkan tea sujud syukur sbb takde jodoh ngn diorang... Ha
Quote lkick2113 15-7-2016 12:37 PM
green~tea replied at 15-7-2016 12:22 PM
Hahahhaha.. Tea tak berapa nak perasan lelaki gemuk lepas kawen sbb invisible aje diorang ni bg  ...

mungkin boleh sound husband kalau dia dah gumuk
Quote JpA0606 15-7-2016 01:46 PM
agree wit tat.. suami gemuk n perut boroi lps kawin.. seblm kawin kurus je...
Quote green~tea 15-7-2016 02:13 PM
Edited by green~tea at 15-7-2016 02:18 PM
lkick2113 replied at 15-7-2016 12:37 PM
mungkin boleh sound husband kalau dia dah gumuk


Husband i tak gemuk dia frequent gi gym & main sports... Iols doakan badan dia menten sihat walafiat utk stay active  

Tea mmg tegur hubby kalo dia gain weight.. I tak lazer kat dia.. Tp i akan selalu cubit lelemak yg mula berkumpul di perut dia.. Terus dia hangen & diet & tebas reket badminton dengan lebih kerap
Quote lkick2113 15-7-2016 02:31 PM
green~tea replied at 15-7-2016 02:13 PM
Husband i tak gemuk dia frequent gi gym & main sports... Iols doakan badan dia menten sihat wala ...

baguslah........kalau badan menten, takut2 kalau dah gemok gedempol pemainan atas katil pon dah tak dapat nak lama, maklumlah cepat mengah
Quote NonaNaga 15-7-2016 07:09 PM
kalau yg keturunan kurus dah setanah badan camtu ....kalau naik pun setakat berisi sket tapi tak kategori gemuk...pempuan pun sama...ada dah beranak 5 pun menten jer
Quote nut.legacy 18-7-2016 01:27 PM
Shahreen74 replied at 15-7-2016 09:34 AM
ye la laki boroi xpe.. isteri xdak komplen pun... cer isteri tu lps kawin or lps bersalin gemuk... a ...

Betul2... Mostly mcmtu
Quote JACKddd 26-10-2017 11:13 PM
lelaki klu boroi boleh tahan lagi

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.067914 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top