CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lakar Sejarah, Rakan Sekampung Bangga Dengan Kejayaan Faiz Subri

10-1-2017 09:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 32951| Komen: 490

Description: Tahniah, Faiz Subri kerana melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul trofi berprestij di Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Tahniah, Faiz Subri kerana melakar sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama merangkul trofi berprestij di Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.




Dalam masa sama, rakan-rakan sekampung Faiz di Kampung Pida 6, Tok Kepak, Jerlun, turut berasa bangga atas kejayaan dikecapinya itu.

Menurut Helmi Baharom, 25, kejayaan itu secara tak langsung turut menjadi kejayaan buat rakan-rakan sepermainan yang pernah bermain bola sepak bersama suatu ketika dahulu. 

"Kami main bola masa kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri," katanya kepada BH Online.


Manakala, Mohd Adha Salleh, 35, percaya Faiz mampu mengulangi sejarah pada masa hadapan bagi anugerah lain di peringkat antarabangsa. 

"Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya.


Sumber foto: AFP

Terdahulu, teknik 'knuckleball' yang disifatkan melanggar hukum fizik itu dicalonkan pada anugerah berkenaan dilakukan Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Februari tahun lepas.


Sumber video: Youtube Berita Harian Online

Menurut BH Online, anugerah berkenaan yang diperkenalkan sejak tahun 2009 bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia termasuk Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez. - CARI

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • white_08


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 10-1-2017 02:57 AM
Jumlah undian
Quote Syd 10-1-2017 02:58 AM
Beribu-ribu tahniah
Quote Syd 10-1-2017 02:59 AM
Speech tak jumpa ye dikk  
Quote PongKang 10-1-2017 03:01 AM
seronok tgk dia menang... siap dpt award dr ronaldo tu.. #legend
Quote nour2001 10-1-2017 03:13 AM
La mana baju melayu dia.....tahniah lah dik...bwejaya harumkan nama malaysia..
Quote Syd 10-1-2017 03:18 AM
nour2001 replied at 10-1-2017 03:13 AM
La mana baju melayu dia.....tahniah lah dik...bwejaya harumkan nama malaysia..

Kata cuaca sejuk gituhh
Quote Syd 10-1-2017 03:19 AM
Haria Penang Haria

Quote juliez 10-1-2017 03:20 AM
Syd replied at 10-1-2017 02:59 AM
Speech tak jumpa ye dikk

Dia patut letak speech tu jadi background screen siap2. Tgk dia dok scroll hp i pun berpeluh. Nasib baik jumpa  
Quote sarukhan 10-1-2017 03:21 AM
Tahniahh faiz!!!
Quote Syd 10-1-2017 03:22 AM
juliez replied at 10-1-2017 03:20 AM
Dia patut letak speech tu jadi background screen siap2. Tgk dia dok scroll hp i pun berpeluh. Nasi ...

Dah kena troll tu haa kat fb.

Kata dorg, inilah Malaysia.

Atas stage, baru nak carik.

Quote kelana36 10-1-2017 03:25 AM
tahniah Faiz,,, you the man...
Quote juliez 10-1-2017 03:26 AM
Syd replied at 10-1-2017 03:22 AM
Dah kena troll tu haa kat fb.

Kata dorg, inilah Malaysia.

Kiranya ada juga ciri2 msia yg heols tunjukkan pada dunia. So setakat kena pakai baju melayu utk tunjuk ciri msia tak penting gitu  
Quote akujerangkung 10-1-2017 03:27 AM
Tahniah... lps ni dpt Datok.......
Quote che-cikL 10-1-2017 03:28 AM
Tahniah tahniah tahniah
Quote pyropura 10-1-2017 03:33 AM
...hamdalah.... aku dok seriau betul kalau2 dia pakai baju melayu yang serabut serabai tuh... u r the man, faiz.... idup penang, idup Dapig kominis ...
Quote drivethru 10-1-2017 03:40 AM
KBS sila bagi RM100k.

Harith yg menang lawak bodoh pun dpt RM100k dari kerajaan.
Quote Syd 10-1-2017 03:42 AM
Jalan ada gaya kaya dorang  
Quote pyropura 10-1-2017 03:42 AM
...btw, nothing to be proud sangat juga, kerana dia sumbat gol semasa bermain dengan sesama kaki bangku juga... lawan Singaporn Team B aje belum tentu boleh dapat bola di kaki ...
Quote mbhcsf 10-1-2017 03:51 AM
tahniah ...

Lihat semua komen(490)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.106339 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top