CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Berbasikal Untuk Tunai Umrah Di Mekah, Semangat Suami Isteri Ini Wajar Dicontohi

13-1-2017 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6780| Komen: 17|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: KENTAL! Itulah ungkapan paling sesuai buat sepasang suami isteri ini apabila hanya mengayuh basikal..



KENTAL! Itulah ungkapan paling sesuai buat pasangan suami isteri ini apabila hanya mengayuh basikal untuk menunaikan ibadah umrah di Mekah.

Impian besar Ahmad Mohd Isa, 27 tahun dan isterinya Noradilah Mohd Sapie, 28 tahun bakal menjadi kenyataan apabila hanya tinggal satu negara sahaja lagi untuk tiba ke destinasi selepas sembilan bulan mengembara.

Terdahulu, pasangan ini dilaporkan nekad mencabar keupayaan mereka melakukan ekspedisi berbasikal ‘Kembara Memburu Hikmah’ (KMH), dengan mengayuh basikal dari Malaysia ke Makkah sejauh 17,000 kilometer.

Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Kyrgystan. Kredit foto - BeritaMediaCorp

Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Khazakhstan. Kredit foto - BeritaMediaCorp

Memetik BeritaMediaCorp, mereka perlu melalui 13 buah negara lain dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan iaitu Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, UAE, sebelum menjejakkan kaki ke Arab Saudi.

Dalam wawancara menerusi kiriman emel dengan BERITAMediacorp, pasangan itu memberitahu bahawa mereka kini sudah berada di Afghanistan, negara ke-11 daripada 12 negara yang perlu dilalui. Ini bermakna tinggal lagi 1 negara perlu direntasi sebelum tiba di Arab Saudi.

“Alhamdulillah, selama 27 hari kami di Uzbekistan iaitu dari 11 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017, sekarang kami sudahpun berada di Afghanistan. Insya Allah, mengikut perancangan kami, perjalanan seterusnya (mengikut urutan) adalah Iran, Amiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi,” kata mereka.

Loading FB Post...

Selain melakukan misi kemanusiaan di setiap negara yang dijelajah, pasangan suami isteri itu turut membawa cabaran merekod data berkaitan sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat Islam.

Turut mengiringi misi KMH itu ialah Mohd Nur Aiman Mohd Zaid, 27 tahun, dan Amirul Ariff Abd Wahab, 28, yang bertindak sebagai kru penggambaran video.

Ketika di Nepal

Pasangan yang berasal dari Selangor ini dijangka menamatkan misi itu dan tiba di Masjidil Haram pada April 2017. Sama-sama kita doakan pasangan ini selamat sampai ke destinasi dan dapat menunaikan ibadah umrah dengan sebaiknya. CARI

Nota - Ahmad dan isterinya Noradilah wajar dijadikan contoh kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mereka telah membuktikan tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan. Bak kata pepatah Melayu, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. MALAYSIA BOLEH!  


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


5

Bagus
7

Marah
9

Terkejut
5

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 13-1-2017 05:11 PM
relaks je 9 bulan naik basikal... duit mmg berkoyan dlm bank?
Quote cik-jaja 13-1-2017 05:17 PM
harap ikhlas, bkn sbb nk cri publisiti
Quote seri_mawr 13-1-2017 05:26 PM
kiranya dia start berkayuh dari malaysia(selangor)...gigih betul....

bape kali tukar tayar basikal..?

aku nak berbasikal keliling taman pun lemau...

Quote jiwarasa 13-1-2017 05:27 PM
tobat aku respect bini dia tu. aku pun ntah larat ke tak nak berkayuh pusing satu negeri..dia 13 negara?
Quote susukambingbest 13-1-2017 05:29 PM
wowww besttt.. moga trcapai cita2 amiinnn.  lpas abis study ssuai la buat xtvt camni. klu dah kerja, xdpt la utang dah kliling pggang rsanya dorng ada dpt bntuan dana slain duit sndiri
Quote matchstick 13-1-2017 05:34 PM
bagos lah. jimat duit. x kena tipu dek agen umrah lahanat
Quote matchstick 13-1-2017 05:38 PM
nk komen jugak..bini dia main sauk je ek baju dgn tudung bunga2 kaler contrast

selamba pakai baju labuh mcm tu kayuh basikal. xpayah ketat2 pun sampai
Quote Levespa 13-1-2017 05:41 PM
bestnyaaa..
Quote chacon 13-1-2017 06:29 PM
x silap aku tahun lepas kecoh ada orang indonesia jalan kaki gi mekah. dah sampai ke belum?
Quote armin 13-1-2017 07:25 PM
Memang kaya ke? Kalau xde komitmen senangla buat macam ni. Kalau makan gaji sapa nak bayar rumah kereta anak semua?
Quote WhiskeyScotch 13-1-2017 08:45 PM
Dah lama tak main basikal!!!!
Quote misc 13-1-2017 09:58 PM
Gila fit couple ni. Aku kayuh 20 minit keliling kawasan perumahan pun rasa victory dah
Quote ReginaGeorge 13-1-2017 10:28 PM
Hebatlah couple ni. I turun naik tangga opis 3 tingkat pon hampir nak gol
Quote Super-M 14-1-2017 02:30 AM
alahai bagusnya.teringin mcmni..baru suarakan tahun ni kita backpackers jgn bawak barang banyak2 sorg satu bag je g travel bnyak tempat..menyengih laki aku.

siap perli 'yg cakap tu jgn lupa pesan kat diri sendiri.belum lagi . eh...sunblock kang hitam,eh serum rambut kng rosak,eh losyen kulit kering gatal,eh lipbalm bibir pucat segan org tgk,eh krim malam kang kulit penat,ber-eh2 tengok2 dah berbag2..lepastu sedih dilahirkan sebagai wanita lelaki tak faham katanya.'..terus sentap hati mak ni merajuk.
Quote Nenasketum 14-1-2017 02:39 AM
Dia pakai duit epf ke haper muda2 dah tak keje lama tu. Alim ulamaks, sila beri ulasan... ooopss
Quote chinta89 15-1-2017 02:14 PM
xde komitmen, xde halangan duit, boleh la... ak pun nak. dh tu kije mcmne, family mcmne? komitmen semua tu...

nak tak nak tgu je lah duit cukup g ngan agensi... hrp x kena tip ngn ajen udah lerrr.... cari yg btauliah.
Quote Genkidesuka 16-1-2017 09:00 AM
Masya Allah.  Semoga Allah melindungi pasangan ini dan permudahkan urusan mereka.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.138826 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top