CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembunuhan Kim Jong-nam Tidak Sampai 3 Saat, Rakaman CCTV Tersebar

20-2-2017 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 102720| Komen: 1292

Description: Media asing mula menyiarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, dan mula tersebar di media sosial bermula tengah malam tadi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam mula tersebar di media sosial bermula tengah malam tadi akibat disiarkan oleh media asing. 


Paparan video itu menunjukkan mangsa yang tiba di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menyaksikan dua wanita (yang ditanda) melakukan sesuatu kepada mangsa. 

Susulan itu kelihatan abang kepada pemimpin Korea Utara itu minta bantuan petugas di kaunter pertanyaan dan seterusnya kepada dua petugas polis bantuan klia2.

Rakaman CCTV itu menunjukkan dua wanita menghampiri mangsa sebelum mencekik dan menekap sesuatu ke muka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.

Keseluruhan misi pembunuhan itu, penyerang terbabit hanya mengambil masa kira-kira 2.33 saat sebelum meninggalkan mangsa.


Laman Facebook, Nescafeais.com yang memuat naik video yang berdurasi 3 minit itu mendapat 36, 890 tontonan dengan 306 perkongsian setakat ini.- CARI


Loading FB Post...


25

Bagus
12

Marah
18

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (84 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juliez 20-2-2017 06:04 AM
@spiderman80 saya mau credit. Sila bagi dgn segera
Quote juliez 20-2-2017 06:07 AM
@Changa agak2 brp informer dpt jual video ni? Jom speku pihak mana yg jual. Mahb or pdrm?
Quote juliez 20-2-2017 06:22 AM
Kes pembunuhan Jong-nam: Media asing siar video kejadian
ISNIN, 20 FEBRUARI 2017 - 1:25AM

Oleh Hazwan Faisal Mohamad
hazwanfaisal@bh.com.my





KUALA LUMPUR: Video memaparkan kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), disiarkan sebuah stesen televisyen asing, mulai tersebar malam tadi.

Rakaman video berdurasi tiga minit dan tiga saat itu menunjukkan dua wanita yang ditahan iaitu wanita warga Vietnam dan Indonesia menghampiri mangsa sebelum mencekik dan menekap sesuatu dimuka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.


FOTO diambil daripada rakaman video kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, di aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), disiarkan sebuah stesen televisyen asing. **250518
Di permulaan video itu, Jong-nam dilihat berjalan seorang diri melintasi pintu masuk dan bergerak menuju ke kios daftar masuk layan diri.

Pada durasi 42 saat, kelihatan Jong-nam diserkup oleh seorang wanita dipercayai menggunakan kain. Penyerang itu hanya mengambil masa selama 2.33 saat sebelum meninggalkan mangsa.

Selepas diserang, Jong-nam cuba mendapatkan bantuan dan dilihat bertanya kepada seorang wanita sebelum dibawa kepada anggota polis bertugas.

Sebaik berjumpa dengan polis, Jong-nam dilihat melaporkan kejadian beliau diserang dengan cara diserkup dipercayai menggunakan kain kepada anggota terbabit.

Beliau kemudian diiringi dua lelaki, termasuk seorang anggota polis ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan.

Pada durasi minit ke 2:35, Jong-nam memasuki premis klinik berkenaan. Selepas itu, beliau dipercayai rebah sebelum diusung masuk ke dalam bilik rawatan.

Sehingga jam 12.53 pagi ini, video itu sudah ditonton lebih 219 kali
Quote hzln 20-2-2017 06:35 AM
saya rasa kisah ini akan dijadikan inspirasi dlm mana2 episod drama penyiasatan orang puteh, tapi lebih berkemungkinan drama thriller korea lah
mh370 & mh17 dulu, citer jadi masa awal n pertengahan tahun....awal2 season baru criminal minds dalam bulan 9 atau awal bulan 10 sudah kluar episod yg buat reference kepada kejadian2 tersebut, but opkos lah penyiasat amareka sangat hebat, bukan saja bulih merungkai misteri dlm masa yg singkat, siap bulih dihalang tragedi yg bakal berlaku lagi     
   
Quote de_ikea 20-2-2017 06:36 AM
Edited by de_ikea at 20-2-2017 07:35 AM

Media antarabangsa lg cekap dr media tanahairku. Masa utk bljar dgn diorg
Quote gigahertz 20-2-2017 06:54 AM
hzln replied at 19-2-2017 10:35 PM
saya rasa kisah ini akan dijadikan inspirasi dlm mana2 episod drama penyiasatan orang puteh, tapi le ...

akak dalam.video tu bernasib baik direkod sekali dgn abg polis.kalau video tu tunjuk mereka berdua sahaja. akak tu jadi main suspek.

akak tu perlu dicari utk temuramah
Quote AbukRokok 20-2-2017 06:55 AM
nmpknya ada org ambil kesempatanutk memalukn korea utara
kebetulan lepas ujian balistik misil pentadbiran trump harus dilihat tegas spt ujian balistik misil iran.
Quote leen_shaza 20-2-2017 06:56 AM
Akhirnya keluar juga video bagaimana pembunuhan itu dilakukan at KLIA tu

Hanya amik masa 2.33 saat je serkup kepala mangsa dengan cecair beracun

Punya lah ramai orang sekeliling tp semua x perasan

Dah serkup beredar dengan selamba tanpa menarik perhatian orang sekeliling


Tp yang pasti. Dari mula kes sampai la ni termasuklah pic2 tempat kejadian n yang terkini video tempat kejadian- semuanya dapat dibuat dengan pantas oleh media asing kan. Media kita pula yang wat laporan sokmo petikkkk je laporan asing terutama dari Korea selatan sedangkan kejadian n premis kejadian at sini
Mcm mana media asing dapat video CCTV ni pun x tau lah. Very there cekap
Quote MatDeghem 20-2-2017 06:58 AM
de_ikea replied at 20-2-2017 06:36 AM
Media antarabangsa lg cekap dr media tanahairku

bukan saja cekap tapi mereka tahu money works di asia tengara.
Quote cap_ayam 20-2-2017 07:03 AM
Tak sampai hati nak view video.. Tapi tumpang bangga lah cctv klia boleh capture insiden ni.. Tahniah la
Quote wana89 20-2-2017 07:10 AM
Tak amanah yer sapa yang jual video ni
Quote doubleA 20-2-2017 07:14 AM
Obviously itu dari rancangan tv jepun and diorang selalu ulas satu2 perkara tu detail dan siap kronologi lagi.

Tapi i percaya polis malaysia pun tak kurang hebat siasatannya.
Quote pr3ttytw33ty 20-2-2017 07:15 AM
Kesiannye. Let him alone laaa die pn dh x hingin nk blk korea utara tu dah. Adik tiri die ni mmg takut ngan byg2 sendrik gamaknye.
Quote Bateesta 20-2-2017 07:17 AM
jgn ada twist lg sudah

sbnarnya jong nam kena injek masa dptkan rawatan...

yg serkup tu diversion sahaja...utk dia daptkan rawatan...

teori konspirasi lah ni...

baca je...percaya jgn sma skali..

mcm2 kmungkinan ada...
Quote juliez 20-2-2017 07:17 AM
leen_shaza replied at 20-2-2017 06:56 AM
Akhirnya keluar juga video bagaimana pembunuhan itu dilakukan at KLIA tu

Hanya amik masa 2.33 saa ...

Its about money la. U ingat pics & videos media asing ni dpt free ker? Sapa byr lebih dia dpt la. Tak habis2 nak memburukkan org msia. Malu sgt ker dgn negara sendiri
Quote pearl.silver 20-2-2017 07:19 AM
Iols ingat polis kita amik rakaman cctv tu..
Sempat lak org tertentu tu buat copy ke
Quote jazaa100 20-2-2017 07:22 AM
leen_shaza replied at 20-2-2017 06:56 AM
Akhirnya keluar juga video bagaimana pembunuhan itu dilakukan at KLIA tu

Hanya amik masa 2.33 saa ...

Iya dorang cekap....

Tapi yg aku terpikir mcmana bideo penting ni blh bocor...

Sapa yg jaga cctv, knp blh bg kat org luar....



Quote akusukaq 20-2-2017 07:25 AM
Edited by akusukaq at 20-2-2017 07:38 AM
leen_shaza replied at 20-2-2017 06:56 AM
Akhirnya keluar juga video bagaimana pembunuhan itu dilakukan at KLIA tu

Hanya amik masa 2.33 saa ...


kaya la yg jual tu, mesti orang dlm jgk kan.siapalah tak nak duit sis oii. bukan nya media asing buat video tu,nak puji cekap apa nya , cekap melopi dgn duit.pihak yg jual tu patut didedahkan

Quote MatDeghem 20-2-2017 07:25 AM
Ada kah pembunuh under estimate kecekapan Airport & polis malaysia ?

4 orang suspect sudah balek kampung Korea Utara. Yg pasti terang2 korea utara yg bunuh.
Tapi tak pasti yg bunuh adik dia atau orang yg mau  ambil kuasa dari adik dia.

Ada macam2 theory bhai

Lihat semua komen(1292)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.352977 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top