CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Makanan Sini Macam 'Sial' - Chef Zam

9-3-2017 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 26616| Komen: 116

Description: Melalui pertemuan pertama ini saya mengharapkan agar anda memandang kami melalui mata hati! Sudut positif!
2



Kini, SIC berjaya menarik minat hampir 70 pelajar untuk mengikuti kelas yang disusun. “Saya menubuhkan kolej ini bersama dua lagi rakan kongsi. Kami turut menyediakan pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).


“SIC menawarkan pelbagai kursus seperti kulinari, pastri, bakeri serta penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, kami turut memberikan nilai tambahan seperti kursus keusahawanan dan aktiviti lain seperti penggambaran televisyen serta majalah,” kata chef  yang gemar menonton wang di masa terlaung. 

"Bukan sebarang kolej, SIC mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara, University of West London dan Universiti Johnson & Wales. Ia juga turut diiktiraf di Jabatan Pembangunan dan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Pengambilan sesi Julai akan dibuka tidak lama lagi. Sebarang maklumat boleh layari laman web www.silverspoon.my,” katanya.


Empayar profesor chef Zam turut disokong oleh syarikat penaja, antaranya dilantik sebagai duta barangan elektrik, Philips, tahun ini adalah tahun ke lima Chef Zam diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab itu sebagai jurucakap atau ikon . Selain itu, Chef Zam juga turut menerima tawaran untuk memperkenalkan produk minyak zaitun, Colavita, dan pasta jenama, Barilla. Selain itu, dia juga memasarkan produk jenama sendiri,  myChef.

Bercerita mengenai pembabitannya dalam bidang masakan, Chef Zam akui bukan senang berada di tahap sekarang. Katanya, kesukaran yang dihadapi suatu ketika dahulu adalah penguat semangat demi mengejar kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Apabila tamat persekolahan, saya diterima ke Universiti Teknologi Mara untuk mengikuti Diploma in Chef Training pada tahun 1990. Tamat pengajian pada 1993, saya bekerja sementara di hotel. Impian saya baru bermula. Pada tahun 1995, saya dapat biasiswa daripada Mara untuk sambung pengajian peringkat Ijazah di Amerika Syarikat,” imbas, Zamzani Abdul Wahab, lebih dikenali sebagai Chef Zam antara senarai chef selebriti antarabangsa berasal dari Malaysia. 

Dia pernah menjadi ketua chef di sebuah restoran di New York. Pada tahun 1997, Chef Zam membuat  keputusan untuk kembali ke tanah air kerana merindui ibunya setelah tiga tahun berpisah.

Foto: The Star
“Sebelum balik, saya menghubungi beberapa tempat di Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan. Alhamdulillah, saya diterima bekerja di  sebuah Kolej kulnari di  Damansara Utama. Ibu saya seorang ibu tunggal, jadi saya membawa dia untuk tinggal bersama saya di Petaling Jaya”. 

"Ketika itu, saya hanya menyewa bilik  kecil kerana tidak mampu mendapatkan rumah sewa. Selama dua tahun, saya pergi kerja dengan teksi kerana tidak mampu beli kereta ketika itu. Dua tahun kemudian, barulah mampu beli kereta, itupun hanya kereta terpakai,” jelas chef Zam. 

Bintangnya sebagai `Hero Dapur’ mula bersinar selepas bakatnya mula dilihat menerusi rancangan televisyen dengan mengendalikan program  masakan termasuk rancangan khas raya, Raya Rantau dan Cit Cat Raya pada 2001. Nama chef Zam mula meniti kejayaan.  

“Alhamdulilah... Pada tahun 2003, saya berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di University of West London dan dapat biasiswa daripada universiti itu. Saya berada dalam situasi kesempitan kewangan dan terpaksa bekerja sambilan untuk mempromosikan jenama makanan segera, Brahim’s di sana. Dari situ, saya mengenali ramai orang dan mula menjalinkan perkenalan,” katanya lagi. 

Kejayaan paling manis dan berharga yang berada dalam genggamannya adalah di saat dia ditauliahkan sebagai profesor dari Universiti of West London! Segala keperitan yang dilalui telah membuahkan hasil yang membanggakan. Satu pencapaian luar biasa. Kini, lengkaplah namanya, Profesor Chef Zam! 

12
63

Bagus
40

Marah
29

Terkejut
34

Sedih
43

Lawak
64

Bosan

Friends Rank (273 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syadq 7-3-2017 10:43 AM
Panjang naw. Sorry malas nak baca
Quote Modngengade 7-3-2017 11:49 AM
kak nita ke dgn chef zam tu...koserr hakak!!!!!
Quote laksmanabentan 7-3-2017 12:00 PM
makanan apa tu makanan s*al...
Quote aldilla_zahraa 7-3-2017 02:01 PM
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?
Quote kibodwatriuh 7-3-2017 02:28 PM
aldilla_zahraa replied at 7-3-2017 02:01 PM
Uni of West London? Mcm bunyi diploma mill je.

Yg baju bunga2 tu boyfriend dia ke?

Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.
Quote NekNgah 7-3-2017 02:43 PM
Panjang nau artikel, malas nenek nak cari makanan apa yang macam s**l tu....
Quote Kangkung1M 7-3-2017 02:51 PM
artikel ni iklan berbayar SIC ke....atau biografi chef zam
koser aku nak baca habis
Quote shernazz 7-3-2017 03:04 PM
iols x suka dengar dia bercakap
trying hard to be like chef wan sangat masa memula dia kuar tv
Quote Orix 7-3-2017 03:23 PM
gaji chef2 ni selalu berapa ye? kata jd ketua chef kt US pehtu motip balik msia x mmpu beli kereta kena tggu smpai 2 tahun itupn kereta 2nd hand.. hotel 3 star punya chef bawahan pn gaji basic RM1.8k skrg ni... ketua chef kt US lagi lah byak iols rse
Quote sebu 7-3-2017 03:35 PM
Chef ni ke yg kate mknn mcm siyal tu
Quote aldilla_zahraa 7-3-2017 03:56 PM
kibodwatriuh replied at 7-3-2017 06:28 AM
Apalah hang ni. Tu kan richie rachman, penulis tamu Cari.

Ooo maaf tak kenal  
Quote iznanaziz 7-3-2017 04:31 PM
laksmanabentan replied at 7-3-2017 12:00 PM
makanan apa tu makanan s*al...

ntah...pjg beno citanya

tak sentuh pun cita makanan s*al....
Quote Emperor95 7-3-2017 04:59 PM
Cerita ini mengenai apa?
Quote FARRAZOOL 7-3-2017 05:34 PM
So apa gosipnya disini?
Quote Burong_Hantuk 7-3-2017 07:17 PM
admin999 replied at 7-3-2017 10:36 AM
Salam buat semua!


ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWAK KONGSI LAH GAMBA GAMBA NORA DANISH,PUTRERI YASMIN DAN JUGA CHO YANG HEBAT BERGAYA.GAMBA GAMBA SEMASA NORA DANISH CILIK MUSTI CUMIL.SYA NIH  KEPINGIN LAH NAK NENGOK GAMBA GAMBA NORA.
Quote sharlenetexas 7-3-2017 07:39 PM
Burong_Hantuk replied at 7-3-2017 07:17 PM
ASSALAM NAK...SYA DAN CUCU CUCU SUMUA MINAT PADA AWAK.SYA ADA SIKIT PERMINTAAN LAH.HARAP PIHAK AWA ...

nenek baru bangun? jom kelabing.
Quote mommymonster82 7-3-2017 07:48 PM
Peningnya baca penulisan ni...
Quote mommymonster82 7-3-2017 07:50 PM
Edited by mommymonster82 at 7-3-2017 07:51 PM

Owh..bro richie menulis rupanya..panjang sgt bro... seeloknya janganla panjang sgt.. maaf ni bukn kolum majalah...

So maybe boleh ubah skit gaya penulisan supaya lebih santai...
Quote Tukul.Besi 7-3-2017 08:15 PM
Ya amporn statement sial tu sikit je tapi artikel byk input yang tak perlu.

Lihat semua komen(116)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.080572 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top