CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lepas Diugut Buat Laporan, Pengasuh Mengaku Cubit Anak Sebab Stres

8-3-2017 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7367| Komen: 20|Original author: Oleh: Maly Rosli

Description: Sedih dengan sikap pengasuh kini yang semakin menjadi-jadi dan bagaikan tidak pernah serik dengan dengan segala berita berhubung hukuman terhadap penderaan anak asuhan dipaparkan.
Sedih dengan sikap pengasuh kini yang semakin menjadi-jadi dan bagaikan tidak pernah serik dengan dengan segala berita berhubung hukuman terhadap penderaan anak asuhan dipaparkan.


Baru-baru ini, akaun Facebook Info Ibu Hamil mendedahkan sebuah kisah pasangan suami isteri yang mendapati bayi mereka berusia tiga bulan didera fizikal dan mental.


Foto: Carian Internet

Menerusi perkongsian itu, pengasuh itu pada awalnya mengatakan bayi mereka lebam di bahagian muka dan hidung kerana terjatuh ketika sedang dimandikan di dalam sinki. 

Bermula dari saat itu, si isteri sudah mengesyaki pengasuh menganiaya anak mereka, namun suaminya masih berprasangka baik.




Seminggu kemudian, si isteri menemui kesan lebam pada kaki dan kepala anaknya selain terdapat kesan calar pada belakang badan.

Sejurus itu, mereka terus bertanyakan kepada pengasuh berkenaan, namun dia tidak mengakuinya sebaliknya mengatakan bayi itu terjatuh.

Tidak berpuas hati dengan sikap acuh tak acuh pengasuh berkenaan, mereka mengugut melaporkan perkara itu kepada polis sambil meminta semua barangan anak  mereka daripada pengasuh.



Betapa terkejutnya mereka apabila mendapati keadaan botol susu yang sudah berkerak sedangkan berus botol susu serta bahan pencuci sudah disediakan. Apa lagi, membara la perasaan si ibu. Terus dihubunginya pengasuh tadi melampiaskan kemarahannya.



Namun, lebih kurang jam 3 pagi pengasuh berkenaan menghubungi mereka dan merayu agar perlakuannya tidak dilaporkan kepada polis. Pasangan berkenaan bagaimanapun tidak mengendahkan rayuannya dan terus membuat laporan keesokan harinya.



Ibu bapa di luar sana dinasihatkan supaya peka dengan keadaan anak. Periksa keseluruhan tubuh bagi memastikan tiada sebarang kesan kecederaan, selain memeriksa bekalan yang disediakan seperti lampin, botol susu dan sebagainya. - CARI


Foto: FB Info Ibu Hamil
14

Bagus
21

Marah
25

Terkejut
7

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 8-3-2017 02:09 PM
lahanat sgt, baby ko dera!
Quote whadda 8-3-2017 03:47 PM
nasib baik la dapat bini yang ade akal.. mane boleh diam je klo ade tanda2 lebam bagai
Quote tucenmeow 8-3-2017 03:53 PM
masalah mental btul la..bdk 3 bulan pun nk dibuat mcm tu
Quote vanillaninja 8-3-2017 04:02 PM
Stressed I baca news macam ni. Pengasuh pun kalau memang tak reti bersabar dengan baby jangan la gatal nak jadi pengasuh. Bayar bukannya murah.
Quote WhiskeyScotch 8-3-2017 04:27 PM
Stress je cubit anak orang? Mudahnya solution kau dek.
Quote mieymiey 8-3-2017 04:36 PM
WhiskeyScotch replied at 8-3-2017 04:27 PM
Stress je cubit anak orang? Mudahnya solution kau dek.

Kan? Pegi la beli punching bag ker.
Quote fara7351 8-3-2017 04:38 PM
org mcm ni x layak jadi pengasuh.. hanya mahu duit je org mcm ni..
haiii susah betul nk cari pengasuh yg betul2 ikhlas sekarang ni...
Quote fara7351 8-3-2017 04:39 PM
vanillaninja replied at 8-3-2017 04:02 PM
Stressed I baca news macam ni. Pengasuh pun kalau memang tak reti bersabar dengan baby jangan la gat ...

kan.. jalan singkat nak cari duit, jadi pengasuh.. tp tak ikhlas untuk jaga budak.. haihhh

Quote fara7351 8-3-2017 04:40 PM
whadda replied at 8-3-2017 03:47 PM
nasib baik la dapat bini yang ade akal.. mane boleh diam je klo ade tanda2 lebam bagai

naluri ibu mmg tak pernah silap..

Quote susukambingbest 8-3-2017 05:16 PM
WhiskeyScotch replied at 8-3-2017 04:27 PM
Stress je cubit anak orang? Mudahnya solution kau dek.

dia stress sbb bby tu sllu mnangis kot nama pun bby, msti la ada mnangis. klu bby knyang, cukup mnum susu, perut xkembong, pmpers sllu tukar n badan selesa msti xmnangis. cnfirm pngasuh pmalas sbb tu bby sllu nangis
Quote Artemesiaa 8-3-2017 05:21 PM
Buat apa nak stress2 kalau tak sanggup nak jaga budak baik tak perlu jaga mintak je mak pak budak cari pengasuh lain dari lepas geram cam tu.
Quote Apai90 8-3-2017 06:17 PM
Sebab kau stress kau bole cubit anak orang??   Apa kata if semua parents yg hantar anak dorg kat pengasuh ni bila stress je pasal kerja semua uolss lempang  je muka pengasuh ni time ambik anak tu  sambil kata " Alaaaaa, stresss la"  Biar dia pulak rasa patut ke tidak bila org lain stress, org lain pula jadik punching bag kan
Quote Jorja 8-3-2017 06:41 PM
Sebab tu Mr Ed Howe says "families with babies and families without babies are sorry for each other"
Quote chazey 9-3-2017 12:04 AM
Motif tak makan babi macam Cina pun hati keras kejung tiada perikemanusiaan?
Quote Sayaaa 9-3-2017 07:07 AM
chazey replied at 9-3-2017 12:04 AM
Motif tak makan babi macam Cina pun hati keras kejung tiada perikemanusiaan?

tk de kena mengena babi dgn hati tkde perikemanusiaan ok. tk correlate langsung.
Quote ctsueraya 10-3-2017 03:08 PM
Apai90 replied at 8-3-2017 06:17 PM
Sebab kau stress kau bole cubit anak orang??   Apa kata if semua parents yg hantar anak dorg kat pen ...

supposedly kalau stress jaga baby, bgtau jelah kat parents nak amik anak yang umur berapa
alasan stress tu sgt tak masuk akal weh
moga dia jadikan pengajaran pasni, letakkan dia kat tempat budak tuh(sakit wei kene cubit) dan parents budak tuh
Quote trisnalovezul 10-3-2017 03:38 PM
kasian anak utk disayangi dan dikasihi..kasian..Alhamdulillah anakku aku yang jaga sendiri ga perlu pada pengasuh...
Quote haryatie 10-3-2017 04:23 PM
senang nya bg alasan
so asal stress cubit....gilerrr btull
Quote leylapple 10-3-2017 04:28 PM
wah.... duit ko nak...tapi responsibility tak nak...

so typical....

4 orang budak x rm400 sorang...dgn duduk rumah sebulan dpt rm1200

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.370121 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top