CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Faedah, Keburukan Dan Hukum ‘Main Kutu’ Yang Mungkin Anda Belum Tahu

18-4-2017 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13900| Komen: 63|Original author: Oleh : Hafiz BZ

Description: Kootu Funds atau lebih dikenali sebagai main kutu sememangnya popular di kalangan masyarakat Malaysia.


Kootu Funds atau lebih dikenali sebagai "Main Kutu" sememangnya popular di kalangan masyarakat Malaysia sejak dulu lagi.

Tujuan asal main kutu adalah untuk menyimpan duit secara berpakat. Biasanya dilakukan dalam kumpulan kecil antara 6 hingga 12 peserta agar pengumpulan dana dapat dibuat dalam keadaan terkawal tanpa sebarang penipuan.  Konsep main kutu sama seperti berhutang cuma bezanya tiada sebarang faedah (riba) yang dikenakan kepada peserta. 

Untuk main kutu, setiap peserta perlu membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui dalam jangkamasa yang ditetapkan. Peserta-peserta akan ditentukan giliran untuk menerima wang terkumpul mengikut cara undian. 


Sebagai contoh seramai 6 peserta telah bersetuju untuk membayar RM200 setiap bulan dari bulan Mei sehingga November, jadi setiap bulan akan ada salah seorang dari peserta menerima wang terkumpul iaitu sebanyak RM1200. 

Salah seorang akan dilantik sebagai Pemegang Amanah atau "Ibu Kutu" yang bertanggungjawab mengumpul kesemua duit caruman peserta dan menyerahkan wang terkumpul kepada setiap peserta apabila tiba giliran.

Jika dipandang dari sudut pengurusan kewangan, main kutu sememangnya sangat bagus kerana kita dapat mencarum dan meminjam wang tanpa dikenakan sebarang faedah. Namun, wang terkumpul yang diperolehi kelak perlulah digunakan untuk tujuan yang berfaedah, barulah berbaloi.

Jadi apa pula keburukan main kutu?

Kredit foto - Sinarharian

Kebiasaannya peserta yang mendapat giliran pertama akan lebih seronok kerana menerima wang terkumpul lebih awal. Tetapi selepas mendapat wang terkumpul, pasti akan merasa liat untuk membayar hutang bulanan kepada peserta lain. Itulah risiko utama main kutu selain "Ibu Kutu" yang diamanahkan untuk memegang wang dana, lesap bersama wang terkumpul.


Mengikut pandangan Islam, hukum main kutu adalah seperti berikut.

Kesimpulannya, skim ‘kutu’ antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.”-Dr. Zaharuddin Abd Rahman



Namun mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa main kutu sebenarnya adalah salah disisi undang-undang di bawah Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu 1971


Pernahkah anda main kutu? Jom kongsikan pengalaman anda tentang kebaikan dan keburukan main kutu. - CARI


27

Bagus
14

Marah
27

Terkejut
19

Sedih
24

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (131 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pistolairAbah 18-4-2017 05:24 PM

kenapa haram... sebab tak ade interest ke?
Quote eshida 18-4-2017 05:34 PM

serious haram?
Quote Artemesiaa 18-4-2017 05:36 PM
Tak minat nak joint benda2 cam ni kalau perlu duit elok le menabung sendiri
Quote gusikuberdarah 18-4-2017 05:38 PM
aku tak pernah teringin nak main kutu..sebab mesti ada yang cabut lari lepas dapat duit..
Quote rukia2 18-4-2017 05:46 PM
Ade akta larangan
Quote krustykrab 18-4-2017 05:49 PM
Termasuk dlm money laundering act
Quote WhiskeyScotch 18-4-2017 06:38 PM
Bukan untung mana pun main kutu ni.  
Quote Super-M 18-4-2017 06:39 PM
pernah main kutu dulu waktu tingkatan 1,cikgu aku pun join sekali main. cikgu ni super sempoi. cikgu perempuan.

Dapat lah dalam rm200..menggigil beb tangan masa ni ada duit banyak.asik pegang poket je, takut kena rompak.  aku balik sekolah terus  beli kamera kodak yg snap pix lepastu putar.yg ni je aku mampu sbb miskin. hari2 aku ngendap kat kedai tu lepas balik sekolah maklumlah suka berangan kan. asik amik pix je sejak dr tu. tp bukan pix sendiri, sbb aku pemalu.ngehngeh.. ada lg kameranya hingga skrg. @ipes2 nak tgk x kamera nya??

turn akhir turn cikgu aku, dia cakap jom semua g makan guna duit ni.. perghhhh.. sayang sgt cikgu aku ni dh cantik, baik hati.
Quote estrelle 18-4-2017 06:42 PM
Tak minat main kutu .baik menabung sendiri.lambat ke cepat memang duit kita.
Quote umbut 18-4-2017 06:52 PM
Pernah main kutu waktu darjah 4.. Satu hari 10 sen
Quote eyansss 18-4-2017 07:17 PM
daripada dok main kutu pastu kena tipu, lebih baik la ko pi simpan dalam bank tetiap bulan...  cukup masa, pi keluarkan n beli la barang yang ko nak...  banyak buruk dari baik main kutu ni...  


laki aku ngan beberapa kawan sekolah kami dulu terjebak sebab kesiankan ngan sorang kawan perempuan ni...  last2 memasing kena tipu...  dah la masa tu lagi 2 minggu kami nak kawen...  memang aku harukkan je budak perempuan tu sampai la dia bayar balik bahagian laki aku...    yang aku pelik, apsal la yang lenlain tu boleh terpedaya sedangkan dia ni memang terkenal dengan perangai menipu since sekolah...
Quote harithzakuan 18-4-2017 07:29 PM
Tk pernah berminat dgn kutu
Quote harithzakuan 18-4-2017 07:29 PM
Sama ke konsep simpan tiap2 bulan
Quote drivethru 18-4-2017 07:59 PM
Zaman sekolah rendah. Sehari 20sen.
Quote LavaUollss 18-4-2017 08:22 PM
Super-M replied at 18-4-2017 06:39 PM
pernah main kutu dulu waktu tingkatan 1,cikgu aku pun join sekali main. cikgu ni super sempoi. cikgu ...

elok lagi ke kamera tu?
Quote marumaru 18-4-2017 08:25 PM
Ai tak suka sngt...lebih baik simpan dalam bank...dapat la untung sikit..tapi kalau org ajak ai on je..
Quote LavaUollss 18-4-2017 08:30 PM
simpan je la dalam asb atau unit trust tiap2 bulan. Sama je konsepnya. Siap boleh dapat dividen lagi. Just anggap je kita dapat giliran paling hujung
Quote jiwarasa 18-4-2017 08:47 PM
estrelle replied at 18-4-2017 06:42 PM
Tak minat main kutu .baik menabung sendiri.lambat ke cepat memang duit kita.

main kutu kan untuk orang yg nak pakai duit sedebuk..macam loan lah.menabung tu lain
Quote jiwarasa 18-4-2017 08:49 PM
baik la main kutu dari join MLM tu

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.087724 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top