CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Bila Ibu Bapa Terlebih Kalut, Over Bila Anak Mula Masuk Sekolah..Adakah Anda Juga Macam Tu?

16-1-2018 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3718| Komen: 11

Description: Baru-baru ini sesi persekolahan yang baharu telah dibuka semula.Maka berduyunlah kisah mengenai ibu bapa dan anak-anak mereka.Anak-anak yang diutamakan atau ibu bapa yang terlebih? Topik kali ini.Ini ...
Baru-baru ini sesi persekolahan yang baharu telah dibuka semula. 
Maka berduyunlah kisah mengenai ibu bapa dan anak-anak mereka. 

Anak-anak yang diutamakan atau ibu bapa yang terlebih? Topik kali ini. 
Ini pandangan abang dan tiada kaitan dengan sesiapa.

Seperti biasa hari pertama persekolahan ramai ibu bapa yang akan datang temankan anak-anak mereka. Ada yang datang bawa rombongan Cik Kiah. Habis sekampung mereka angkut!


Ada yang bawa segala perisai bantal 'bucuk' ke sekolah....ada yang bawak mainan untuk anak-anak bermain masa rehat, ada ibu bapa yang 'gabra' terlebih sedangkan anak relaks je.

Okay bila tiba time rehat, mulalah ibu bapa gelabah atau kalut nak beratur sekali dengan anak di laluan yang sempit dan ngam-ngam anak kecil kita je lalu.


Mulalah keluar duit berkepok tanpa memikirkan perasan anak-anak yang hanya mampu bawa wang RM 1 ke sekolah. Dengan angkuh dan bangga cakap kuat-kuat suruh anak beli apa sahaja…"Haha harini papa belanja."


Paling win di meja makan apabila ibu bapa dan seisi keluarga semualah menguasai meja makan seperti, akulah raja.

Budak-budak yang datang tanpa orang tua mereka tadi terkial-kiallah cari tempat duduk, cari port nak alas perut, mak bapak yang sedia maklum dan nampak pelajar tu usung pinggan sana sini buat bodoh je.

Ishhhh kalau abang cakap depa bodoh karang marah pula. 

Ok kita sambung!

Anak-anak yang hanya masa rehatnya singkat tadi (15 min masa rehat), terpaksa:

makan berdiri
makan duduk di lantai kantin
makan duduk di sebelah longkang
makan sambil berjalan jalan
makan sambil main kejar kejar

Foto Carian internet
Ianya adalah dari sikap kita yang pentingkan diri sendiri tanpa mengendahkan orang lain, kita terlalu menjaga hak kita hingga terlupa adanya hak orang lain bersama kita.

Kalian rasa? Sendiri mau ingatlah ibu bapa semua!
 
Azam tahun baru abang - sama mcm sebelum sebelum ini. 
12

Bagus
34

Marah
26

Terkejut
27

Sedih
8

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (124 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MyNameIsIris 16-1-2018 02:18 PM
i belum hadap lagi ni
i rasa i species mak kalut ni
dah tu anak tunggal sorang tu manja terlebih

belum apa-apa lagi nenek pun dah kalut
acaner
Quote Nana_Man 16-1-2018 03:05 PM
I rasa sekolah2 kat msia ikut cara skola kat singapore. Masa waktu rehat mak bapak kaum kerabat budak tahun satu sahaja tu cuma boleh lihat sahaja dari jauh(tak jauh sgt, brape meter jer), pasang reben(mcm reben polis kalau ada kes) jadi org tua tk leh lepas "sempadan". Kat kantin ada cikgu2, parents volunteer yg tolong biler budak tu nk beli makanan/gi tandas. Takkn terjumpe pun seorang mak bapak yg duduk di bangku kantin teman anak mkn, melainkn budak tu ada keperluan khas. Jadi tkde lah budak2 kecik takde tempat duduk.
Quote mamapea 16-1-2018 03:06 PM
aku x dtg teman pun anak aku yg darjah 1...biar dia hidup berdikari...lgpun kakak & abg dia ada...
so far ok jer...kt sekolah anak cikgu mmg x bg tunggu...
Quote Artemesiaa 16-1-2018 03:24 PM
Sekolah2 yang dah berpuluh tahu beroperasi ditengah bandar dah lama keluarkan arahan mak pak hanya boleh hantar anak sampai pagar sekolah je.  Selainnya para tenaga pengajar yang akan mengajar dan mengaturkan mereka dalam kelas dan juga semasa rehat.  Tujuannya nak elakkan kes2 sebegini berlaku dan anak akan lebih cepat berdikari.
Quote jazaa100 16-1-2018 10:12 PM
Aku tak tunggu pun dulu...
Dah dia pernah masuk tadika...takkan nak tunggu lagi...
Aku tanya cikgu balik pkl brp, sbb 1st & 2nd day cikgu bagi balik awal....
bila cikgu bawak dia masuk dalam kelas....
Aku pun masuk dalam keta, balik......

Quote RatuDunia94 16-1-2018 11:41 PM
Bukan sekarang dah ada Pra Sekolah ke?
Quote idadzira 17-1-2018 09:27 AM
jazaa100 replied at 16-1-2018 10:12 PM
Aku tak tunggu pun dulu...
Dah dia pernah masuk tadika...takkan nak tunggu lagi...
Aku tanya cikgu ...

Sama la....anak masuk kelas aku pun balik.
Quote biskutsusu 17-1-2018 11:34 AM
sekolah anak i, setiap meja memang dah dilabelkan untuk murid kelas mana.
dari first day of school, parents memang tak boleh duduk sekali dengan anak waktu rehat. berdiri je la tepi tepi kantin tu
hahahahhahahahaha
Quote haryatie 17-1-2018 12:07 PM

budak2 sekrang da sekolah tadika
cuma yg perlu dia org blajar nak beli mkanan kat kantin
sebelum dia org gi sekolah pesan n bgtahu macam mana cranya
lg pun budak sekrang xde le jakun sgt
makbapak yg over jerkkk...
Quote cmf_ultraviolet 17-1-2018 01:28 PM
anak dah pernah masuk tadika tahun sebelumnya...
just hantar sampai kelas, bye bye....

then 10 mins sebelum balik, datang ambil....

esoknya just hantar kat pintu pagar sahaja.
Quote yangsemb 18-1-2018 08:09 PM
Mangkuk sungguh pangai {:stress

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.057773 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top