CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Monyet Salju Di Jepun Hobinya Macam Manusia–Mandi Air Panas Di Musim Sejuk!

19-1-2018 02:42 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 6317| Komen: 17|Original author: Oleh: Azza Rai

Description: Bilakah kali terakhir anda melihat sekumpulan monyet liar bercanda?Macam dah lupa kan bila?Maklumlah haiwan ini semakin pupus disebabkan pembalakan serta pembinaan penempatan.Berbeza di Jepun, kerana ...




Bilakah kali terakhir anda melihat sekumpulan monyet liar bercanda?
Macam dah lupa kan bila?
Maklumlah haiwan ini semakin pupus disebabkan pembalakan serta pembinaan penempatan.

Berbeza di Jepun, kerana monyet dianggap mewakili Dewa Gunung (kerana rupanya mirip manusia) dijaga dengan baik. Mereka juga dipanggil dengan gelaran monyet salju. Macam comel ja kan?

Malahan kerajaan Jepun menjadikan monyet sebagai haiwan yang dilindungi lalu menempatkan 180 ekor monyet tersebut di Jigokudani Yaen-koen (pusat perlindungan monyet) yang berhampiran pergunungan serta jauh dari kampung.
Lokasi ini juga dikenali sebagai Snow Monkey Town.


Jika anda dari Tokyo dan mahu berkunjung ke sini, perlulah menaiki bullet train (shinkansen) selama 2.5 jam. Dikhabarkan 200 ribu pelancong dari seluruh dunia mengunjungi monyet ini setiap tahun.

Tapi, untuk sampai ke sana, anda harus hiking sejauh 2km dari Kanbayashi Oshen. Jangan risau, laluannya sudah dimudahkan, jadi tiada masalah untuk ke sana.


Monyet-monyet ini tinggal bebas di daerah pergunungan. Biasanya mereka akan datang ke tempat perlindungan pada waktu pagi hingga petang kemudian pulang ke gunung pada waktu malam.

Paling menarik monyet salju ini menyukai aktiviti berendam dalam kolam air panas di musim sejuk. Kalau bertuah, anda mungkin dapat melihat bayi monyet salju yang baru lahir dan sering berkeliaran di sekitar kolam itu.

Walaupun mereka liar, namun monyet salju ini tidak kesahkan manusia yang sentiasa ingin berfoto dengan mereka.






Bagaimanapun, awas! Anda tidak boleh mendekati mereka dalam jarak yang dekat. Malahan dilarang sama sekali memberi mereka makan kerana petugas akan memerhatikan segala aktiviti tersebut. - CARI 

17

Bagus
18

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 19-1-2018 02:51 PM
Mereka pun pandai dah cuaca sejuk kalau berendam dalam air panas pasti lega.  Tapi kalau nak kesana kena gi masa musim sejuk kalau musim panas monyetnya tak da semua lari masuk hutan.
Quote Victorioussss 19-1-2018 03:08 PM
Monyet pun pandai nak hotbath jakuzi
Quote idakamaruddin 19-1-2018 03:28 PM
comel gila gmba last

yg baby monyet tu mcm pakai baju sejuk bulu2 plak

Quote CiliPadiSedap 19-1-2018 04:09 PM
monyet malaysia takut patung harimau
Quote greenyellow 19-1-2018 05:19 PM
comel baby dia
Quote myakayina 19-1-2018 05:26 PM
yg baby tu pandai pulak dia buat snow ball..
Quote yangsemb 19-1-2018 06:14 PM
Cuteness overload {:smile
Quote Jorja 19-1-2018 09:10 PM
Bulu tebal gebu tu yg buat nampak comel
Quote lililen 20-1-2018 12:24 PM
Comel je main snow
Quote Konahhh 21-1-2018 12:05 AM
Hahaha muka yang last tu. Muka syok!
Quote precious_chicas 21-1-2018 02:42 AM
haha...muka dia mcm nampak legaa...ahhh.
Quote BoongaKertas 21-1-2018 09:34 PM
Yg main snow tu, comel yg amat ya Allah!
Quote devilito2 22-1-2018 08:09 AM
subhanallah... hebat ciptaan tuhan
Quote syue86 22-1-2018 09:01 AM
comel naunau masing2
Quote zaziot 22-1-2018 04:02 PM
comelnye ...bestnye kalau dpt g tgk
Quote msdummy.2018 22-1-2018 10:34 PM
Gmbr plg last mmg xboleh blah
Quote aunisofia 10-4-2018 03:58 PM
comelnya.......wakwakwakwak

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.071288 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top