CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pulo Cinta Indonesia Persis Maldives, Jadikan Bulan Madu Semakin Romantis..

25-1-2018 12:03 PM| Diterbitkan: Cari-Faizal| Dilihat: 5416| Komen: 7|Original author: Oleh: Faizal

Description: Anda Sedang Mencari-Cari Destinasi Berbulan Madu Bersama Yang Tersayang?
Anda sedang mencari-cari destinasi berbulan madu bersama yang tersayang? Bagi yang baru berkahwin, tentu sahaja inginkan satu percutian yang penuh romantik bersama yang tersayang. Apa kata bawa pasangan anda bercuti ke Pulo Cinta Eco Resort. 

Resort menarik yang dilatari dengan pemandangan lautan yang biru dan pasir putihnya seakan-akan berada di Maldives.


Di manakan Pulo Cinta?

Secara geografinya, Pulo Cinta terletak di Boalemo, Gorontalo, Sulawesi Utara, Indonesia. Pulau ini adalah satu pulau kecil yang berbentuk hati dan resort ini hanya mempunyai 15 villa yang merangkumi bilik, restoran dan juga pejabat pengurusan.


Keunikan bentuk yang menyerupai bentuk hati inilah yang menyebabkan mengapa resort ini diberi nama Pulo Cinta. Ada juga sejarah atau mitos mengatakan terdapatnya pertemuan pasangan bercinta secara rahsia antara Jejaka di Gorontalo dengan Puteri saudagar Belanda.

Pulo Cinta Eco Resort mengetengahkan konsep percutian yang lebih natural dan tradisional dengan villa-villa yang dibina indah dari kayu yang beratapkan daun nipah berserta kemudahan-kemudahan yang mencukupi seperti aircond, TV dan free wifi buat para pengunjung.


Banyak juga aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan jika bercuti di sini. Selain mempunyai spot-spot mengambil gambar menarik yang sangat banyak, anda juga boleh melakukan aktiviti hammocking di villa sambil-sambil membaca bucu. Jika anda bosan berada di villa, anda boleh keluar dari villa sambil ditemani petugas-petugas resort di situ.


Selain itu, bagi anda yang suka menyelam, aktiviti menyelam sambil melihat satu kehidupan 'sponge' yang unik diberi nama Salvador Dali Sponge adalah perkara wajib anda perlu cuba. Sponge unik ini bersaiz sangat besar dan dikatakan ianya hanya tumbuh di daerah Gorontola, dan tidak ada di tempat lain.


Lain-lain aktiviti anda boleh lakukan ialah terjun ke dalam air dan berenang-renang sekitar villa masing-masing, snorkeling dan berkayak mengelilingi resort.


Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana nak makan jika bercuti di sini kan? Anda tidak perlu risau, selagi anda penginap di villa ini, anda tidak perlu membawa sebarang makanan pun. Hal ini kerana, harga villa sudah termasuk dengan makan sarapan, tengahari, makan malam, snack dan free flow minuman. 

Anda boleh makan di restoran ataupun memintanya dibawa kedalam bilik. Lagi menyeronokkan, pengunjung boleh request untuk candle light dinner bersama tersayang.



Cas penginapan di Pulo Cinta (Sumber: Pulo Cinta)

1 Bedroom Villa
Bilangan Villa : (10 unit)
Keluasan Villa    : 92 meter persegi

Harga Villa :

Rp 3,500,000.-/malam/villa (Hari Biasa)
Rp 4,500,000.-/malam/villa (Sabtu & Minggu)
Harga di atas untuk 2 orang

Harga termasuk :
Menjemput  di Airport (2 jam perjalanan darat dari airport ke dermaga  & 15 menit perjalanan dengan boat ke Pulocinta) untuk minimum menginap 2 malam

Bayaran untuk menjemput di Airport jika anda menginap hanya  1 malam sahaja: Rp. 500.000,-

Romantic Dinner (minimum menginap 2 malam)

Sarapan, makan tengahari, makan malam dan Snack
• Kopi, Teh & Air Mineral
• Peminjaman alat snorkeling - CARI 
4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • aunisofia

  • aunisofia

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boobam 25-1-2018 12:37 PM
woww cantik nya...
Quote moonbug 25-1-2018 12:49 PM
1k++ juga satu malam ye
Quote meisapoya 25-1-2018 01:30 PM
Wowowow utk view n harga
Quote msdummy.2018 25-1-2018 06:02 PM
wow boleh thn gak mahal...tp berbaloi lah...ada siapa2 dh pernah pergi?
Quote de_ikea 26-1-2018 12:30 AM
Cantik. Ok lah kan. Cheaper than Maldives lg. Cuma bila dpt prg tak tahulah.
Quote martinsugede 24-1-2019 08:05 AM
Saya tahu Pulo Cinta apabila saya mencari maklumat berbulan madu di Indonesia menerusi laman web Honeymoon Terbaik, saya sangat berminat untuk melawat tempat ini, kerana ramai kawan menyarankan untuk pergi ke sana.

Sumber: Bulan madu
Quote arnova 24-1-2019 10:15 AM
lawo...

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048914 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top