CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Boleh Maut Di Atas Jalan Raya, Fakta Yang Anda Kena Tahu Tentang Basikal Lajak

24-1-2018 05:01 PM| Diterbitkan: Cari-Ghafar| Dilihat: 10838| Komen: 18|Original author: Oleh: Ghafar Nawi

Description: Baru-baru ini laporan dari Kosmo memperlihatkan penguatkuasaan larangan penggunaan basikal yang berbahaya ini perlu diperbanyakkan selepas meragut 1 nyawa di Jalan Setiawan-Teluk Intan, Perak dan 2 ma ...
Semenjak dua menjak ini semakin menjadi-jadi kes kelamalangan disebabkan kecuaian penunggang basikal yang tidak menitikberatkan soal keselamatan kenderaan dan cara tungganggan. Ramai sedar perkara ini selepas berlakunya kemalangan di Johor Bahru pada tahun lepas yang meragut 8 nyawa. 


Baru-baru ini laporan dari Kosmo memperlihatkan penguatkuasaan larangan penggunaan basikal yang berbahaya ini perlu diperbanyakkan selepas meragut 1 nyawa di Jalan Setiawan-Teluk Intan, Perak dan 2 maut di Johor Bahru 11 Januari lepas. Mari kita lihat, apakah basikal yang mereka gunakan ketika kemalangan.

Bukan basikal macam ni tau, tapi basikal lain.
Sumber:bikerumor.com

Penduduk tempatan menggelarkan basikal yang digunakan oleh rata-rata mangsa tadi sebagai ‘basikal lajak’. Apakah dimaksudkan dengan basikal lajak tadi? Ia adalah aktiviti perlumbaan basikal menuruni bukit. Itupun kalau ikut laporan yang ditulis oleh soscili.my melalui aktiviti ‘stalking’ dalam komen-komen dalam kumpulan media sosial seperti Instagram dan Facebook basikal lajak di sekitar Johor Bahru.

Kanak-kanak tunggang basikal lajak maut dirempuh kereta
Sumber: kosmo.com.my
Jangan terkejut ya, ramai sebenarnya yang mengikuti aktiviti berbasikal ini melalui kumpulan kumpulan dan kelab-kelab tidak rasmi seperti Tentera Fly JB, Kaki Ride Kulai dan Perling Fly JB. Mereka berkumpul dan mengayuh basikal bersama-sama di sekitar Johor Bahru terutama pada waktu malam.

Ciri-ciri utama sesebuah basikal lajak: Tiada brek!

Sumber: stapico.ru
Antara nikmat yang mereka kecapi dengan basikal lajak adalah aktiviti perlumbaan menuruni bukit seperti di Johor Bahru sekitar Jalan Lingkaran Dalam berdekatan dengan Tanah Perkuburan Mahmoodiah. Mereka mematikan system brek yang sudah tersedia pasang pada basikal yang terdapat dalam pasaran kerana untuk mengurangkan beban dan laju sewaktu menuruni bukit. Ada pelbagai modifikasi lain yang boleh menjadikan sesebuah basikal lajak laju ketika menuruni bukit tadi.

Sumber: Youtube Channel One Two Jus
Paling tak tahan apabila ada segelintir remaja yang tidak mempunyai wang untuk membuat modifikasi seperti menukar ‘sport rim’ atau engkol basikal dengan mencuri dan menjual motor secara curi-curi untuk mencari duit membeli barang basikal. Punya ‘hardcore’ mereka meminati aktiviti berbasikal lajak, dah macam jual beli dadah dah rasanya sampai nak kena menjual-jual curi-curi ni.

Sumber: soscili.my
Siapa kata salah untuk berbasikal, cuma janganlah sampai mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan menyusahkan orang lain. Aksi-aksi seperti superman atau mematikan brek basikal tidak patut dilakukan demi keselamatan penunggang dan orang lain.

Pihak PDRM dan RELA kerap kali membuat rondaan dan sekatan untuk membendung masalah ini sehinggakan tiada perubahan yang besar dapat dilakukan. Kalau kena musim, memang ramai kena cekup basikalnya dirampas. Tapi, sampai bila?

Sumber: segamat.com.my
Semua pihak harus bekerjasama termasuk ibu dan bapa. Jangan sampai ada undang-undang seperti mengenakan hukuman kepada ibu dan bapa mereka yang membenarkan anak untuk berbasikal lajak nanti susah. Hakikatnya ramai sahaja masih menggemarkan aktiviti berbasikal tanpa mengabaikan faktor-faktor keselamatan yang telah ditetapkan. -CARI
12

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
12

Sedih
20

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (82 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 24-1-2018 05:11 PM
Yg sedihnya budak bawah umur yg ramai dok layan basikal lajak ni. You can only do so much tp kalau tuan badan sendiri tak sayang nyawa, hmm
Quote Artemesiaa 24-1-2018 05:23 PM
Mak pak kenalah main peranan untuk memastikan anak mereka tak terjebak dengan geng sebegini.  Juga pastikan meraka tak suka2 ubahsuai basikal mereka demi keselamatan.  Jangan bila ada yang hilang nyawa baru nak menyesal tak berguna.
Quote sofiazara 24-1-2018 05:23 PM
aku gi bandar sri permaisuri pukul 11 malam nak cari towel utk ayah aku warded kat hukm, penuhla area bandar sri permaisuri (area dwitasik) dengan budak2 basikal lajak. time tu malam hari sekolah

diorg langsung tak takut kereta yang berlambak2 bersimpang siur area kedai2 tu. org nak reverse dari parking pun melintas selamba je..sampai 7 - 8 bijik basikal melintas buat muka derkkk je..

mmg tahap samseng
Quote CiliPadiSedap 24-1-2018 05:28 PM
akak pernah fly dik tp xde lah membahayakan nyawa akak dan masyarakat.

nak lajak tempat laluan kereta speeding kena langgar kalau cina , racist, kalau india racist, kalau melayu? salahkan mak bapak.

sbb kau punya pasal masyarakat jadi keyboard warrior. cuba hidup jadi manusia bukan jadi haiwan yang 24 jam nak enjoy. kasihan dik , abg2 akak2 driver kereta langgar adik, mereka pasti trauma rasa bersalah walaupun hakikat dik yang salah.

dulu gang basikal akak xberani keluar malam sbb gelap budak sekarang malam siang sama je seolah olah nyawa ada 9.
Quote asfaz 24-1-2018 05:29 PM
Bila accident, mak ayah.. Anak saya baik orangnya, rajin tolong orang, pergi surau, tak pernah ponteng sekolah.. Bla.. Bla.. Bla..
Quote palmolive 24-1-2018 05:29 PM
kalo tak berubah bila besar sikit upgrade jadi mat rempit...malam2 penuh jalan dgn dorang jek
Quote sepiITUindah 24-1-2018 05:41 PM
pas tu aksesorinya hon lori
cam gamppp***g bisingnya
Quote shafik72 24-1-2018 06:10 PM
bole jadi juara dunia dalam sukan basikal ni.
Quote JokesCop 24-1-2018 08:01 PM
Mcm ni nak legalize marijuana.
Quote Jorja 24-1-2018 11:26 PM
Biasalah budak budak {:smile kalau maut main beskal lajak pun tak apa terus ke sorga
Quote LautBiru52 24-1-2018 11:40 PM
Dulu akak main basikal dekat laman rumah je dik.. Hebat korang smpai ke tgh pekan bwk basikal {:smile
Quote Membercaribaru 25-1-2018 12:38 AM
sepiITUindah: pas tu aksesorinya hon loricam gamppp***g bisingnya

Betulll, dari takde sakit jantung lama-lama boleh ada sebab asyik terkejut ja dengar bunyi hon budak-budak lajak ni
Quote R2D2 25-1-2018 04:23 AM
Selamat bertugas TT,  wartawan CARI dlm board CI.
Quote maplesue 25-1-2018 08:18 AM
sepiITUindah replied at 24-1-2018 05:41 PM
pas tu aksesorinya hon lori
cam gamppp***g bisingnya

Setuju sangat
Quote SWORKS27 25-1-2018 08:35 AM
mak bapak kena main peranan...tengok basikal anak tu sama...kal;au spesis mcm ni...rotan anak2 tu dengan paip getah..
Quote haruslah 25-1-2018 08:45 AM
CiliPadiSedap replied at 24-1-2018 05:28 PM
akak pernah fly dik tp xde lah membahayakan nyawa akak dan masyarakat.

nak lajak tempat la ...

nyawa ade 3 sisi
mcm jumanji
Quote haruslah 25-1-2018 08:47 AM
dulu2 pon org modified beskal dek

besi seat beskal tu tukau dgn batang paip yg lengkuk tu

biar ke blkg sket seat nye

pastu kat handel buh yg moto nye cover depan tu

tp x main lajak2 ni dek

lgpon dulu x byk keta

beskal buat bwk gi skolah jer
Quote azimodin 25-1-2018 10:38 AM
kalau mampos berjemaah lepas berlanggar sesama sendiri xpe, aku xde hal. tapi kalau melibatkan road user yang lain tu yang mendatangkan kemarahan. dorang ni mmg berani mati. kita nak lalu pon dia rilek lagi buat aksi tengah2 jalan. lepas tu tunjuk muka berlagak macam dia bayar roadtax pulak, tu belim lagi yang bawak macam ular kat kawasan perumahan.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.062116 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top