CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Beri Sahaja Duit Atau Sediakan Bekal, Mana Pilihan Ibu Bapa Sekarang?

30-1-2018 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 16905| Komen: 3

Description: Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Minggu ni dah masuk minggu ke 4 persekolahan kanak-kanak dan ibu bapa paling risau. Pada hari pertama sekolah tu bo ...
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Minggu ni dah masuk minggu ke 4 persekolahan kanak-kanak dan ibu bapa paling risau. Pada hari pertama sekolah tu boleh tengok bertapa ibu bapa sanggup teman anak-anak sampai seharian demi nak pastikan mereka selesa. 


Tapi sebagai ibu bapa apa yang kita bekalkan kepada anak kita untuk mereka makan? Duit atau bekal? Perkara ini selalu menjadi isu di kalangan ibu bapa nak pastikan anak-anak dapat makanan yang sihat di sekolah tapi dalam masa yang sama tidak menyediakan mereka bekal makanan yang sihat itu.

Apa pilihan ibu bapa zaman sekarang adakah dengan memberikan RM5 kepada anak untuk makan atau masak pada awal pagi dan sediakan bekal supaya mereka makan dengan sihat. Kalau ikutkan kepada ibu bapa zaman moden ini memang kesibukan kerja itu selalu menjadi penghalang kepada semua perkara bila melibatkan keluarga.


Banyak ibu bapa membuat pilihan untuk memberi mereka duit makan kerana alasan tidak sempat masak pagi dan mungkin tak tahu nak masak apa yang sihat untuk anak-anak. Maha dulu zaman kanak-kanak memang makan bekal yang mak sediakan selalunya makan nasi goreng dan telur mata sebiji. Kadang-kadang bawa mee goreng atau bihun goreng ke sekolah bestnya memori zaman kanak-kanak dulu.

Ibu bapa sekarang ni lagi hebat macam-macam masakan boleh mereka sediakan masak nugget atau goreng saja sosej dan sediakan dengan sayur salad sikit dan sebiji buah. Tapi tu lah kesibukan kerja nak bangun pagi nak siapkan anak-anak dan suami nak masak lagi mana ada masa betul juga.

Tapi bagi ibu yang tidak bekerja adakah mereka menyediakan bekal untuk anak-anak. Memang itu adalah pilihan terbaik kadang-kadang anak-anak tu bawa makanan macam-macam kretif ibu-ibu sekarang ni. Semuanya Google jer dah boleh tahu apa nak masak hehehe.

Tapi kadang-kadang fenomena membawa bekal ini hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Mungkin paling kuat pun 4 bulan sahaja ibu mampu masak sediakan makanan untuk anak-anak. Lepas tu bagi duit juga lah jawapannya. Maha respect ibu yang mampu bertahan sampai hujung tahun untuk sediakan bekal kepada anak mereka. 

Ada kebaikan dan keburukan kepada bagi duit atau bawa bekal ini. Kalau bagi duit mungkin anak-anak membeli makanan yang kita tidak tahu sihat atau selamat. Kadang-kadang mereka sanggup tak beli makanan dan beli barang yang bukan-bukan kat luar sana. Kebaikannya pula mungkin kanak-kanak yang pintar akan makan separuh dan simpan duit lagi separuh untuk tujuan beli apa yang mereka hajati. Biar pun seringgit satu hari kalau setahun dan berapa tu yer.


Kebaikan membawa bekal ni sangat banya yang pertama ibu bapa tahu apa yang mereka sediakan kepada anak mereka dan pastinya makanan itu seimbang dan sihat. Juga ibu bapa boleh kawal kadar makanan yang mereka sediakan kepada anak mereka. Paling menariknya kalau kawan-kawan kat sekolah tu pula saling kongsi berkongsi bekal yang mereka bawa dan situ mengeratkan silatulrahim antara anak-anak dan melatih kemahiran komunikasi mereka.

Paling ketara adalah membawa bekal untuk anak-anak ini dapat menjimatkan ekonomi keluarga. Almaklum ramai yang merungut harga barang mahal dan makanan kat luar sana mahal. Jadi ini sedikit sebanyak menjana ekonomi seimbang.

Kat sini bukan nak katakan yang ini betul dan yang ini salah. Mungkin ibu bapa ada alasan dan sebab kenapa mereka membuat sedemikian. Mereka lebih tahu yang mana lebih baik dan buruk kepada anak mereka. Maha ni hanya sekadar bagi pandangan untuk yang masih baru dan juga ibu bapa muda sekarang. 

Foto Carian internet
Apa pun jom follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau nak lontarkan soalan yang mana tahu nak tanya secara personal. Semoga hidup lebih gembira dan bahagia dengan apa yang kita lakukan.
14

Bagus
24

Marah
10

Terkejut
8

Sedih
11

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahsenget 30-1-2018 06:57 PM
Selalunya masak bekal.tp duit tetap bagi.
Quote fishcracker 30-1-2018 08:44 PM
Breakfast n snacking je bawak bekal..untuk lunch dah order siap2 skola bagi menu,
Quote Rainsack 31-1-2018 11:33 PM
Bella of course {:hooray

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.106238 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top