CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Makanan, Minuman Kesihatan. Buat 'Menghabihkan Bogheh'?

8-3-2018 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4073| Komen: 8

Description: Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian.Sekarang ini bukan asing lagi bagi rakyat negara ini yang mengambil apa-apa minuman atau makanan supplemen untuk kes ...
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. 

Sekarang ini bukan asing lagi bagi rakyat negara ini yang mengambil apa-apa minuman atau makanan supplemen untuk kesihatan atau tenaga. Jenamanya tak perlu disebut, pasti semua maklum, kan. 


Kebanjiran produk ini sebenarnya memang memberi impak kepada masyarakat. Tak salah semua tu kerana ia ada kebaikan tersendiri kepada kesihatan dan memang terbukti bahan herba tempatan ini memang mampu merawat dan mengandungi khasiat kepada tubuh badan.

Foto Iluminasi
Namun, sebagai pengguna tahukah kita akan kesemua produk ini sesuai dengan kita. Kadang-kadang minum 10 botol sekali pun kalau badan tidak boleh terima akan campuran tertentu maka tiada hasil yang kita dapat lihat. Itu yang ada orang bising bila dah amal satu-satu supplemen kesihatan ini tapi tak nampak hasil. Sudahnya beratus-ratus habis duit dikeluarkan. 


Itu yang pentingnya sebenarnya kita kena tahu kehendak tubuh badan kita kepada produk-produk kesihatan ini. Bukan pakai minum je bila tengok iklan best sikit, promosi hangat sikit, kata-kata baik daripada marketing mereka semua kita nak cuba. 

Saya bukanlah pakar kesihatan ini, tapi bila tengok terlalu banyak lambakan produk macam ni di pasaran rasa macam terpanggil untuk bagi pendapat. Bukan takut akan keselamatan tapi takut akan keberkesanan kepada tubuh kita. Jadi pertama sekali sebelum kita ambil satu-satu produk ini, kita kena tahu tubuh kita ini memerlukan apa. Adakah kita mempunyai penyakit atau sekadar perlu kepada supplemen tambahan sahaja.


Bila dah kenal akan kehendak tubuh baru kita tengok produk yang dipromosikan berkaitan dengan apa yang tubuh kita perlukan. Kalau sekadar nak dapat tenaga ekstra atau nak tambah kuat rasa tak perlulah nak bazir dengan beli beratus-ratus ringgit. 

Kita juga kena tahu produk yang dikeluarkan ini adalah produk telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ada tanda logo yang sah dan juga no siri dari kementerian. Produk juga mestilah halal dan dijamin dikeluarkan daripada kilang yang selamat. Kemudian produk yang dijual menggunakan bahan-bahan semulajadi dari sumber alam itu penting. Ini akan memberikan kesan sampingan yang kurang kepada pengguna.

Setiap produk yang diambil ada kesan sampingan sama ada ia kesan baik atau sebaliknya. Jadi kita kena jadi pengguna yang peka dalam memilih produk-produk kesihatan atau supplemen ini. Saya kesian tengok kerana sasaran kebanyakan mereka adalah warga emas dan makcik pakcik yang berada di kampung.

Bila mereka beli produk mahal-mahal tapi tiada hasil kepada mereka tidakkah ia menganiaya pengguna itu sendiri. Orang kampung ini tengok promosi hebat sikit keluar TV, keluar surat khabar semua dah percaya 100 peratus. Bukan nak kata orang kampung ini semua mudah terpedaya tapi kebanyakannya ada jadi mangsa marketing ini.

Foto Carian internet
Jadi kepada peniaga janganlah nak fikir untung sahaja yang paling penting produk adalah berkualiti dan berkesan kepada pengguna. Manakala kepada kita pengguna pula jadilah pengguna yang bijak menilai dan memilih agar yang terbaik untuk tubuh kita supaya tidak jadi mangsa iklan sahaja. Nasihat untuk semua dan diri sendiri. 

Jom follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau nak lontarkan soalan yang mana tahu nak tanya secara personal. Semoga kita selamat dunia akhirat.
38

Bagus
25

Marah
24

Terkejut
16

Sedih
22

Lawak
25

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lollipop111 8-3-2018 07:27 PM
finally, someone has said it ...
Quote nadna 8-3-2018 07:41 PM
Makan je benda sebenar
Quote CardiGans85 8-3-2018 08:29 PM
Seminggu 3-4 kali minum supplement vit c brand Redoxon sbb sy ni x suka mkn buah kcuali strawberry hehehehe... But itu je la. Nmpk kulit jd elok sikit n sy perasan x mudah kena selesema n alergi.
Quote Orix 9-3-2018 08:33 PM
kalau tak busy boleh lar sediakan makanan pelbagai, kalau kaya dan ada bibik lg lah senang... kalo jenis busy duk terperap dlm bangunan dan lunch hour pn sejam kalo keluar 45 minit habis dekat jalan jammed je, mmg terpaksa lah telan supplement lepas mentakedarah... I ambil vit B complex n vit C hari2.. juga collagen.. ahaks! brand fav GNC...

anyway I nak share dlu I mmg jenis tak ambil supplement sebab I jenis penakut telan ubat... every morning akan sneezing dan kerap kena flu dan sore throat... lepas ambil supplement, dah 2 tahun uolss bangun pagi tanpa hidung tersumbat mahupun bersin2... sakit tekak pn dh bertahun tak kena... I rasa sbb sebelum ni I kurg vit C... dlu I ambil 1000mg skrg telan yg 500mg je sehari sbb everyday perah lemon buat lemonade+honey...
Quote chinta89 11-3-2018 08:44 AM
kalau produk2 local, iols x percaya.
so far iols selalu demam. pantang kena debu habuk2, kena panas sikit2 je, tempias hujan etc... sure demam 2 minggu. ubat utk klinik mmg habis byk.

then i consume vitamin c brand 21 century.

blm habis sebotol, iols lbh ok. sebotol tu bukan hbs sebulan atau 2 bulan.  (setiap botol kalau x silap 30 atau 50 atau 60 biji; jadi sehari sebijik dlm 1 bulan atau  2bln bolehhbs).

iols mkn 3 bijik je seminggu. Alhamdulillah, batuk, selsema, demam payah nk hinggap.

kalau rse mcm nk selsema, batuk, demam, iols makan vitamin c hari2 InsyaAllah x melarat.

maybe i ni kategori makan supplement sebagaimana diperlukan badan. utk org lain yg makan tanpa mengetahui keperluan tubuh, xtahu lah iols.

kawan2 iols ramai yg jual Shaklee dan 4Life.. xtau iols deols telan bermacam2 pil tu utk ape. keperluan atau sekadar gaya hidup..
Quote CiliPadiSedap 11-3-2018 10:38 AM
badan kaka sesuai produk LV
Quote najib888 11-3-2018 11:19 AM
Jaga2.. Aku penah keracunan vitamin C. Kesannya, kena batu karang pundi kencing.
Quote alesandra 11-3-2018 11:35 AM
abg aku tak bagi mak aku minum LEGA.. profeser kat tempat keje dia kata boleh rosak usus perut

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.184157 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top