CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Malulah, Penjual Tudung Tapi Perangai Macam Samseng

11-6-2018 03:58 PM| Diterbitkan: Cari-Zidni| Dilihat: 8142| Komen: 26|Original author: Oleh: Whitney

Description: Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masih ramai lagi yang sedang membuat persiapan di saat akhir untuk mendapatkan pakaian dan barang-barang keperluan ...


Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Masih ramai lagi yang sedang membuat persiapan di saat akhir untuk mendapatkan pakaian dan barang-barang keperluan menyambut lebaran.

Di saat orang ramai yang memenuhi pusat bandar dan kedai-kedai, para peniaga turut menawarkan pelbagai promosi bagi menarik pembeli untuk datang ke kedai mereka. Tetapi, yang menyedihkan apabila ada peniaga yang memberi layanan buruk kepada pembeli. Ini  berikutan status yang dinaikkan oleh seorang pengguna facebook yang tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh seorang penjual. 


Akibat salah faham dengan perkataan 'lapar' dengan 'tampar', penjual itu terus mengamuk dan mengacukan batang besi penyangkut baju sehingga terkena bahu isterinya.


Lelaki ini dan isterinya berasa tertipu dengan penjual tersebut malah kejadian tersebut telah menjatuhkan maruah mereka
.


Disebabkan rasa terancam dengan ugutan penjual tersebut, lelaki ini membuat laporan polis agar perkara yang tidak diingini berlaku.
Penjual tersebut menghalau lelaki itu dan isterinya menggunakan batang besi penyangkut baju sambil memarahi mereka. Bulan puasa pun nak gaduh!


Sebelum ini, lelaki ini dan isterinya tidak nampak notis ini dipamerkan dan dikatakan baru sahaja diletakkan di tempat tudung tersebut.


Mereka juga turut melaporkan hal ini kepada pihak KPDNKK kerana penjual gagal mempamerkan harga dan polisi kedai serta tidak diberikan resit pembelian.


Netizen bersetuju bahawa pelanggan sentiasa benar dan perlu diberi hak yang sepatutnya. Ini kerana, menurut kebiasaan, barang yang sudah dibeli masih boleh ditukar asalkan disertakan dengan bukti pembelian dan dalam tempoh yang dibenarkan sahaja.


Betul juga komen netizen ini. Sebagai penjual, kenalah banyak bersabar dengan karenah pelanggan dan perlu bertolak ansur. Jika pelanggan hendak menukar barang, tidak salah untuk membenarkannya. Jika pelanggan berpuas hati dengan barang yang dijual dan layanan penjual juga bagus, sudah pasti pelanggan akan datang lagi ke kedai tersebut.

Bagaimanapun, sebenarnya ia hanya salah faham antara penjual dan pembeli. Netizen ini biasa membeli dikedai tersebut dan sudah tahu bahawa barang promosi memang tidak boleh ditukar. Jika pembeli tahu lebih awal tentang polisi tersebut, mungkin perkara sebegini tidak akan berlaku.

Di bulan yang mulia ini, masing-masing perlu menjaga adab dan percakapan agar tidak menimbulkan kejadian yang tidak diingini. Penjual sepatutnya perlu bertoleransi dengan pembeli dan tidak bertindak kasar. Apa pendapat kalian? - CARI 
9

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 11-6-2018 04:18 PM
kowser lah dek. setakat tudung jah. apa ko hengat org meniaga tudung ni alim2 belako la? dhtu tukar bukan sebab ada kerosakan ke apa, ni sbb nk tukar warna. sah2 salah ko dekkkkk awal2 asal tak decide warna yg ko betul2 nak.
Quote nazzse 11-6-2018 04:21 PM
Kedai kemboja lah ni..berlambak kedai bangsa ni dkt situ, peniaga bkn main poyo lagi layan customer
Quote munchkin 11-6-2018 04:23 PM
Hmmm. Atas budi bicaralah. Tudung pun nak gaduh.
Quote EvieWanKenobi 11-6-2018 04:36 PM
takut pulak nak tukar2 barang lepas ni..
Quote Catpaw 11-6-2018 04:44 PM
Baguslah dah kena saman, buat pelanggan macam hape tah. Layan la elok2
Quote salmon-suki 11-6-2018 06:32 PM
Y pakai tudung pn blm tentu alim,pakai tudung sbb niaga tudung,pkai tudung sbb terpaksa pun ada...ni kn plak org meniaga...tp part xley tkr tu mmg x ptt ler,mujur ler org ni btindak report polis...
Tp y wife dia ni,time beli tu xkn ler x try dlu before bayar and decide...pstu gigih plak nk tkr warna tudung tu?x decide betul2 ke?hmmm....
Quote rogayahtop 11-6-2018 08:14 PM
ramai dik pompuan mcm ni. yg keje retail tu pun kadang2 mengaku owner nak tunjuk lagak. tu pasal lagi sronok shopping tudung mahal time sale lol. kalau ariani tu staff still reti nak senyum2.

Quote imransulaiman 11-6-2018 08:24 PM
Kena saman ke? Kalau kena saman, bagus! {:good
Quote miss_baby 11-6-2018 09:37 PM
padan muko kena serbu..
mek kemboja la ni kot
kecek kelate tok reti kecek bm depa ni
Quote SLAManya 11-6-2018 11:08 PM
Rm15 pun nak tukar pastu provoke orang tu lapa duit rm15 ko... kalau i pun membaran
Quote mjla 11-6-2018 11:52 PM
Muko putih
Bawah busuk hati busuk
Nok menago apo lagu nie
Quote moonbug 12-6-2018 12:21 AM
Magik nya, before start baca aku dah teka ore Kelate ke seller tu. Betul rupanya {:childlike
Quote buapakperut 12-6-2018 01:16 AM
moonbug replied at 11-6-2018 04:21 PM
Magik nya, before start baca aku dah teka ore Kelate ke seller tu. Betul rupanya {:childlike

sama lah. sorry to say penah few times nampak kes gini kat klate and memana negeri yang pekerja/peniaga/costumer klate and terus tawar hati dengan orang klate. why cepat sgt baran.bulan pose ni mek lapa ka
Quote buapakperut 12-6-2018 01:17 AM
Alais replied at 11-6-2018 12:43 PM
mana boleh tukar

sebab warna

tapi sheols boleh ke tidak sebenarnya cakap elok2 tanpa teriak dan besi.
Quote ladybugz 12-6-2018 01:33 AM
X phm betul org meniaga berlagak. Dr pakaian sampai ke makanan dh byk kali jumpa org2 mcm ni. Pelanggan dtg bawak rezeki kenapa berlagak n bermasam muka? Patutnya rasa seronok org dtg. Byk kali terkena bila pegi restoran dan kedai2 di pantai timur. Mcm satu bala atau masalah plk bile kite pergi ke kedai diorg. Dan bukan org melayu jek.. chinese pun byk. Ape punye mindset la. Org nk berniaga die pun nak tapi xde etika
Quote missinpiece 12-6-2018 06:28 AM
ladybugz replied at 12-6-2018 01:33 AM
X phm betul org meniaga berlagak. Dr pakaian sampai ke makanan dh byk kali jumpa org2 mcm ni. Pelang ...

Org berniaga sekarang mmg mcm tu. X mcm dulu layan customer elok2. Elok2, bukan mcm raja ok. Supplier iols kebanyakan chinese bermacam ragam. Tau pulak membodek nk dpt order, servis ke laut. Kalau melayu lagi la...diorg ni xtau pe namanya appointment kot. Dah pesan byk kali sebelum dtg call/msg bagitau. Bila kita tanya2 baru reply. Janji petang  tunda maghrib last2 meroyan dpn umah keesokan pagi coz org xde. Hape ingat org bertunggu tangga 24 jam x pegi kedai x pegi keje?
Quote missinpiece 12-6-2018 06:36 AM
Mana2 yg buat muka menyombong memang malas nak berlama2 dlm kedai tu. Kalau yg bermulut manis tu nak jugak iols beli selai dua. Tudung selalu beli yg murah sebab malas datang tukar dah.
Pernah amik kt kwn mak iols dekat rm50 selai, mtk saiz s dpt m. I kecik je so jd jubahla tudung tu. Nk pulang x boleh kena tukar dgn pilihan terhad. So terperuk jela tunggu alter tah bila
Quote Redvine 12-6-2018 07:06 AM
Mark & spencer pun bg kalau nk tukar balik barang..boleh tukar dalam masa 14 hari selepas beli...ni kedai cikai cabuk mana x boleh tukar pulak...boikot je lah peniaga yg tau nak untung mcm ni..
Quote paz 12-6-2018 08:02 AM
Bukan main akak tu kekwat yer. Padan muka dah kena serbu.

Pengguna bijak, complaint tempat yang betul.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061413 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top