Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Menu Wajib Pagi Raya, Kuah Kacang Simple. Jom Cuba Resipi Mudah Ini

Oleh: Faizal|14-6-2018 01:18 PM Komen: 3
Di pagi raya, kuah kacang adalah antara menu yang boleh nak tinggal. Kuah kacang makan dengan ketupat ataupun sate memang terbaik.!



Tips hasilkan kuah kacang simple tapi marvelous:

1. Goreng tanpa minyak dahulu kacang tanah. Bila sudah masa, jangan buang kulitnya. Ketika kisar, jangan kisar terlalu halus.

2. Untuk dapatkan kuah kacan yang cantik, tambah gula perang atau gula merah untuk nampakkan warna coklat dan gelap.

3. Jangan terlalu banyak air. Lebih pekat, lebih sedap.

Jom cuba resipi kuah kacang yang simple ni hasil perkonsian dari Puan Ruziati Amat Sarbini di laman Facebooknya.

Menu wajib pagi raya. Kuah Kacang Simple. Jom Cuba Resipi Mudah Ini


Resipi Mudah Kuah Kacang

Bahan-bahan

1kg kacang tanah digoreng tanpa minyak
500-600g gula kastor
200g gula melaka/merah
3 sudu makan udang kering
2 setengah sudu garam halus
3 biji bawang besar saiz 50sen lama*
4 ulas bawang putih*
4 batang serai*
1 inci lengkuas*
1.5L-2.-L air
3 senduk cili kisar
1 senduk minyak masak
Segenggam asam jawa yang kemudian dibancuh pekat dengan air

Cara-cara

1. Kisar bahan yang bertanda *

2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar dan udang kering tumbuk. Tumis hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Tunggu sehingga pecah minyak kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan juga air. Gunakan api sederhana kecil untuk memastikan cili kisar pec minyak.

3. Tambahkan air asam jawa, gula putih, gula perang, garam dan air selebihnya. Masak dengan api perlahan dan kacau sekali sekala. Jika kuah kacang anda terlalu pekat, tambahkan sedikit air.

4. Masak dalam 1-2jam dengan api yang perlahan sahaja. Biarkan kuah kacang bertukar menjadi warna gelap, nampak berminyak dipermukaan barulah sedap. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dimakan.

Untuk makan dengan nasi impit atau sate memang terbaik kan? Selamat mencuba! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
14
Terkejut
5
Sedih
15
Lawak
11
Bosan
9
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote icha80 26-6-2018 09:18 PM
Letak ayam makan ngn nasi himpit pun sedap

Lain-lain Komen

Quote mesmerize 18-6-2018 09:00 PM
ai punya sambal kacang cuma cili kisar, bawang merah , bawang putih dan halia kisar tumis dengan seinci belacan sampai pecah minyak. pasrtu masukkan serai yg diketuk n kacang tumbuk yang dibeli dikedai sajork. masak lama guna api kecik .. 2-3 jam. masuk garam, gula melaka bersaiz kecil satu, gula kalau tak cukup manis. tu je.  
Quote misscendol 25-6-2018 11:23 AM
mesmerize replied at 18-6-2018 09:00 PM
ai punya sambal kacang cuma cili kisar, bawang merah , bawang putih dan halia kisar tumis dengan sei ...

Macam senang je cara sis buat ni
Quote icha80 26-6-2018 09:18 PM
Letak ayam makan ngn nasi himpit pun sedap

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top