CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cekik Orang Hanya Kerana Disuruh Alih Kereta

14-3-2019 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9998| Komen: 60

Description: Seorang lelaki hilang sabar hanya kerana disuruh mengalihkan kenderaannya hingga bertindak di luar kawalan.
Seorang lelaki hilang sabar hanya kerana disuruh mengalihkan kenderaannya hingga bertindak di luar kawalan.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku berhampiran sebuah masjid di Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6 petang pada Selasa lalu.


Difahamkan, Honda Civic suspek menghalang kereta Proton Savvy mangsa untuk keluar dari kawasan berkenaan.



Bagaimanapun, suspek yang sedang bersembang dengan seorang wanita di situ tidak mempedulikan permintaan mangsa untuk mengalihkan kenderaannya.

Menurut sumber, tindakan mangsa sekali lagi meminta suspek mengalihkan kenderaannya membuat lelaki itu naik berang dan menengking mangsa.




Suspek juga bertindak agresif dengan membuka pintu kereta mangsa sebelum mencekik dan meletakkan lutut di dada mangsa.

“Mangsa keluar dari keretanya, namun ditumbuk lelaki terbabit pada bahagian muka.

"Mangsa yang pening akibat serangan itu memeluk lelaki terbabit dari arah belakang, namun terus ditumbuk suspek berkali-kali.



"Sebelum beredar, lelaki itu sempat mengambil gambar kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Sejurus kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Damansara, Petaling Jaya, untuk tindakan lanjut.


Kredit foto: FB

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - CARI
2

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 234126 14-3-2019 04:51 PM
Dah orang suruh alih, alih je la.orang nak keluar kot ingat byk masa nak menunggu yg block terhegeh hegeh
Quote msdummy.2018 14-3-2019 04:52 PM
Org skrg mental.. Sndr slah sndr nk cekik orang
Quote chandrahusin 14-3-2019 04:53 PM
alih kan je la keta
lapang je pun kawasan tu

aku pun kena tghari tadi
aku nak keluar dari parking
mintak alihkan keta depan keta aku
boleh plk bdk tu ketawa2 becakap kat telefon
berlengah2
aku dh la kejar masa nak ambik anak keluar sekolah
Quote MMlava 14-3-2019 04:54 PM
ada koyak soft tissue tak???



Quote saviour_09 14-3-2019 04:56 PM
belum kena buku dengan ruas
boleh la menongkat langit

tunggu
Quote MMlava 14-3-2019 04:57 PM





Quote prettyuglybabe 14-3-2019 04:59 PM
sebelah tu kosong pun nak jugak block kereta orang..
Quote kroit92 14-3-2019 04:59 PM
saviour_09 replied at 14-3-2019 04:56 PM
belum kena buku dengan ruas
boleh la menongkat langit

kan, aku kalau tersempak dengan orang-orang kuang ajo ni, aku senyum je
sebab dah banyak kali tengok, diorang gali kubur sendiri sebenarnya perangai camtu,
pandai buat masalah, pandai tanggung ler,
mesti bertemu dengan ruasnya, kito tunggu dan gelak je
Quote jfq 14-3-2019 05:10 PM
Ramai sgt yg saiko skrang ni
Cepat sgt triggered
Quote giyomi 14-3-2019 05:49 PM
melampaunya...nak tunjuk samseng lar tu, besok bila polis datang, menikus lari
Quote Artemesiaa 14-3-2019 06:16 PM
Mesti dah dibagitahu elok2 tetap tak bergerak kena yang baran hilang sabar makan cekiklah jawabnya.  Sekarang ni ramai je jenis macam ni selfish dah mintak tolong alih pun masih buat pekak.  Satu lagi kalau tengah menunggu dia keluar dari lot pakir.  Saja je dia buat lambat belek phone belek muka mencekek dulu baru nak gerak keluar.  
Quote baghal_bortuqal 14-3-2019 06:34 PM
Tunjuk je la no plate.

Terbaik ialah kereta Civic tu dirabaikan terus
Quote ms.mango 14-3-2019 07:18 PM
Bencinya manusia yg suka tujuk gengster. Dahlah menyusahkan org tu dipukul lak lagi. Buat malu je..
Quote missDollie 14-3-2019 07:19 PM
Provok kot ni..tengok butir pengadu pekerjaan tidak bekerja..hmmm..
Quote aijinmisaki 14-3-2019 07:44 PM
Engko dah la block orang pastu nak cekik orang pulak. Babi macam ni patut mampos je.
Quote yayah8989 14-3-2019 08:29 PM
Otak kat mane ek??
Quote che-cikL 14-3-2019 08:31 PM
Brader tu COD ke kat masjid tu? Patutnya dia block je lah kereta dia nk borak tu. Pastj borak lah sampai 5 waktu pun
Quote tungkai 14-3-2019 08:43 PM
Alihkan aje lah..Ko ingat orang lain ikut ko punya timing ke nak lenggang kangkung..Buduhhh
Quote ctaz 14-3-2019 09:47 PM
org mcm ni yg patut dibenam kan kat dalam sungai kim kim.....

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062311 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top