CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Bunuh Semua Muslim!" - Selepas Christchurch, Lelaki Mengamuk Di Heathrow

18-3-2019 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11339| Komen: 91

Description: Lelaki berusia 50 tahun ditahan dalam kejadian serangan dipercayai bermotifkan Islamofobia di Stanwell, Surrey.
Lelaki berusia 50 tahun ditahan dalam kejadian serangan dipercayai bermotifkan Islamofobia di Stanwell, Surrey.


Menurut laporan The Sun, kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta di pasar raya besar Tesco berhampiran Lapangan Terbang Heathrow.



Menurut polis, suspek dikatakan melaungkan kata-kata "bunuh semua Muslim" ketika menyerang seorang remaja di taman berkenaan.

Difahamkan, kes dikategorikan sebagai percubaan membunuh sebelum polis menyiasatnya sebagai kes serangan pengganas.

Kejadian ini berlaku selepas tragedi berdarah yang meragut 50 nyawa di Christchurch, New Zealand.


Polis Surrey menerima panggilan kecemasan jam 10.30 malam pada Jumaat selepas penduduk setempat melihat seorang lelaki memegang kayu pemukul besbol dan pisau bertindak agresif sambil menjerit kata-kata berunsur perkauman sebelum seorang remaja ditikam.

Menurut laporan, lelaki itu mendekati sekumpulan anak muda di kawasan letak kereta Tesco dan bertanya salah seorang daripadanya; "Kamu ingin mati? Kamu akan mati" sebelum menyerangnya dengan sebilah pisau.


Kredit foto: The Sun

Remaja berusia 19 tahun yang cedera akibat ditikam di tangan itu berjaya melarikan diri ke McDonald's berhampiran sebelum polis dan ambulans tiba. - CARI
1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 18-3-2019 01:40 PM
sudah berjangkit
mereka ini tiada kerja lain mahu buat kah ... di tempat ini ada freshie michael jackson pun tidak kenal ......
Quote haryatie 18-3-2019 01:43 PM
da berjangkit pulakk
seram nyaa
Quote zulka 18-3-2019 01:46 PM
dan byk lagi bakal tiba..
Quote bangcak 18-3-2019 01:47 PM
Islamophobia yg kuat mengamuk mcm nih elok dihantar ke malaysia.
Kita bagi dia tugas kejut subuh.
Tolong amuk depan rumah2 org yg liat subuh di surau/masjid.
Quote nurrlisa 18-3-2019 01:52 PM
Inilah side effect beragama. Pengikutnya bermusuh kerana sikap holier than thou. Mungkin kalau penganut agama tidak terlalu mendabik dada bahawa mereka saja lah masuk syurga, tiada permusuhan berlaku. Namun semua pengikut agama sentiasa merasakan mereka lah yang benar dan masuk syurga, termasuklah muslim yang tak habis habis mendoakan orang lain masuk Islam kerana mereka lah yang benar.  
Quote chacon 18-3-2019 01:53 PM

si tua ni berkokok tempat sendiri boleh lah. cuba pergi afganistan or syria tengok. nak tengok sempat tak ko laung bunuh semua muslim


Quote duri_durians 18-3-2019 02:05 PM
nurrlisa replied at 18-3-2019 01:52 PM
Inilah side effect beragama. Pengikutnya bermusuh kerana sikap holier than thou. Mungkin kalau penga ...

paling geram bila ada non-muslim buat baik, akan adalah komen-komen semoga diberikan hidayah masuk Islam, masuk syurga.

bila orang tegur dia boleh cerita pulak kalau tak masuk Islam dorang jadi kayu api neraka...

perlu ke? niat dah baik tapi cara tu tak kena langsung. promosi kebaikan bukan ganjaran yg kita sendiri taktahu dapat ke tidak. nak cakap pasal syurga neraka seolah dah tahu diri sendiri masuk syurga.
Quote Choc-chip 18-3-2019 02:06 PM
Betullah... Dah start berjangkit dah ni...

Tanda2 akhir zaman pun ye jugak...

Hanya mampu berdoa supaya kita semua selamat...
Quote nurrlisa 18-3-2019 02:08 PM
duri_durians replied at 18-3-2019 02:05 PM
paling geram bila ada non-muslim buat baik, akan adalah komen-komen semoga diberikan hidayah masuk ...

Betul tu. Tak cukup dengan tu, mereka kesian pulak dekat orang buat baik, kesiannya buat baik akhirnya masuk neraka kerana bukan Islam. Do we know? Jangan lah melebihi Allah. Itu sebab orang naik meluat. Kita heran pulak kenapa muslim di meluat.
Quote nurrlisa 18-3-2019 02:10 PM
Hakikatnya tiada seorang pun lagi orang mati yang pulang dan kata, betul lah, I dah jumpa Tuhan, kita benar yahoooo! Jadi berbuat baik saja lah, dan serah yang lain pada Allah.
Quote cutieslilies 18-3-2019 02:12 PM
duri_durians replied at 18-3-2019 02:05 PM
paling geram bila ada non-muslim buat baik, akan adalah komen-komen semoga diberikan hidayah masuk ...

yesss..betul ni...

x perlulaaa dok ulang2..semoga diberi hidayah... contoh mcm uncle kentang tu...

dia x masuk islam pun dah buat amal kebajikan...yg mengkomen lak sesuka hati nak tarbiyah uncle tu semoga diberikan hidayah...patutnya cermin diri sendiri.. patutnya dah islam lama...ko dah berhidayah..boleh buat lebih dari uncle tu.... ehhhh ni dok komen jaa memanjang...


meluat aku...


Quote MMlava 18-3-2019 02:14 PM
nurrlisa replied at 18-3-2019 02:10 PM
Hakikatnya tiada seorang pun lagi orang mati yang pulang dan kata, betul lah, I dah jumpa Tuhan, kit ...

tunjuk bodoh lagi kau ni
njir





Quote hyie 18-3-2019 02:42 PM
meols pernah terbaca ya, kat bod keagamaan, suatu ketika dulu...tak silap abg/akak @Ajinomoto ke apa entah nick heshe...heshe cakap, tak semestinya non-muslim akan masuk ke neraka, semuanya bergantung pada keredhaan Allah. Gitu la yang iols ingat...relevan je point dia

cumanya, iols tak faham yang dah lahir2 je muslim ni, suka noo ejek2 kafir masuk neraka bla3...fefeeling dia suci syumul ahli syurga sangat
Quote brego 18-3-2019 02:43 PM
nurrlisa replied at 18-3-2019 01:52 PM
Inilah side effect beragama. Pengikutnya bermusuh kerana sikap holier than thou. Mungkin kalau penga ...

kira dia mengamok sebab tak dapat masuk sorga ke acaner?



Quote famri7 18-3-2019 02:48 PM
Like i said...saya berani kerat konek...ummah isle lokalista tidak akan menjaga gereja atau tokpekung jika benda sama berlaku kepada mereka....disini saja nampak siapa yangg amalka agama keamaman..siapa yang amalkan amalkan ego sendiri...yang sedihnya yang jd mangsa the real muslims yang amalkan ajaran sebenar dan live in harmony..
Quote pokaibanktokyo 18-3-2019 02:48 PM
Lagi sekor kafir dari bangsa hamba abdi jadi terrorist

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.065690 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top