CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelantikan Vivy Yusof Bawa Manfaat Besar - UiTM

28-5-2019 10:16 AM| Diterbitkan: MoFirdaus| Dilihat: 5042| Komen: 23|Original author: Oleh: Mo Firdaus

Description: Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melantik usahawan fesyen Vivy Sofiana Yusuf sebagai anggota Lembaga Pengarah UiTM, institusi itu sebaliknya bersikap positif.UiTM berkata, pelantikan Vivy sebaga ...

Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah melantik usahawan fesyen Vivy Sofiana Yusuf sebagai anggota Lembaga Pengarah UiTM, institusi itu sebaliknya bersikap positif.

UiTM berkata, pelantikan Vivy sebagai anggota Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun itu dapat mendorong serta memacu pusat pengajian tinggi terbabit untuk kekal relevan sebagai hub keusahawan di peringkat pendidikan tertinggi.

"Pelantikan Vivy Yusof ini dijangka akan menyuntik idea baru untuk menggalakkan keusahawanan dengan lebih berkesan dan memberi inspirasi pada peniaga baru dalam kalangan warga UiTM terutama pada pelajar," katanya dipetik MalaysiaKini.

Naib Canselor UiTM, Prof Mohd Azraai Kasim percaya bahawa jenama dan produk dari universiti itu akan berada di mata antarabangsa melalui pelantikan Vivy.


Foto: Facebook
"Saya percaya bahawa universiti akan mendapat manfaat yang besar daripada pengalaman Vivy sebagai usahawan wanita yang berjaya.

"Kami berharap untuk bekerjasama dengannya dalam usaha meningkatkan dan mengembangkan capaian keusahawanan UiTM dalam ekosistem global dan tempatan, katanya.

Pengumuman yang dikongsi dalam Facebook UiTM semalam dibanjiri pelbagai komen dari warganet dengan mengucapkan tahniah dan ada juga yang mempertikaikan kredibiliti Vivy untuk menggalas tangunggjawab tersebut.


Pengkritik berpendapat bahawa ramai lagi yang layak berbanding Vivy, termasuk dalam kalangan ahli akademik.

Menurut Asianentrepreneur.org, Vivy merupakan graduan undang-undang dari Sekolah Ekonomi London sebuah institusi pengajian terkemuka dunia di England.

Dalam dunia keusahawanan, Vivy banyak memenangi anugerah termasuk Bella Business Award 2013, Women's Weekly Malaysia's Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015 dan 60 Wanita Inspirasi Nona.

Pada tahun 2017, Vivy disenaraikan oleh majalah Forbes sebagai seorang daripada 30 tokoh muda berpengaruh di Asia.-CARI

Bagus
4

Marah
5

Terkejut

Sedih
4

Lawak

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 28-5-2019 10:47 AM
Elok la.
Semua yang berkaitan ngn pendidikan bg kat artis2 or instafamous.
Pastu bile motivasi, tunjuk la org yang kete besar2, sbb itu target utama belajar.
Nk jadi famous and nk jadi kaya.
Padan la bdk2 skrg mcm setan perangai
Quote RatuDunia94 28-5-2019 10:53 AM
Knp x lantik lopa sekali?
Quote hyie 28-5-2019 11:03 AM

hajah belajar degree tak habis...tiberrrr dia blaja abes ke tak eh yang kat kolej swasta tu? btw, cukuplah hajah jadi BOD kat AA jah..
Quote azradila 28-5-2019 11:08 AM
tahniah tinbo
Quote Bangku 28-5-2019 11:10 AM
macam tak kena je...tak de org lain yg layak kah???
Quote HannahMontana 28-5-2019 11:13 AM

sebab lopak menari pun xikut  rentak ,terlebih laju ,dari sepatutnya berada di centre tiba-tiba ke tepi terganjak sana sini ,jahannam tarian

Apatahlagi jika di lantik jadi board  nanti dia pula gi jadi pengarah  .
Quote HannahMontana 28-5-2019 11:13 AM
muka vavi ni macam anjing laut .Dan dia banyak aura menipu. Jongos suami dia aku sedikit pun xrespect.
Quote vee_zara 28-5-2019 11:52 AM
Indon kan. Kalau dgn jantan ya mas ya massss... lembut sungguh. Kalau dgn mak mertua perangai mcm taik. Kuat berlakon. Kuat menipu. Kalau tak pndai berlakon or tak pandai guna2 bukan org indon namanya
Quote gujiwa 28-5-2019 12:18 PM
3 tahun je uols.. bukan selama2x nye.. hihiihihihih..
Quote tunkoo 28-5-2019 12:19 PM
rezeki dia. mungkin dah tak de calon yang lebih baik buat masa sekarang
Quote otacon 28-5-2019 12:27 PM
Siapa ajk yg pilih dia ni?
Quote apam 28-5-2019 12:31 PM
vee_zara replied at 28-5-2019 11:52 AM
Indon kan. Kalau dgn jantan ya mas ya massss... lembut sungguh. Kalau dgn mak mertua perangai mcm ta ...

O yeke sis? Biasa jenis guna-guna macam mana sis?
Quote helicornia 28-5-2019 01:25 PM
vee_zara replied at 28-5-2019 11:52 AM
Indon kan. Kalau dgn jantan ya mas ya massss... lembut sungguh. Kalau dgn mak mertua perangai mcm ta ...

ko cakap pasal sapa ni
Quote keds 28-5-2019 02:43 PM
Banyak betul cerita yang sama .. next!
Quote cm_vungtau 28-5-2019 03:01 PM
Masalah instafamous ni ialah apa yang diorang cakap atau potray tu entah betul entah membohong. Pastu kejayaan diambil kira berdasarkan jumlah follower pulak.
Quote vee_zara 28-5-2019 05:39 PM
apam replied at 28-5-2019 12:31 PM
O yeke sis? Biasa jenis guna-guna macam mana sis?

Silap thread la i reply hhahaha kenapa dgn forum ni...mcm ada technical prob je
Quote auntie_girl 28-5-2019 06:21 PM
Besok duck baru nak launch. Apa ig ke fb siapa yg melantik vivy ; meh sini nak prepare tag siap2 kalau website FV tu down
Quote singajantan 28-5-2019 06:52 PM
Senangkan...anak orang kaya ..kabel besar...buat biz dpt sponsor besar2..

Cuba anak org miskin ..mampus nak dpt sponsor...ramai lg anak oramg biasa2 yg bermula dr bawah dn dpt biz yg meletop
Quote Victorioussss 28-5-2019 06:53 PM
Adakah harga stapler kt koperasi kampus akan melonjak rm80 seketul?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.221989 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top