CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

"Sesibuk Manapun, Pelik Orang Melayu Tak Tau Hari Raya Bila" - Iklan Raya Dikritik Tak Logik

29-5-2019 11:47 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 12074| Komen: 86|Original author: Oleh: Azza

Description: DEGUP RAMADANMenjelang Syawal, banyak syarikat gergasi berlumba-lumba untuk mengeluarkan iklan raya bagi menyampaikan mesej tersendiri. Namun sejak kebelakangan ini, trend iklan raya turut diikuti ole ...


Menjelang Syawal, banyak syarikat gergasi berlumba-lumba untuk mengeluarkan iklan raya bagi menyampaikan mesej tersendiri. Namun sejak kebelakangan ini, trend iklan raya turut diikuti oleh syarikat lain kerana mengetahui impaknya terhadap jenama masing-masing. Insta Famous, Syafiqah Aina turut tidak ketinggalan menerbitkan iklan raya bertajuk Impian Aidilfitri yang berdurasi 10 minit 40 saat.

Menjadikan dirinya sebagai watak utama serta menampilkan pelakon berkarektor, Wan Maimunah yang memegang watak ibunya, Aina dilihat membawa mesej pentingnya beraya bersama keluarga.

Memahami ianya adalah iklan raya pertama, tema 'cliche' yang memaparkan sikap lupa daratan anak terhadap ibunya masih boleh dimaafkan. Namun terdapat beberapa adegan yang tidak logik membuatkan warganet mengkritik penghasilan video raya yang sekadar tangkap muat ini.





Antara yang diperkatakan oleh netizen ialah watak ibu yang dipegang oleh Wan Maimunah tidak kena kerana faktor umurnya yang jauh dengan Aina membuatkan ramai menyangka yang Wan adalah neneknya.

Selain itu, adegan yang memaparkan Aina menelefon pekerjanya mengingatkan tentang mesyuarat juga dipertikaikan kerana ia adalah Hari Raya. Mustahil Aina terlalu sibuk hingga tidak perasan ianya adalah hari kebesaran umat Islam. Tetapi, bagaimana pula dengan ingatan daripada suaminya? Terlalu sibuk kah urusan Aina hingga lupa perbezaan antara Ramadan dengan Syawal?


Kredit foto: IG

Kredit foto: Youtube

Dengan 'storyline' yang terlalu biasa ditayangkan di kaca televisyen membuatkan warganet menyatakan tiada pembaharuan ditunjukkan oleh iklan raya ini. Kesedihan hanya terjadi apabila watak ibu teraniayai dilakonkan dengan jayanya oleh Wan Maimunah.

"Bebalnya raya pun tak tahu, dah tentu malam puasa pun dah start bunyi mercun berdentam-dentum. Dia duduk kat gua ke?"

Bagaimanapun, tidak semua berpendapat yang iklan 'cliche' tidak menarik. Ini kerana masih ada warganet yang merasakan kejadian orang yang terlalu sibuk dengan kerja hingga terlupa Hari Raya tetap ada. Atau kita boleh berhusnuzon dengan situasinya yang mengandung, jadi tidak berpuasa di bulan Ramadan hingga terlupa menyambut Syawal. Begitu juga sikap kasarnya dengan ibu sendiri adalah realiti yang cuba dipaparkan menerusi visual. Sememangnya wujud insan sebegini yang tidak mempunyai hati dan perasaan.


Kredit foto: IG

Jadi, apa pendapat anda? Iklan raya yang 'cliche' atau watak itu sendiri yang mengada-ngada? - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • realist_13


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haryatie 29-5-2019 11:57 AM
x logik org lupa raya
lupa posa ada lah
tmbah2 zmn sekarang
handphone sentiasa kt tgn
semua maklumat dihujung jari
lagi pun kalau ada company sendiri, ada staff..staff semua pekak n bisu apa
x kan x berckp psal nak sambut raya
lain la kalau org tu gile..mmg x tahu apa
siang, malam, raya x raya sama jerk kat dia

Quote LautBiru52 29-5-2019 11:59 AM
Ala netizen ni pun rilek la. Lain la drama pengarah terkenal ke ape ke. Setakat iklan instafamous je kot. Kira ok la ni
Quote Artemesiaa 29-5-2019 12:03 PM
Duduk kat Malaysia tak ingat bila raya amat tidak munasabah kalau lupa posa ramai.
Quote TravellingBear 29-5-2019 12:04 PM
Ha ahh . Betul cakap @haryatie .. golongan mental illness yg dlm dunia dia tersendiri je yg tak prasan raya bila, tu pon ada je golongan mental illness yg alert pasal raya jugak!
..... bukan stakat schizo/bipolar je termasuk org2 yg depression, ada disorder, stress, manic , etc

Selain drp tu... hem . Mmg dah tahu la bila raya
Quote AbukRokok 29-5-2019 12:08 PM
aku rasa betul kot iklan ni.... set2 ni yg triggered bila org asyik cuti je
Quote MsCinderella 29-5-2019 12:25 PM
raya pertama...boss aku telefon confirm aku x angkat call


haha
Quote insulin 29-5-2019 12:27 PM
Haha. Dah namanya iklan. Semuanya rekaan.
Quote Simunggu 29-5-2019 12:40 PM
memang ada melayu yg westernise tak puasa, solat jauh sekali, raya kemungkinan besar tak tahu bila..logik iklan ini....Islam tak Islam, kapir tak kapir...
tapi kalu ikut watak utama pakai tudung mustahil westernise...contradict pula..




Quote nabila11 29-5-2019 12:41 PM
Haha. Masa nonton iklan ni terfikir gak xlogik langsung xtau dah raya. Tp xpela hiburan semata walaupunn
Quote palmolive 29-5-2019 12:42 PM
kampeni dia mesti super segala GLC, MNC and CCCCC
Quote dino 29-5-2019 12:43 PM
haryatie replied at 29-5-2019 11:57 AM
x logik org lupa raya
lupa posa ada lah
tmbah2 zmn sekarang

mslhnya die usahawan... staff die tak mintak cuti raya?... tahap tak logik die mmg takleh bwk bincang
Quote awanysss 29-5-2019 01:18 PM
igtkan iols sorang je terfikir camni masa tgk bideo tu.. dia tak dengar ke takbir raya bagai tu.. nipu naw nak buat content tu bijok ler sikit
Quote sekngucing 29-5-2019 01:22 PM
hari raya dua kali setahun
mestilah lupa...
Quote laksmanabentan 29-5-2019 01:22 PM
hahaha... sengal punya iklan...
dia ada kat rumah kot...
otw balik sure la anak2 jiran main2 mercun tepi jalan malam raya tuh...
sure la jiran2 da pasang lampu warna warni...
hahahha... takde logik...

lain ler situasi tu kat opis ker...
dia masih kat opis.. siapkan project ker..
concall dengan partner dari luar negara ker..
tapi sebelum tu buat ler scene staff office bermaafaan gitu kan...
konon2 dia tak sedar ler...
berkerja dari petang lepas salam2 dengan staff sampai ke pagi gitu...
Quote cap_ayam 29-5-2019 01:22 PM
Budak tadika pun mengira hari.. berapa hari nak puasa lagi.. berapa hari lagi nak raya..
Quote gummygummy 29-5-2019 01:26 PM
Bos i ols chinese pon ingat and tahu bulan RAmadhan nak raya siap organize event Iftar bersama staff lagi. hikhik
Quote alinoor 29-5-2019 01:31 PM
hahah..baru keluar gua agaknya.. kat malaysia ni apa je yang tak tau..ayam bertelur pun heboh tau..
Quote Mooverine 29-5-2019 01:31 PM
Hahaha! Betul la tak logic betul Tak Tau Raya bila
Quote ifanonline 29-5-2019 01:33 PM


kalau air jantan jatuh mcm mana pula...?

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.112809 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top