CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Ayda Jebat Teruja Guna Oppo A9 2020, Ada Fungsi Kuad-Kamera 48MP!

20-9-2019 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3378| Komen: 6|Original author: Kandungan Tajaan

Description: OPPO antara jenama peneraju telefon pintar terkemuka, dengan bangganya melancarkan jenama baharu OPPO A9 2020 di Malaysia. OPPO Siri A 2020, yang merangkumi telefon pintar OPPO A9 2020 dan OPPO A5 202 ...
OPPO antara jenama peneraju telefon pintar terkemuka, dengan bangganya melancarkan jenama baharu OPPO A9 2020 di Malaysia. OPPO Siri A 2020, yang merangkumi telefon pintar OPPO A9 2020 dan OPPO A5 2020, adalah tawaran terbaharu jenama tersebut bagi pasaran telefon pintar peringkat pertengahan.


A9 2020 dilengkapi dengan gabungan kedua-dua ciri-ciri hiburan berkualiti tinggi dan mampu dimiliki bersama ciri-ciri fotografi yang hebat, rekabentuk yang menarik dan jangka hayat bateri yang lebih lama.


OPPO Siri A 2020 akan bekerjasama dengan Ayda Jebat, penyanyi dan pelakon terkenal Malaysia yang sememangnya sangat berpengaruh untuk menjadi Duta Produk OPPO A9 2020.

“Pengalaman saya dengan OPPO Siri A 2020, terutamanya model A9 2020 adalah sangat luar biasa, terutamanya Kamera Utama belakang 48MP Kuad-Kamera yang serba boleh! Tidak kira pada waktu siang atau waktu malam dengan persekitaran bercahaya rendah, ia akan sentiasa memberikan hasil fotografi yang menakjubkan”.




Beliau menambah “Saya harus katakan bahawa Mod Malam Ultra 2.0 adalah penyelamat nyawa. Secara jujurnya, saya tidak suka menghidupkan lampu denyar kerana gambar yang diambil tidak akan nampak semulajadi dan kadang-kala sinaran lampu denyar tersebut membuatkan mata kita berasa tidak selesa seolah-olah terdapat bayang-bayang di dalam bebola mata kita."

Telefon pintar Siri A OPPO terbaharu ini memberikan inspirasi kepada para pengguna untuk mencari kreativiti di dalam diri mereka, dengan 48MP kuad-kamera yang mendorong batas kreativiti, 8GB RAM + 128GB ROM yang menyimpan memori berkapasiti tinggi dan memori tambahan 256GB dari slot tiga-kad tersedia.


Harga bagi OPPO A9 2020 adalah RM1,199 manakala harga bagi OPPO A5 2020 adalah RM699. Para pengguna boleh mula membuat pra-pesanan sehingga 27 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

 
OPPO Siri A2020 akan dijual bermula 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan telekomunikasi telefon pintar iaitu Celcom. 


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 20-9-2019 12:46 PM
kuad kamera tu aku ingat salah eja kuat

Quote sarah82 20-9-2019 12:50 PM
Pernah guna oppo aku rasa better Huawei
Quote mamakylekelvin 20-9-2019 02:34 PM
Errkk...hidung original ker? Sis tanya jer.. Jangan marah..
Quote sfrnna 20-9-2019 09:32 PM
Pic 2 tu nampak cam anak mami plak. Dulu2 cam rosmah mat aris
Quote hyie 21-9-2019 12:05 AM
iols guna oppo f7. Kalau snap pic thru whatsapp, pic jadi blur sket. Tapi kalau thru main camera, baru ok sket. Tapi takleh lawan huawei la, kawan iols guna, pic terang gila...huawei yang latest tu la..model apa entah
Quote i_is_kennot 12-12-2019 06:24 PM
Ramai cakap HUAWEI mcm best jah,  meols guna oppo

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.044159 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top