CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Gurdeep Tak Mengaku Buat Gangguan Seksual, Minta Kurangkan Jaminan Sebab Tak Kerja

18-10-2019 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6425| Komen: 23

Description: Dr Gurdeep Singh Narain Singh yang didakwa mengganggu kesantunan seorang wanita dengan kata-kata lucah pada Februari lalu mengaku tidak bersalah.
Dr Gurdeep Singh Narain Singh yang didakwa mengganggu kesantunan seorang wanita dengan kata-kata lucah pada Februari lalu mengaku tidak bersalah.

Lapor Sinar Harian, dotor psikiatri itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, P Vithiya Monisha di hadapan Majistret Tuan Mohamad Ikhwan Mohd Nasir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.



Foto: World Of Buzz

Berdasarkan pertuduhan, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa mengganggu kesantunan wanita berusia 25 tahun dengan menyebut perkataan lucah untuk didengari mangsa dengan niat di sebuah hospital di Kota Damansara jam 4.30 petang pada 12 Februari lalu.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang ditawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan ahli keluarganya memohon jaminan dikurangkan kerana tidak bekerja.


Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 berserta syarat tambahan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Disember ini. - CARI



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamarock 18-10-2019 05:41 PM
Dr ni tak kerja ke? Gangguan berlaku di hosp. Wanita itu dpt gangguan ketika dapatkan rawatan ke camna?
Quote hiswife 18-10-2019 05:46 PM
mamarock replied at 18-10-2019 05:41 PM
Dr ni tak kerja ke? Gangguan berlaku di hosp. Wanita itu dpt gangguan ketika dapatkan rawatan ke cam ...

Heols dah kena fired. Padan muka
Quote jofizo 18-10-2019 06:14 PM
mamarock replied at 18-10-2019 05:41 PM
Dr ni tak kerja ke? Gangguan berlaku di hosp. Wanita itu dpt gangguan ketika dapatkan rawatan ke cam ...

rasanya dh up citer doc nih dulu, doc nih kan ada akses peribadi patient dia, dia hantar gambar2 lucah n ajak seks
Quote Eric.n9 18-10-2019 06:15 PM
Aritu kata dah bebas?
Quote susukambingbest 18-10-2019 06:21 PM
mamarock replied at 18-10-2019 05:41 PM
Dr ni tak kerja ke? Gangguan berlaku di hosp. Wanita itu dpt gangguan ketika dapatkan rawatan ke cam ...

Dah kena gantung keje sbb kes ni. Brlaku di hspital msa mgsa dptkn rwatan psikatri dgn suspek. Pdan muka. Rupa ada, krjaya bagus tp ggal kawal nfsu. Ingat smua org hdap dgn doktor agknya
Quote OmJualGas 18-10-2019 06:29 PM
Edited by OmJualGas at 18-10-2019 06:35 PM

Musim doktor mendunia..
Quote OmJualGas 18-10-2019 06:30 PM
Edited by OmJualGas at 18-10-2019 06:32 PM

Double post
Quote helicornia 18-10-2019 06:48 PM
Eric.n9: Aritu kata dah bebas?

itu la.pening la wartawan cari ni
Quote Psfzi 18-10-2019 07:10 PM
Tak reti kawal nafsu
Quote ikanmasin 18-10-2019 07:11 PM
baguslah kene berhenti..septtnya dia sbg dr kene bg
rawatan dan nasihat utk pesakit yg trauma kene rogol
tu tp dia pl mengamik kesempatan atas pesakit tu..nsb baik
ada bukti watsap tu..
Quote Bedah.Cun 18-10-2019 07:11 PM
Nasib lar bukan mak yang kena....
Quote krustykrab 18-10-2019 08:06 PM
Rm7k pun ko x mampu, spjg ko keje jd doc tu mesti income ko dah juta juta...blum lg masuk epf, share ko beli....
Quote JohnnySins 18-10-2019 08:14 PM
Bedah.Cun replied at 18-10-2019 07:11 PM
Nasib lar bukan mak yang kena....

sunyi ja topik2 rentung menggatai kan bedah kan? wakakakakakakakakakkaka
Quote Perawankota 18-10-2019 09:53 PM
Gila nyer doctor
Quote enhe.duanna 18-10-2019 10:10 PM
Dr membirah dengan mangsa rogol .....tidak habis lagi trauma di rogol kena sexual harassment .....i harap mangsa tabah .... Dr selayak nya di kerat penis ....
Quote Catpaw 18-10-2019 10:42 PM
Lesen dia tak kena tarik ke, kang membirah lagi dengan pesakit lain. Cringe tgk gambar gigi tersengih2 camtu eeeeeee
Quote tagas 18-10-2019 10:55 PM
bleh pulak dakwa

kata tak cukup bukti bagai

even bukti dah terang2 ada
Quote CinnamonR 19-10-2019 02:58 AM
Dr psikiatri pon psiko acaner..
Quote kekure 19-10-2019 03:32 AM
Dia pun kendu, mesti yakin diri patient takkan tolak

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.059254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top