CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Operation Ikat Perut - Kurangkan Berat Badan, Pesakit Akan Jadi Cepat Kenyang

27-12-2019 10:27 AM| Diterbitkan: Kalel| Dilihat: 25458| Komen: 58|Original author: kalel

Description: Ramai antara kita yang sedang berusaha menurunkan berat badan, namun masih tidak menemui jalan keluar.Pelbagai usaha telah dilakukan seperti bersenam, kawal makan dan lain-lain, namun semua itu bagaik ...
Ramai antara kita yang sedang berusaha menurunkan berat badan, namun masih tidak menemui jalan keluar.

Pelbagai usaha telah dilakukan seperti bersenam, kawal makan dan lain-lain, namun semua itu bagaikan tidak memberi kesan. Antara penyelesaian yang boleh diambil adalah pembedahan ikat perut.


Dikenali sebagai 'vertical sleeve dastrectomy', pembedahan ini akan membuang sebahagian daripada perut dan hanya meninggalkan perut sebesar buah pisang didalam badan pesakit. Dengan cara ini, pesakit akan mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit kerana mereka akan cepat merasa kenyang.

SUMBER - PUBLIC HEALTH MALAYSIA
Pembedahan ikat perut ini juga telah terbukti berkesan menurunkan berat badan sebanyak 60% dalam masa dua tahun. Dalam pada itu, penampilan fizikal seseorang akan kelihatan lebih baik, malah penyakit seperti kencing manis, kolestrol dan darah tinggi juga boleh dikawal.



Menurut laman  Public Health Malaysia, pembedahan ikat perut ini telah dilakukan oleh ramai selebriti tempatan seperti Michael Ang, Vicha, Aishah dan hasilnya kita boleh lihat hari ini.


Namun begitu, bukan semua orang boleh melakukan pembedahan ini. Mereka yang mempunyai BMI melebihi 40, atau melebihi 35 dengan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sleep apnea boleh melakukan pembedahan ini atas nasihat doktor dan pakar perubatan.

Apa pula pendapat anda? - CARI 

Loading FB Post...

18

Bagus
18

Marah
18

Terkejut
15

Sedih
17

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (104 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mrs.Perkep 27-12-2019 11:25 AM
Sis dah op total perut & saluran makanan terus sambung ke usus,,tapi sis op sebab cancer bukan sebab masaalh kesihatan lain,,dari berat 60kg sekarang tinggal 40kg atas faktor kimoterapi sekali..pendapat sis,,jadikan lah pembedahan bariatik ni sebagai pilihan terakhir..
Quote aiva 27-12-2019 11:31 AM
dari sudut agama.. apa hukumnya

dari sudut kesihatan... apa efeknya

semuanya daripada pemakanan

kena kontrol la makan

nak seribu daya

tak nak seribu dalih
Quote ayorsuam 27-12-2019 11:42 AM
Mrs.Perkep replied at 27-12-2019 11:25 AM
Sis dah op total perut & saluran makanan terus sambung ke usus,,tapi sis op sebab cancer bukan sebab ...

Camne, banyak mana & dlm bentuk apa makanan sis?
Quote Boomibulat 27-12-2019 12:04 PM
Anak nora yg meninggal tu buat operation ni ke?
Quote fifie_olin 27-12-2019 12:22 PM
pe lak x leh kurus
aku bole jek
janji jaga mkn...exercise
byk duit bleh la nk kurus cpt mcm ni
x tau plk si mikel buat menda ni
igtkn diet secara konsisten
Quote LadyCarefree 27-12-2019 12:31 PM
Mrs.Perkep: Sis dah op total perut & saluran makanan terus sambung ke usus,,tapi sis op sebab cancer bukan sebab masaalh kesihatan lain,,dari berat 60kg sekaran ...


Sis kena makan vitamin for life kan? Dn xsemua makanan boleh makan dah. Tiada nikmat makan dah. Boleh jd depression.
Quote Mrs.Perkep 27-12-2019 12:32 PM
ayorsuam: Camne, banyak mana & dlm bentuk apa makanan sis?

Sis tak makan start bulan 8  sampai kimo bln 11 baru start soft diet..bila tak de perut atau perut dikecikkan side effect yg tak boleh elak mkn baru 4 suap dh rasa kenyang walaupun tgh lapar,,minum air tak boleh sekali teguk..kena minum sikit2 dan segala makanan apa yg kita mkn ada yg tak bole nak serap nutrisi nya..kena amik injection B12 secara berkala..Allah tarik nikmat mkn sekelip mata je..
Quote febreze 27-12-2019 12:37 PM
Mrs.Perkep: Sis dah op total perut & saluran makanan terus sambung ke usus,,tapi sis op sebab cancer bukan sebab masaalh kesihatan lain,,dari berat 60kg sekaran ...



skrg sis dah sihat ke? kemo berapa kali..sy doakan sis sihat selalu ya  
Quote Mrs.Perkep 27-12-2019 12:41 PM
LadyCarefree: Sis kena makan vitamin for life kan? Dn xsemua makanan boleh makan dah. Tiada nikmat makan dah. Boleh jd depression.

Ye betul sis,,vitamin kena amik sampai akhir hayat.Memang tak de nikmat makan dah sis kalau mkn mampu mkn 4 suap je ..Siapa yg buat pembedahan bariatik ni mgkin diaorg cuma diberitahu side effect yg positif je kot..
Quote Mrs.Perkep 27-12-2019 12:47 PM
febreze: skrg sis dah sihat ke? kemo berapa kali..sy doakan sis sihat selalu ya

kimo 12 cycle,sis baru buat 3 cycle.Kena tggu buat PET scan dekat IKN baru tahu kimo ni berkesan tak sbb sis dah stage 4..Aamiin ya rabbal alamiin..Terima kasih mendoakan..Maaf ye mod kalau terkeluar tajuk
Quote tokchik 27-12-2019 01:31 PM
fifie_olin replied at 27-12-2019 12:22 PM
pe lak x leh kurus
aku bole jek
janji jaga mkn...exercise

Mekil annggg
Cep zaammm
Penyani ejat

Quote Mrs.Perkep 27-12-2019 01:31 PM
Boomibulat: Anak nora yg meninggal tu buat operation ni ke?

Arwah mmg buat gastric bypass lebih kurang je mcm ni..mcm rahim sepahtu buang 85%..ada org yg ikat je perutnya tapi setiap bape bulan kena masukkan air garam kalau tak silap.
Quote diandahlia7 27-12-2019 02:30 PM
erkk gitu ye cara operation potong perut ni.seram jugak rupanya.betul la tu nak kurus sihat takde jalan pintas. memang kena jaga makan exercise.bila ada jalan pintas macam ni mesti ada kesan sampingan dan rawatan susulan berterusan.
Quote bungamelurindah 27-12-2019 02:37 PM
please nie pilihan terakhir, risiko sangat tinggi, example arwah anak nora, sedikit sebanyak die meninggal mungkin punca side effect benda nie,
Quote ShawnGray77 27-12-2019 03:05 PM
Mrs.Perkep replied at 27-12-2019 12:32 PM
Sis tak makan start bulan 8  sampai kimo bln 11 baru start soft diet..bila tak de perut atau perut ...

I doakan semoga sis diberikàn kesihatan yg baik oleh Allah. Take care sis
Quote Mrs.Perkep 27-12-2019 04:09 PM
ShawnGray77 replied at 27-12-2019 03:05 PM
I doakan semoga sis diberikàn kesihatan yg baik oleh Allah. Take care sis

Aamiin ya rabbal alamiin..Terima kasih atas doanya
Quote zuri154 27-12-2019 04:17 PM
Mrs.Perkep replied at 27-12-2019 12:41 PM
Ye betul sis,,vitamin kena amik sampai akhir hayat.Memang tak de nikmat makan dah sis kalau mkn ma ...

apa side effect negative daripada pembedahan bariatik ni sis? bole share
Quote Mrs.Perkep 27-12-2019 04:49 PM
zuri154 replied at 27-12-2019 04:17 PM
apa side effect negative daripada pembedahan bariatik ni sis? bole share

Kesan jangka panjang pendek yang mungkin akan dihadapi pesakit seperti tindak balas anestesia, kebocoran pada bahagian usus atau pendarahan, jangkitan kuman, masalah pernafasan atau paru-paru, kekurangan mineral dan vitamin.
Kesan jangka panjang pula seperti menghadapi perubahan tabiat usus (sembelit cirit-birit), hernia, muntah, mual yang menyebabkan cirit-birit, paras gula rendah dalam darah, ulser, masalah batu karang dan kekurangan zat makanan.
Quote armin 27-12-2019 07:32 PM
Mrs.Perkep: kimo 12 cycle,sis baru buat 3 cycle.Kena tggu buat PET scan dekat IKN baru tahu kimo ni berkesan tak sbb sis dah stage 4..Aamiin ya rabbal alamiin..Te ...


Semoga sis cepat sembuh

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.218850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top